Jam loceng yang berbunyi di atas meja sebelah katil milik Aliya telah mengejutkannya Dari lena. Dia melihat jam di tepi menunjukkan telah masuk waktu solat subuh. Dia menggagahkan diri untuk bangun dan mandi sekaligus ingin berwudhuk.
Dia keluar Dari bilik air dan memakai pakaian. Dia membentangkan sejadah dan menyarungkan telekung berwarna turquoise miliknya. Tanpa berlengah dia berniat untuk solat subuh dan......
Di rakaat yg terakhir, akhirnya dia selesai solat. Dia menadah tangan dan berdoa...
'Ya Allah ya tuhan Ku. Aku berlindung kepada mu ya Allah,ampunkan dosa dosa Ku,dosa kedua ibubapa Ku,dosa abang abang Ku ya Allah. Ya Allah engkau permudahkan lah segala urusan Ku ya Allah, cerdas kan akal dan fikiran Ku, permudahkan bagi Ku untuk menempuh hari peperiksaan SPM nanti ya Allah agar aku bisa mengejar impian Ku. Aminn'Dia bangun dan menyangkut kembali telekung dan sejadahnha. Dia turun kebawah ingin bersarapan pagi. Memandangka hari ini cuti, maka dia akan menghabiskan Masa bersama abang nya untuk keluar ' shopping '. Perkara itu adalah menjadi minat dalam dirinya, setiap Kali hujung minggu dia akan berjalan bersama abang nya. Hmm tak reti duduk rumah lah Aliya ni..heheh
"Morning papa. Morning Abang"
"Mornink" jawab Datuk Faliq dan Fattah serentak.
"Wahh nasi goreng"
"Urgh budak ni nampak nasi goreng,macam nampak Neelofa" Fattah bersuara. Tau dengan perangai adik nya yang sukakan nasi goreng, made in CikNa.
"Alah abang ni, kan favourite aliya ni"
"Yelah tau. Dh makan nasi goreng tu. Lepas ni kitaaa...."
"Shopping!!!!" Jawab Aliya dan Fattah serentak.
Datuk Faliq yang setia mendengar hanya tersenyum, Geli hati melihat telatah kedua anaknya. Tiba-tiba dia teringat dengan aruah isterinya, jika arwah masih ada pasti dia pun turut gembira. Tapi itu tak mungkin terjadi kerana Allah lebih menyayangi isteri nya.
Seperti yang dirancangkan, Fattah dan Aliya akan menghabiskan Masa dengan shopping.
Mereka tiba ke destinasi yang mereka gemari untuk bershopping.
"Abang, Jom beli jam baru"
"Habis jam adik tu nak letak mana"
"Yang ni...alah adik simpanlah"
"Tak payah lah..membazir. Elok cantik lagi jam tu"
"Alah abang ni...nampak ni dh lusuh. Jam ni Dari adik form4 lagi tau"
"Tak payah"
"Beli lah"
"Tak payah"
"Beli"
"Tak"
"Beli"
"Diam...kalau adik nak beli jam jugak, lain Kali abang tak nak teman adik shopping lagi."
"Alah....ok lah. Tak payah beli lah"
"Hmm good." Fattah hanya tersenyum sinis melihat muka cemberut adik nya. Comel!!. Tengok lah adik sapa, abang dia pun hensem;! Cehhh