Aliya baring sambil memeluk patung Pooh miliknya. Perbualan dia dan Syamel petang tadi sungguh mengguris hatinya. Sekarang ini , dia memerlukan seseorang untuk meluahkan segala yang di pendam. Orang itu sudah tentulah kedua abang nya. Farid? Sudah tentu tidak , semenjak dia dan Farid jarang berjumpa dia semakin kekok untuk meluah dengan Farid. Tapi malangnya , abang nya Farish sedang sibuk menguruskan hal kahwin , dan abang nya Fattah pergi ke luar negara bekerja sebagai cari kaki ular. Hehhe tak lah gurau , abangnya Fattah sudah berjaya menjadi seorang engineer di negara India. Dan kini abang nya berada di India.
Aliya memeluk patung pooh nya dengan erat. Hati nya amat sedih sekarang ini ,
"Kenapa , kenapa aku jatuh cinta kat kau? Kenapa mesti kau? Aku dah sayang kau semenjak pertama kali kita jumpa , tapi saya tak bersedia terus terang dengan awak. Sebab saya nak tau awak suka saya atau pun tak. Tapi..hiskk tapi awak dah ada bakal tunang"
Aliya menangis sekuat hati. Patung yang di peluknya sudah basah separuh muka dek kerana air mata Aliya. Lama kelamaan , Aliya tidur melelapkan mata dengan air mata yang masih berbaki.
Syamel masih duduk di balkoni rumahnya. Tiada rasa hendak mahu tidur. Fikiran nya teringatkan Aliya , dia terpaksa memberitahu perempuan yang berjumpa dengan nya adalah bakal tunangnya.
" Kenapa dia terkejut masa aku cakap tu bakal tunang aku? Dia suka aku ke? Ehh tak mungkin , dia artis mesti dia dah ada someone special dalam hidup dia. Tapi...tapi aku suka kau Aliya. Tapi aku tak boleh bersama dengan kau , aku takut aku tak selalu bersama selalu dengan kau , walau hati ini berkata suka dan cinta kau saat kali pertama aku jumpa kau , tapi aku tahu itu hanya sekadar angan - angan yang tidak akan mungkin terjadi. Tapi kenapa...kenapa kau lain macam saat aku cakap perempuan tu bakal tunang aku? Kau cemburu? Sebab kau suka aku? Ehh tak tak...apa yang kau fikir ni syamel wake up...wake up. Diiiiaaaa taakkkk suuuukaaa kauuu. Ok!"
Syamel bercakap seorang diri. Dia bangun dari duduknya dan menuju ke katil. Dia memeluk bantal peluknya dan cuba untuk tenangkan fikirannya.Semakin lama mata Syamel tertutup. Dan syamel enak di buai mimpi.