0.6

11 2 0
                                    

" Assalamualaikum, Awin kau ada idea tak nak buat novel aku ni? " tanya Ara.
   
    " Waalaikumussalam.. Ya Allah Ara... sampai kau telefon aku Ara... asal ni? Kau okey tak? " tanya Awin kembali.

" Erm.. entahlah. Aku takde mood ah.. " balas Ara.
  
       " Ok macam ni. Apa ata aku belanja kau makan kat tempat biasa tu. Jumpa setengah jam lagi. " ajak Awin.

" Ok.. jom, "

Ara menuruni anak tangga untuk berjumpa dengan umminya di dapur.

    " Ummi, Ara nak keluar pergi jumpa Awin dekat kedai mamak dekat depan tu. " beritahu Ara kepada umminya, Puan Sri Hannan Arissa.

" Kamu nak naik apa? " tanya Puan Sri kembali.
 
      " Oh, nanti Awin datang amik Ara, " balas Ara.

" Kenapa tak suruh Pak Ali je yang hantar? " tanya Puan Sri.

      " Alaaa ummi.. sekali niiiii je... bolehlaaa, " rayu Ara manja.

" Ok. Boleh tapi balik kena awal. " kata Puan Sri tegas.

     " OK! "

_____

" Hah, kau kenapa ni Ara. Tak pernah - pernah aku tengok kau hilang idea macam ni sekali. Selalunya kaulah yang miss idea paling terkenal dekat sekolah. But now?? " bebel Awin.

      " Hish kau ni. Asyik bebel je... penatlah dengar, " kata Ara.

" Ok fine, " balas Awin dan kemudiannya membuat isyarat seperti menzipkan mulutnya.

    " Macam ni, aku sejak dua tiga hari ni asyik mimpikan Nur je. "

Awin buat muka tanda tanya.

" Ye, mimpi. Mimpi yang Nur tak datang masa reunion tu. Orang kata dia sakit. Tapi tak tahu sakit apa, "

Awin buat muka pelik pula. Seksa jugak tak boleh bercakap.

     " Bukaklah mulut kau. Nak gelak pulak aku tengok, "

Awin terus membuat isyarat membuka mulutnya daripada terkunci.

     " NUR?! "
" Ya, "

     " NUR?! "
" Ya, "

     " NUR?! "
" YA!! Berapa kali aku nak ulang. Haih, "

" Hehehhe.. kay.. sorey... " Awin meminta maaf. Sebenarnya Awin hanya ingin memastikan apa yang dikatakan Ara adalah benar.

__________

Tibalah hari yang dipaggil reunion batch Ara. Reunion mereka diadakan di Hotel Oriental, Kuala Lumpur. Nak tahu sebab apa mewah sangat reunion mereka kali ini?

      Sudah pastinya dewan di hotel ini ditempah khas oleh Dian anak Dato. Ya, walaupun Ara adalah anak Tan Sri tetapi dia tidak langsung menonjolkan diri ataupun berlagak. Hanya sembilan orang kawannya yang mengetahui bahawa dirinya adalah anak Tan Sri.

     " Hai Nur!! " sapa Dian dari belakang. Nur menjeling Dian.

" Hai, takkanlah jeling je? " kacau Dian lagi.

      " Kau nak apa lagilah Dian? Tak cukup ke kau dah hancurkan persahabatan kitorang hah? " tanya Nur.

" Relakslah... aku dah lama puas. Cuma kesian kat kau ni dipinggir kawan - kawan. Hehe, " perli Dian. Zasss...

     " Dahlah menyampah aku nak tengok muka kau! Jijik! " Nur terus beredar meninggalkan Dian.

Ara, Awin, Aqilah, Alisya dn Wani baru sahaja tiba di hadapan hotel tersebut. Baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam dewan hotel tersebut Nur juga keluar daripada dewan menggunakan pintu yang sama. Terdiam mereka seketika. Nur tetap meneruskan niatnya untuk beredar tetapi sempat ditahan oleh Ara.

TEN MEMBERS #COMPLETED#Where stories live. Discover now