Seminggu kemudian...
Hari ini Aliya Awal ingin ke sekolah, pengumuman yang di buat pada minggu lepas terngiang- ngiang di telinganya.. 'Pada minggu hadapan, semua pelajar tingkatan 5 harus hadir ke sekolah awal,kerana pada hari itu akan ada penyusunan meja. Bertujuan untuk kamu boleh mengetahui di mana kedudukan kamu. Faham!!' Cikgu Salleh memberi arahan.
" Weii Far" Aliya yang melihat Farid duduk termenung mengejutkan Farid.
" Ishh apa kau ni, kalau aku kena heart attack macam mna ?"
"Eleh, yang kau duk termenung tu apahal ?"
"Suka hati Aku lah nak buat apa pun"
"Ouhh tak nak share dgn aku...ok tak pa..jangan mengadu dgn aku lagi problem kau tu"
"Haishh yelah...cakap sikit nak merajuk. Ni ha aku risau ni, next week kita dah SPM tau"
"Habis tu?"
"Apa punya bangang lah kau ni..kau tak risau ke ha? "
"Uhhh ada lah jugak risau sikit"
"Sikit..knapa sikit ? Aku bnyak tau"
"Ahh! Dah lah..Jom lah nanti Cikgu nampak kita kat sini mampus kita. Pelajar lain tu tengah angkat meja,kita kat sini borak je kerja"
" kau pergi lah dulu....nanti aku angkat meja aku"
" Ihh degil lah kau ni....jomlah"
"Haihh yelah Jom..."
Aliya dan Farid berjalan menuju ke kawasan sekolah. Mereka harus menyediakan meja mereka masing-masing.
' Kepada semua pelajar sila beratur. Kerja kita pada hari ini telah pun selesai, jadi saya harap pada minggu hadapan pelajar semua sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan SPM. Semoga apa yang telah kamu pelajari selama ini akan melekat sepenuhnya ke otak kamu, dan ingat mulai malam ini kamu harus belajar dan ingat segala pelajaran yang telah cikgu-cikgu kamu ajarkan. Semoga pelajar SMK Tun Tijah dapat dapat mengharumkan nama sekolah ini dan jangan burukkan nama sekolah ini. Faham semua!!!
