0.4

16 3 0
                                    

" Biar betul kau ni. Kau mimpi macam tu sekali? " tanya Ara agak terkejut.

    " Aku takut je benda tu akan jadi betul - betul. " kata Awin pula.

" Ish! Kau ni. " kata Aqilah pula.

      " Ok sekarang ni kita semua kena berjaga - jaga dengan Dian. Terutama sekali Alisya. " Puteri cuba memberi kata - kata.

" Yup! Betul kata Puteri tu. Aku setuju. Tapi kan aku rasa kita tak boleh biarkan Alisya keseorangan. Tia terutamanya. " Maryuna cuba memberikan cadangan.

      " Tia, aku harap kau sebagai bedmate tengok - tengokkanlah Alisya tu. Ok? " kata Puteri lagi. Tia mengangguk tanda faham akan nasihat yang diberikan oleh Maryuna dan Puteri.

_____

" Ok, aku harap jangan buat lebih - lebih ngan dia lagi. Cukuplah kau bagi dia ubat tu tapi jangan terlebih dos pulak. Nanti gila pulak jadinya kawan aku tu, "

           " Eh? Sayang jugak kau ngan si Alisya tu. Ingatkan dah benci sangat kau dengan Alisya tu. " kata Dian.

" Huh! Kau anggap semua settle bila ada aku, "

        " Ok. Kalau plan ni gagal, kau yang aku cari, " kata Dian.

_____

Alisya masih lagi termenung dan mendiamkan diri. Selera makan pun hilang. Puas Tia memujuknya untuk makan dan minum. Tetapi tidak mendatangkan apa - apa reaksi daripada Alisya.

      " Alisya, aku ingat lagi kau pernah cakap ngan aku yang setiap ujian pasti ada hikmahnya. " kata Tia kepada Alisya. Alisya pula masih termenung.

Tingkah laku Alisya berubah serta merta selepas dia pengsan.

' Maafkan aku korang. Aku bukannya takak bagitahu korang apa yang aku rasa. Tapi... aku tak tahu nak bagitahu korang macam mana. ' bisik hati Alisya. Tiba - tiba, beberapa butir air jernih jatuh berguguran. Pedih menahan kesakitan seorang diri.

__________

LIMA HARI KEMUDIAN...

Hari ini Ara, Awin, Aqilah dan Nur akan pergi menyertai aktiviti perkhemahan pengakap. Mereka akan pergi selama tiga hari tiga malam.

' Huh! Misi bermula, ' bisik hati Dian.

_____

" Kau dah sedia? " tanya Dian.
   " A..a..ak..aku... "

" Aku apa? "
   " Aku kesianlah... "

" Ah... jom mula, "

_____

Inilah masanya untuk memulakan rancangan. Sewaktu Alisya tidur di dalam kelas waktu rehat. Bermulalah misi Dian.

        Dian meletakkan ulat gonggok merata - rata di atas meja dan di tangan Alisya. Habis sahaja waktu rehat, Alisya pun bangun daripada tidurnya kerana merasakan ada sesuatu yang bergerak - gerak di atas tangannya.

" ARGHHHHHHHHHHHH!!! "

Alisya menjerit..

__________

" Eh kenapa ni, Alisya? " tanya Shima, kawan sekelas Alisya yang baru sahaja masuk ke dalam kelas selepas waktu rehat.
     " Ulat!!!! " jerit Alisya lagi.
" Weyh... banyaknya...mana datang ni?! " Shima terkejut. Pelik dari manakah datangnya ulat - ulat semua ni?

Dian juga berpura - pura terkejut. " Alisya, banyak sangat ni!! Eiii... uwekk, gelinya, "

" Tolonglah cepat!!! " pinta Alisya.

TEN MEMBERS #COMPLETED#Where stories live. Discover now