Aku duduk di luar rumah.. series bosan.... Asal lah aku tak kerja??kalau aku tak duduk dalam aku gerak keluar.. Tapi takkan lah seumur hidup aku nak buat benda tu untuk hilangkan kebosanan yang terlampau nih. Nak kerja tuh memang lah nak.. Tapi bila aku nak cakap kat ammar je aku jadi takut...
Takut?? Takut dia marah... Dah lah aku takde kereta untuk pergi mana mana
Lalu aku angkat kaki masuk kedalam rumah.. Mungkin cerita Philippines aku dah nak start.. Baru sahaja aku ingin berjalan beberapa tapak mendekati tv aku mendengar jeritan kawan gila gila aku dari luar.
"Assalamualaikum!!"jerit nureen dari luar.
"Waalaikumussalam...."jawabku.
Jangan lah jerit jerit makcik bedah oii.. Anak aku tidur kat dalam!kalau bangun.. Korang dodoikan.
"alya!!"kata nureen apabila melihat aku keluar dari rumah.
"ish kau nih.. Jangan lah jerit jerit,dina tengah tidur"tegurku
"ouhh.. Sorry"kata nureen.
Anis yang berada di belakang nureen hanya menjadi pemerhati gelagat gila gila nureen apabila melihatku. Dah macam kanak kanan Ribena.
"Ammar takda kat rumah kan?"tanya anis
"takde...dia ada kelas"kata ku..
Aku meninjau kelibat sha yang takda di belakang anis.
"mana sha?"tanyaku.
"kerja"kata nureen lalu memuncungkan bibirnya.
"ha masuk lah dulu"kataku lalu berjalan kearah ruang tamu.
Anis dan nureen duduk di sofa..
"alya...kau nasihat sikit kawan kau sorang tuh, busy je memanjang"kata nureen.
Aku yang menatang dulang yang berisi gelas dan air itu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh nureen.
Teruk sangat ke busy sha nih...
Tapi aku pun rasa camtuh sebab selepas dia amik aku dari airport haritu terus dia tak datang rumah aku.
"kau nih kenapa bengang semacam je?"tanyaku lalu meletakkan dulang diatas meja yang berada di depan nureen dan anis.
"tak bengang.. Cuma aku marah sebab semalam dia kata dia nak ikut anis pergi amik aku kat stesen LRT tuh...tapi yang datang anis sorang je,dia takda."kata nureen.
"dia busy weyh kau kena faham"kata anis lalu memandang kearah Nureen yang duduk disebelahnya.
"busy...aku pun busy tapi takde lah sesibuk nih"kata nureen.
"nureen bukan haritu bapak kau ada belikan kereta untuk kau??asal datang sini naik LRT pulak?"tanya ku.
Kalau nak cakap pasal sibuk sha tuh..
Sampai esok pun tak habis...
"hehehe... Aku takut lagi nak drive jauh jauh nanti kalau nak suh aku drive sampai sini aku suruh sha dengan anis bawak kereta diaorang sampai rumah aku nanti kita convo lah dari rumah aku sampai sini"kata nureen.
"kan Menyusahkan tuh... Elok elok boleh gi sendiri tiba tiba kena sampai tiga kereta pergi sini balik"kata anis
Aku tergelak.
Ye tak ye...
"tuh pun kalau sha tak busy"perli nureen.
"ha kau pulak.. Bila nak kerja?"tanya anis kepadaku.
"aku??korang boleh lah.. Kemahuan sendiri nak kerja ke tak,aku nih?? Kena tanya encik abang dulu"kata ku.
"encik abang eh..."kata nureen.
YOU ARE READING
[c] CINTA DIA √
Teen Fictionkau buta ke?-Ammar Affendi. Amboi sedap kepala badak kau je kata aku buta.. Dah nak langgar orang lepastu senang senang hati kau je kata orang buta. Kalau dia minta maaf takdanya aku nak benci dekat dia... Ni tak, siap kata aku buta lagi! maaf ma...