CikNa yang berada di dapur terdengar suara gelak ketawa. Dia pasti Sudah dapat mengagak siapa gerangannya.
'Ni mesti budak bertuah dua ekor tu' Kata CikNa dalam hati."Hai CikNa" Fattah dan Aliya berkata serentak. Mereka memasuki rumah agam mereka dengan membawa beberapa beg hasil Dari shopping mereka. Habis kiri kanan tangan dorang penuh.
"Hai juga. Wahh shopping sakan nampak...ada ole ole tak untuk CikNa"
"Erkk...ehh adik kata tadi ada untuk CikNa kan. Mana?" Kata Fattah menyebabkan langkah Aliya terhenti. Lantas dia turun kembali.
"Ha'ah lah. Nah ni untuk CikNa"
"Cantik nya tudung ni...terima kasih lah Aliya"
"Sama- sama. Cuba CikNa tengok tag kat tepi tudung tu...its Neelofa'r CikNa...mahal tau tapi cantik"
" Neelofar...yang mana satu"
"Neelofa CikNa tak kenal"
"Mana lah CikNa tau. Yang CikNa tau masak masak masak, ha tu jelah kerja"
"Neelofa tu CikNa cantik...artis terkenal. Satu hari nanti Aliya nak macam dia...ada PA, ada driver sendiri..wahh"
"Inshaallah"
CikNa menyambung semula kerja yg tertunggak. Aliya naik ke dalam bilik. Fattah? Dia sdh lama naik bilik tidak mahu mengganggu perbualan CikNa dan Aliya, perempuan dan perempuan.
Bab pendek😭😭 idea dh habis...
Terus vote okeyhhh
