BAB 51

889 27 0
                                    

Kami sampai di sunway lagoon selepas beberapa minit berada di dalam kereta.

Aku melihat orang ramai yang beratur untuk mendapatkan tiket masuk.

Hurmm.. Mahunya kitaorang masuk pukul 4 nanti..

"awak jangan risau.. Saya dah booking awal awal tiket nih"kata ammar.

Ehh.. Aku tak tanya pun. Merajuk lagi ke? Masih merajuk lagi nih..mana boleh senang senang je berbaik... Biar dia rasa.. Eyy geram je.

"awak keluar dulu dengan dina nanti saya jumpa awak.. Saya nak park kereta dulu"kata ammar.

Aku membawa dina keluar dari kereta.Tergedek gedek dina berjalan sambil memimpin tanganku. Kenapa Dina ikut? Sebab tadi aku kata dengan Ammar, kalau Dina tak ikut aku tak pergi..so yeah, here we are.

Beg sandang berisi baju mandi Dina aku bawa. Beg ni kecik je.. Beg lagi besar tuh Ammar bawak.

Dah lah aku pergi dengan tak rela. Memang tak seronok lah jawabnya.
Melainkan dia pandai pujuk aku..

Selepas beberapa minit ammar mendekatiku dengan membawa language yang mempunyai barang barangku. HAHAH kenapa luggage.. Sebab dalam tuh ada barang Kosmetik aku dengan baju aku dengan Ammar lagi hurm memang terpaksa bawak yang nih lah jawabnya.

"ha.. Awak duk sini kejap saya pergi register"kata ammar.

Aku menganguk lalu memandang sekeliling ..Mana tahu ada kawan aku yang datang sini gak. Manalah tahu, Sha ke, Nureen ke, Anis ke... Boleh lah borak.

Hampanya bila tak jumpa sorang pun.

Selepas selesai semuanya kami masuk kedalam taman tema sunway lagoon.

"tangkap gamba?"tanya photographer Sunway Lagoon untuk mengambil gambar kami.

"boleh jugak"kata ammar lalu berdiri disebelah ku lalu memberikan senyuman yang sangat menawan.

Tiba tiba Ammar memeluk pinggangku. Oiiii sesedap hati dia je buat macamtu. Nak ke taknak aku terpaksa juga senyum dengan camera... Biar orang nampak kita happy. Jangan tunjuk sangat yang kau nih tengah gaduh. Nanti orang nampak yang kita nih macam pergunakan or acah manja dengan laki kita pulak. So better berlakon tengah bahagia.

Bila kat rumah atau kau tengah dengan dia je.. Kau nak cari pasal ke? Kau nak wrestling antara satu sama lain ke?? Orang dah tak kisah.

"so dina macam mana??excited tak nak pi swimming?"tanya Ammar kepada Dina yang dipimpinya. Sibuk je orang dah pimpin dia, dia pun sibuk nak pimpin.

Kami melalui scary park dimana rumah hantu dan benda yang menyeramkan turut ada di situ.

Dina started to cry bila dia nampak gamba dan patung yang menyeramkan lalu memeluk kaki ammar tanpa menunggu lagi Ammar terus mengendong Dina...

Tangisannya makin lama makin kuat apabila kami berjalan di situ sehingga pelancong yang ada disitu melihat kami berdua.

"dina...jangan lah nangis abah dengan mama dekat sini"kataku lalu megusap rambut dina tanganku memegang lengan Ammar.. Takut pula bila Ammar nih asyik tengok Dina nangis je, kang langgar orang.
bahaya.

"kalau dina taknak tengok.. Dina kena pejam mata macam abah buat nih"kata ammar lalu memejamkan matanya.

Dina mengikut apa yang dilakukan oleh ammar. Haish dua dua comel..melting aku tengok kat sini.

"mama pandang apa? Tahu lah abah nih hensem tapi takyah lah tenung macam tuh kang nanti langgar tiang macam mana?"tanya ammar.

Aku tersenyum...Sebenarnya memang susah untuk aku merajuk bila dengan dia nih. Baru ingat nak merajuk lama lama tapi ada je dia try pujuk.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now