Aliya bangun dari tidur. Pagi ini dia bersama keluarga akan pergi ke rumah bakal pengantin perempuan. Iaitu bakal kakak iparnya. Encik Saad pemandu peribadinya sudah menunggu di luar , dia turun kebawah dan mengambil kasut tinggi nya. Dia menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan suasana di dalam kereta hanya sunyi....
"Cik Aliya" Panggil Encik Saad.
"Ye"
"Saya nak minta izin Cik , saya nak cuti"
"Kalau Pakcik cuti , habis sapa yang drive kan saya?"
"Saya ada anak saudara , jadi untuk sementara dia akan gantikan saya"
"Anak saudara pakcik tu umur berapa"
" 22 cik"
"Dia nak ke jadi driver?"
"Dia sebenarnya tengah cuti bekerja , dia cakap dengan saya , dia bosan duk rumah , jadi dia mntak kan saya cari kerja untuk dia sementara waktu ni"
"Anak saudara PakCik kerja apa"
"Dia kerja dekat pelantar minyak. Sekarang ni Group mereka tengah cuti."
"Ouhh..ok lah , pakcik boleh cuti"
"Terima kasih Cik Aliya"
"Sama-sama"
Suasana kembali sunyi. Kereta Aliya tiba di perkarangan rumah Datuk Faliq. Kelihatan Farish dan Fattah sudah siap untuk berangkat , tinggal dia sahaja yang tunggu.
"PakCik , balik dululah. Kereta ni pacik bawa sekali. Petang nanti jemput saya kat rumah Papa saya. Ok"
"Baik lah Cik"
Aliya melihat Kereta miliknya meluncur laju dan semakin hilang dari pandangan. Huii laju jugak Encik Saad ni , dh tua pun masi nak drive laju - laju. Huhu gurau...
Aliya masuk ke dalam rumah. Tapi tidak sempat kaki nya melangkah ketiga - tiga lelaki kesayangannya melangkah keluar.
"Ehh kenapa ni?" Tanya Aliya
"Kita nak jalan lah apa lagi" Kata Farish
"Alah adik belum sempat nak masuk rumah lagi"
