0.3

17 4 0
                                    

" Erm, Awin apa yang kau nak cakap haritu eh pasal pokok besar tu? " tanya Ara. Awin yang sedang mengemas bukunya terhenti kerana tak tahu sama ada ingin diberitahu ataupun tidak.

    " Erm..tak ada apalah, " balas Awin ringkas.

" Hish kau ni... suka tu macam tu. Yelah... dengan aku je berahsia. " kata Ara seperti merajuk.

Akhirnya, Awin mengaku kalah dan beritahu Ara pasal perkara yang sebenar.

    " Kalau kau nak tahu, Dian dan Rian tu memang kawan rapat dan bukan tu je. Diorang ni dah lama tak puas hati ngan kawan - kawan kita. Jadi, aku pernah dengar dari salah seorang budak batch kita, dia cakap Dian dan Rian akan but sesuatu pada kita semua. Tapi, aku tak dapat dengar sampai habis bila, dimana dan kenapa sebab tetiba Dian masuk dalam bilik basuh untuk basuh baju jugak. Sebab itulah aku takut. " beritahu Awin panjang lebar.

_____

   " Kau biar betul Awin?! " tanya Nur terkejut. Yang lain pula diam seribu bahasa. Terkedu, takut dam sebagainya.

Ini kerana mereka tahu latar belakang Dian dan Rian. Mereka akan buat apa sahaja sehingga terlaksana. Sehinggakan mereka berdua hampir dibuang sekolah kerana perbuatan mereka yang suka membuli dan hampir meragut nyawa Ariana.

        Tetapi, oleh kerana ibu dan bapa Dian dan Rian adalah orang yang berpengaruh di sekolah.. jadi mereka terselamat daripada hukuman tersebut. Sebenarnya banyak lagi kes berat yang dilakukan oleh Dian dn Rian. Tetapi, kes tersebut dirahsiakan oleh guru disiplin. Hanya Ara dan kawan - kawannya sahaja yang tahu rahsia Dian dan Rian.

      " Apa lagi yang dia tidak puas hati dengan kita semua? " kata Wani. " Dahlah hampir setiap ari nak ugut aku. Stress tau tak! " sambung Wani lagi. Maryuna menepuk - nepuk belakang Wani suruh bersabar.

          " Sebenarnyakan.. ku ada plan untuk kita semua. " kata Ara.

" Apa dia? " tanya Alisya beria.

     " Ok... macam ni. Aku nak kirang sume libatkan diri korang dengan apa - apa aktiviti sukan. Contohnya wakil rumah sukan korang. Faham? " terang Ara.

      " Ok, sekarang ni aku nak korang beritahu aku apa yang korang nak masuk? " tanya Ara.

" Awin? "
   " Lontar peluru, "

" Puteri? "
   " Lompat jauh, "

" Aqilah? "
   " Erm... badminton, "

" Yana? "
   " Bola jaring, "

" Ok..Wani? "
   " Aku ngan Maryuna join bola tampar, "

" Ok bagus... next! Alisya? "
   " Ah,... erm rejam lembing lah, "

" Nur? "
   " Macam biasa... ping pong! "

" Tia? "
   " Aku nak..... hah! Lompat tinggi sama ngan kau, "

" Ok set! Aku ngan Tia lompat tinggi. So sekarang ni kita semua akan wakil rumah sukan. Jadi, kalau Dian ngan Rian nak kacau kita time tu memang tak boleh. Faham? So, kita stick dengan plan kita ni. Apa - apa masalah just inform aku, ok? "

" OK! "

__________

" Dian, what's your plan? "
   " My plan is destroy all of them. "
   " Kau yakin boleh? " tanya Rian. " Yup, of course. This is Dian Kirana anak Tan Sri Mukhtarlah... Never give up at all. " kata Dian riak.

    " Yes, I know you ni anak Tam Sri. But, you tahu kan kalau diorang ni tahu plan kita macm mana? " tanya Rian lagi.

" Hey! Yang you nak takut sangat ni kenapa? Hah? Taku mati?! "

       " Ermm... t..tt..tak.. " balas Rian agak terkejut dengan kata - kata Dian.

" Asal gigil? Dah tua? Penakut! Huh! Aku warning eh, kalau kali ni kau gagalkan rancangan aku lagi. Siap kau! Memang kau yang mati dulu! Faham!? "

     Rian angguk tanda faham. Takut untuk melawan Dian.

