BAB 74

715 20 0
                                    

Selepas 9 bulan mengandungkan anak yang berada didalam perut nih lahirlah Qyle Adam Danial hasil perkhawinanku dan juga Ammar.

Baby yang baru sahaja berusia sehari itu aku pegang sesudah aku melihat wajah indah bayi itu air mataku mula mengalir. Indahnya ciptaan mu Ya Allah.

Tiba tiba aku teringat akan Nureen yang masih berduka diatas kegugurannya. Dia tak bercakap, tiada selera makan,bila orang lain cuba untuk berborak dengannya dia lebih suka untuk termenung.kata Raph dia akan selalu bangun dari tidurnya kerana terdengar tangisan bayi tapi Sebenarnya itu hanya ilusi kerana Nureen masih bersedih dengan apa yang jadi.

Pintu bilikku diketuk.

"Assalamualaikum mama Alya"kata Sha lalu masuk kedalam bilikku Haz yang sedang mengendong Harash yang sedang tidur mengikutnya dari belakang.

Beg kertas yang dibawa oleh Sha diletakkan diatas meja bersebelahan denganku.

"apa benda lagi nih, Sha"kataku.

"alah baju baby sikit"kata Sha lalu duduk disebelahku memandang bayi yang ada didukunganku.

"Harash dah tertidur tuh.."Kataku.

"dia baru lepas balik swimming class lepas amik je dia tidur kat belakang"kata Haz.

"aku nak pegang anak kau weyh"kata Sha.

Aku terus memberi Sha mendukung Adam Danial yang dari tadi berada didalam dukunganku.

"comel"kata Sha lalu menatap muka Adam dengan penuh perasaan.

"macam mama dialah"kata Ammar yang dari tadi duduk disebelahku.

"so lepasnih mama dengan abah dia dah boleh stop lah bergaduh nanti dia ikut"kata Sha.

Haish Sha!!!benda dah lama!! Kenapa nak kena cakap time sekarang pulak? Malu aku...

"ehh tuh pulak yang dia ingat"kataku

"so lepasnih Sha dengan Haz lah pulak kan?"kata Ammar.

Sha dan Haz berpaling memandang antara satu sama lain.

"asal taknak ke?"tanyaku.

Saja nak kacau makcik nih.

"takkan lah aku taknak... Cuma takda rezeki lagi"Kata Sha lalu meletakkan Adam Danial didalam baby cot.

Aku hanya tersenyum.

Pintu bilikku diketuk Raphael dan Nureen masuk kedalam bilikku. Wajah Nureen yang masih pucat aku pandang.

"Nureen nih Adam Danial"kataku lalu menunjukkan Adam Danial yang ada didalam baby cot.

Pada mulanya Nureen yang senyap membisu sehingga lah Sha menegurnya.

"pegang lah,Reen... Comel kan?"tanya Sha yang duduk disebelah Haz.

Nureen terus berpaling kearah Adam Danial lalu memegangnya lembut. Senyumanya terukir di bibirnya tangannya ligat memegang pipi mulus Adam Danial.

"comelnya dia...boleh? "Nureen meminta izin kepadaku untuk mengangkat Adam.

Aku hanya menganguk disertakan sekali senyuman bahagia melihat Nureen tersenyum kembali. Setelah mendapat Izin daripadaku Nureen mengangkat Adam keluar dari baby cot lalu menatap muka Adam Danial dengan penuh perasaan gembira.

"comelnya dia, Raph"kata Nureen.

Raphael menganguk lalu mengusap lembut pipi mulus Adam yang ada didalam dukungan Isterinya. Senyuman yang dari tadi tidak lekang dari bibirnya ditujukan kepadaku tanda berterima kasih kerana mengembalikan senyuman Nureen yang sudah lama dia rindukan.

"Alya... Aku kena balik dulu. Lagipun Haz dengan aku kena pergi kerja"kata Sha lalu menyalam tanganku.

"okey nanti kalau free datang lah rumah aku jumpa Adam"kataku.

"mesti datang punya"kata Sha manakala Haz bersalam dengan Ammar dan juga Raphael.

