Kring!!kring!!
Bunyi loceng mengejutkan Aliya dari tidurnya. Aliya membuka mata perlahan - lahan dan terasa kepalanya semacam berdenyut - denyut. Dia menggagahkan dirinya untuk bangun dan menuju ke bilik mandi. Selepas 5 minit dia keluar dari bilik mandi dan menuju ke almari baju.
Aliya turun ke tingkat bawah untuk mencari makanan yang ada. Dia membuka pintu peti sejuk nya dan mengambil 2 biji tomato , sayur salad , mayonis dan bahan - bahan lain. Aliya memulakan kerjanya...
" Aduh! " Aliya memicit - micit kepalanya kerana terasa berdenyut - denyut. Dia mencuba untuk berjalan ke bahagian tempat letak pinggan.
Aliya mencapai pinggan berwarna putih kaca , tiba - tiba pandangan Aliya mulai gelap lalu Aliya rebah jatuh ke lantai.
Syamel berada di luar rumah Aliya , kerana hari ini dia perlu memberitahu Aliya yang dia akan berhenti kerja. Syamel mencuba menelefon Aliya banyak kali namun tidak di angkat.
Hati kecil Syamel kuat menyatakan dia harus masuk ke dalam rumah. Syamel mengatur langkah ke dalam rumah Aliya.
"Assalamualaikum" Laung Syamel yg sudh menjejakkan kaki ke dalam rumah.
"Tak kan tak da org?"
"Mana Aliya ni ?"
"Aliya , Aliya , " Syamel meninjau ke dalam rumah untuk mencari Aliya.
Syamel menuju ke bahagian dapur setelah di ruang tamu bayang Aliya tidak kelihatan.
"Aliya!!" Syamel terkejut setelah melihat Aliya yang terbaring di lantai.
Syamel mengangkat Aliya keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta. Syamel menuju ke hospital berdekatan rumah Aliya.
Aliya membuka mata , melihat sekeliling dia menjadi hairan..
'Macam mana aku boleh kat sini ni?'Pintu bilik yang menempatkan Aliya di hospital dibuka dari luar. Muncul seorang jururawat perempuan mendekati Aliya.
"Hai apa khabar Cik Aliya " Kata jururawat itu.
"Im fine. Erkk nurse , macam mana saya blh kat sini?"
"Cik Aliya tak sedarkan diri masa di bawa ke sini"
"Dah berapa hari saya tak sedar kan diri?"
"2 hari"
"Ouh. Sapa bawa saya datang hospital? Abang saya ke?"
"Saya tak tau Cik , yang pasti dia seorang lelaki. Tetapi lelaki tu cakap dia seorang driver Cik Aliya"