_____

     Tibalah hari yang dinanti - nantikan oleh semua pelajar bagi mendapatkan pingat untuk dikumpul. Ara dan rakan - rakannya pula sudah bersedia seperti yang dirancangkan. Begitu juga Dian dan Rian.

           Sedang semua orang sibuk menyaksikan perlawanan diantara semua rumah sukan. Dian dn Rian pula menyibukk diri mereka dengan rancangan jahat mereka.

    " Macam mana kita nak buat ni Dian? Kau tengoklah diorg semuanya tengah bertanding. Kantoilah nanti kalau kita pergi panggil diorang. " kata Rian agak cemas.

" Tak apa, kau ikut je aku. Aku tahu apa aku buat, " kata Dian ringkas.

" Ok, "

Dian mula melaksanakan rancangannya secara senyap. Seperti serang hendap.

     Dian mengupah beberapa orang budak junior untuk memanggil Ara dan yang lain - lain ke lubuk perangkapnya iaitu di pokok besar tersebut.

_____

" Kak Alisya, boleh tolong Lily tak? "
    
     " Tolong? Kenapa ni? "

" Macam ni, Kak Dian tiba - tiba je sakit perut. Dia kat hanya Kak Alisya je yang tahu ubat tu. "
    
     " Kenapa Lily tak amik je sendiri? "

" Alaa... Kak Alisya....Lily takut. Sebab Kak Dian pergi letak beg dia dekat pokok besar tu jadi boleh tak Kak Alisya temankan Lily amik beg Kak Dian. " kerana kesiankan Lily, Alisya sanggup lakukan juga walaupun dia tahu bahaya pergi ke pokok besar itu.

Sampai sahaja di pokok besar itu. Alisya tanya Lily dimanakh beg Dian. Lily pula kata begnya ada di tepi perigi buta itu. Alisya pun pergi dekat perigi buta itu. Namun, tidak kelihatan begnya Dian.

       " Tak ada pun Lily, mana begnya? "

" Kau akan jumpa beg aku lepas kau jatuh, " tiba - tiba Dian bersuara. Alisya memusingkan badannya ke belakang dan ternampak Dian dan Rian sedang berdiri sambil tersenyum sini memandangnya.

" Apa semua ni? " tanya Alisya cemas.

" Selamat tinggal Alisya, " kemudian Dian menolak Alisya jatuh ke dalam perigi buta itu.

" Aaaahhhhhhhhhhhhhhhh!!! "

Alisya terbangun daripada tidurnya.
    " Astaghfirullahalazim "
Rupa - rupanya, tadi itu hanyalah mimpi. Jam menunjukkan pukul 3:00 pagi. Alisya kemudian pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat tahajjud dua rakaat. Kemudian, barulah dia sambung kembali tidur.

__________

" Erm.. Alisya kau ok ke ni? Dari tadi kau asyik diam je. " tanya Wani tiba - tiba. Tetapi, Alisya masih tidak menunjukkan apa - apa respon.

" Herm, tulah. Aku tengok muka kau pucat lesi ni. Kau demam ke? " tanya Tia pula. Risau jugak dengan keadaan Alisya ynag diam seribu bahasa.

     " Alisya? " Tia memegang bahu Alisya namun ditepis kuat oleh Alisya dan Alisya terus melarikan diri daripada Tia dan Wani. Mereka tergamam dengn tindakan Alisya itu.

     " Kenapa tu? " tanya Tia. Wani hanya mengangkat bhu tanda tidak tahu.

" Pelik, " kata Tia.

_____

Alisya terus berlari dan menangis sekuat hatinya. Fikirannya masih segar dengan mimpinya malam tadi.

   Dirinya terasa dihantui dengan bayangan Dian dan Rian. Dengan tidak semena - mena, Alisya tiba - tiba merasakan dirinya sangat ringan. Seakan - akan melayang - layang di udara. Pandangan matanya kabur dan tiba - tiba pandangan matanya gelap serta - merta.

   Alisya pengsan.

" Alisya!! " mujur Tia dan Wani mengekorinya sedari tadi. Mereka berdualah yang memanggil cikgu yang bertugas. Alisya dihantar ke hospital.

        Selang beberapa minit kemudian, Alisya tersedar daripada pengsannya.

__________

TEN MEMBERS #COMPLETED#Where stories live. Discover now