"aku balik dulu yea, Reen"kata Sha lalu pipi Adam diusap lembut.

"okey, bye Sha"kata Nureen.

"bye"kata Sha.

Selepas melihat kelibat mereka hilang disebelik pintu aku memandang kearah Nureen yang masih memegang Adam.


Sha yang jalan beriringan dengan Haz yang ada disebelahnya dirempuh oleh seseorang.

"woah! Watch your step,miss" kata Sha.

Lantas perempuan yang baru sahaja melanggarnya memandang Sha.

"Sha?"kata Anis.

"Anisssss... Kau nih kan takkan aku yang tinggi lampai nih pun kau langgar"kata Sha.

"tinggi lah sangat"kata Haz.

"alah ingatkan nak puji kita tinggi rupanya dia perli"kata Sha lalu menampar lembut lengan Haz yang sedang mendukung Harash.

Haz hanya tersenyum.

"kau nak balik dah?"tanya Dr Ian.

"Ha ah.. Lagipun lepasnih Sha kerja aku lak on duty"kata Haz.

"so Harash?"tanya Anis.

"ibu jaga"kata Haz.

"so yeah... We're running late. So.. Pergilah jumpa Alya anak dia series comel"kata Sha lalu berlalu dari situ.

"okey,bye"kata Anis lalu melihat kelibat mereka bertiga berlalu dari situ.

Anis berpaling kearah Ian yang berada disisinya. Berpakaian kemeja biru yang betul betul lekat di badannya memang membuatkan dia bertambah tampan lagi lagi dengan rambut yang disikat kemas.

"so lepasnih kalau saya khawin dengan awak.. Awak akan busy macamni ke?"tanya Anis.

"alahai busy bendanya? memang harini hari kerja"kata Dr Ian.

Anis senyap tapi masih memandang Dr Ian yang ada disebelahnya.

"awak tadi pun kat office kan? ha samalah macam diorang"kata Dr Ian.

"okeylah,jom. Saya tak sabar nak tengok baby nih"kata Anis.

"baby awak nih taknak lak tengok"kata Dr Ian.

"nih baby tua...saya nak tengok baby baru lahir"kata Anis lalu melajukan langkahnya meninggalkan Dr Ian di belakang. Mengada bertahap dia nih!

Sha hanya senyap membisu ketika didalam perjalanannya ke tempat kerjanya selepas menghantar Harash di rumah ibu.

"Sha.. Kenapa senyap je?"tanya Haz.

"takda apa"kata Sha matanya masih memandang kearah luar tingkap.

"Sha?"panggil Haz lagi..

"takda apalah....saya penat agaknya"kata Sha lagi.

Haz hanya menganguk faham.

"bila tengok anak Alya tidur tadi.. Tiba tiba terasa nak tahu wajah Harash waktu dia mula mula lahir.. Mesti comel"kata Sha.

Ya, walaupun dekat setahun Berkhawin Sha tak pernah pun melihat Harash ketika kecil jika adapun gamba Harash ketika dia sudah masuk dua tahun bersama sama dengan Haz yang elok dibingkaikan dan diletakkan diatas meja belajar Harash. Selepas sahaja Haz berkhawin gamba besar keluar mereka dibingkaikan dan diletakkan di ruang tamu.

"saya lupa yang awak tak pernah tengok gamba Harash masa kecik... Awak tahu tak struggle saya jaga dia bila waktu saya tak boleh terima yang saya ni bodoh kerana mempercayai seseorang yang dah memperbodohkan saya dengan cakap anak yang dia kandungkan tuh ialah anak saya. Saya tak boleh terima, saya jadi cepat marah lagi lagi bila saya dengar tangisan Harash waktu dia demam sebab tak dapat susu ibu. Tapi Harash dah matangkan saya...disebabkan dia, saya jadi kental untuk lalui semuanya dan dia juga telah ceriakan hari hari saya dan juga hari awak and nanti kat rumah saya bagi awak tengok gamba dia."kata Haz.

"Amacam comel tak?"tanya Sha lalu menoleh kearah Haz

"Comel sangat sangat.. Macam saya"kata Haz lalu tergelak sinis.

"perasan"kata Sha.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now