Aliya bangun dari tidurnya. Pada hari ini mood nya tidak seceria selalu. Aliya bangun dan menuju ke bilik mandi untuk memberaihkan diri. Pada hari minggu , dia tidak akan bekerja , jadi dia akan meluangkan masa bersama anak - anak yatim yang di biayai oleh syarikat papanya. Semenjak menjadi seorang artis , hidupnya dihabiskan bersama dengan anak yatim pada setiap hujung minggu.
Hari ini Aliya memakai baju kurung berwarna pink , dihiasi dengan bunga - bunga kecil. Dia turun kebawah dan mengambil kasut yang sederhana tinggi miliknya.
Dia keluar dari rumah dan terus masuk ke dalam kereta. Syamel yang melihat kelakuan Aliya terasa hairan. Selalu nya Aliya akan senyum kepadanya atau pun mengucapakan Hai. Tapi semenjak kejadian kemarin , perangainya sudah berubah. Kenapa? Sebab cemburu kutt...
Suasana di dalam kereta sunyi , tiada bunyi radio mahupun suara yang keluar dari mulut dua manusia dalam kereta itu. Yang ada hanyalah SMS yang masuk dari telefon Aliya , namun Aliya tidak membalas kembali.
"Aliya kita nak ke mana ni?" Tanya syamel.
"Hantar sya dekat rumah anak yatim"
"Kat mana tu"
"Seblah syarikat papa saya"
"Ouhh ok"
Destinasi yang dituju telah pun tiba. Aliya turun dari kereta tanpa berkata apa - apa. Malah menutup pintu kereta bagai nak tertutup je pintu tu. Aliya masuk ke rumah anak yatim itu , dan seketika dia memandang semula ke belakang. Dia melihat Syamel sudah pun berlalu.
Seperti biasa Aliya akan beramah mesra bersama anak yatim di situ. Tiba - tiba seorang wanita muda menegur Aliya.
"Hai ni Cik Aliya kan?"
"Ye saya" Aliya memandang ke arah perempuan itu. Aliya terkejut kerana melihat perempuan itu...
"Kamuu.......". Kata Aliya panjang
"Saya Ezmah" Kata perempuan itu.
"Ya , Ezamh. Kamu niii...bakal tunang syamel kan?"
"What?"
"Bakal tunang syamel. Kamu kan?"
"Hahha dia kasi tau macam tu ke?"
"Ye. Dia kasi tau saya dia ada bakal tunang"
"Hahahahha..Awak ni boss syamel kan?"
"Ye saya. Jadi betul lah awak ni bakal tunang syamel"
"Mana ada lah. Saya bukan tunang dia , saya adik dia"
