0.2 > £¡r$+ d@¥ 0£ $c#0oL

25 3 0
                                    

KRING!!!!!!

Loceng berbunyi menandakan telah masuknya waktu rehat untuk hari pertama persekolahan. Semua murid tingkatan satu, dua dan tiga bergegas ke arah kantin supaya tidak berebut di sana nanti.

Dalam pada itu, Ara dan Awin pula lain niat mereka untuk ke kantin. Niat mereka hanyalah untuk berjumpa dengan lapan orang lagi kawan karibnya. Maklumlah dia dan Awin sahaja yang satu kelas.

Lagipun, Ara dan Awin bukanlah seorang yang menginginkan sangat makanan di kantin itu. Katanya, makanan yang dijual di kantin tidak sesedap makanan yang dihidangkan di dewan makan. Tambahan pula, mereka lebih suka berjimat sebab mereka akan berbelanja sewaktu outing nanti ataupun masa nak balik kampung nanti..

Sampai sahaja di kantin, mereka terus mengambil tempat duduk di hujung kantin.

Sementara menunggu, Ara dan Awin sempat berbual.

" Weyh, kau tahu tak tahun ni sekolah akan buat hari sukan kat sekolah sebelah? " tanya Awin.
  " Ye je kau, " balas Ara tiga patah.
" Hish, kau ni.... cubalah bagi respon sikit. Susahlah cakap ngan kau ni, " kata Awin.
  " Ha..yelah, yelah, hah apa dia? " tanya Ara cuba untuk mengambil balik hati kawannya itu.
" Macam ni, kau tahu kan yang sekolah sebelah tu kan ada sebuah pokok besar yang orang misteri tu? " Ara hanya mengangguk tanda faham akan kata - kata Awin dan Awin meneruskan lagi, " Hah, pastu.. "

Tidak sempat Awin menghabiskan kata - katanya, kawan - kawan mereka sudah pun tiba di kantin. Jadi, Awin hanya mampu menyimpan kembali
kata - katanya sebentar tadi.

__________

" Assalamualaikum, "
   " Waalaikumussalam, "

" Hai, Wani... Aku sebenarnya tak sabar nak bagi kejutan dekat korang masa hari sukan tu nanti, nak tahu kenapa? Sebab masalah geng - geng kau tu tak pernah selesai bagi aku. Faham? Aku chaw!! "

    Panjang lebar Wani menceritakan kepada mereka apa yang telah diberitahu Dian kepadanya. Alisya yang berada di sebelahnya agak terkejut dan kurang percaya dengan cerita Wani itu tadi.

    " Awak biar betul Dian cakap macam tu dekat awak? Saya tidak percayalah, " tanya Alisya.
" Ah, kau ni. Taknak percaya sudahlah, " balas Wani.

   " Habistu kau balas apa, " tanya Puteri.
" Pastu, aku cakaplah ngan dia kita bukannya geng tapi kita semua rapat. Aku mengamuk jugalah masa tu. Tapi apakan daya tiba - tiba pulak Pengetua lalu depan aku. Aduhh... spoil betullah, " kata Wani.

Akhirnya, mereka membincangkan cara untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Yana memberikan cadangan agar memberitahu perkara ini kepada guru kaunseling dan Aqilah turut menyokongnya. Tia pula memberi nasihat agar Wani bersabar jika Dian dan Rian cuba untuk mengugut Wanj lagi.

    " Alisya, aku tahu kau duduk sebelah ngan Dian, tapi itu tak bermakna Dian suka ngan perangai kau. " beritahu Nur. Alisya pula agak terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Nur.
" So? " tanya Alisya kembali.

  " So, aku nak kau jaga sikit perangai kau tu. Dian bukan macam kitorang yang boleh layan perangai kau. Dian tak macam tu, " Kata Nur lagi.

" Sebab pernah sekali tu, Maryuna ternampak Dian cuba untuk letakkan ulat gonggok dekat dalam mulut kau waktu kau tertidur. " kata Maryuna
  " Ye ke Maryuna? " tanya Alisya cuba mendapatkan kepastian. Maryuna hanya mengangguk.

" Yelah, sebab setahu saya, saya tidak pernah tertidur di dalm kelas, " kata Alisya.

   " Masa tu, Maryuna nak jumpa kau nak bagi beg dompet kau yang tertinggal dekat kantin pagi tu. Lepas tu, sampai je dekat kelas kau, Maryuna nampak Dian nak letak ulat gonggok tu. Tapi, tak jadi sebab tak lama tu Syahmi budak nerd tu masuk kelas. Faham? " Nur menerangkan cerita sebenar kepada Alisya.

Alisya pula masih berdiam diri sampailah di kelasnya. Sepatah kata pun tidak terkeluar daripada bibirnya itu. Mungkin sebab tak sangka dengan perangai Dian yang selama ini dia percaya dengan Dian dan langsung tidak sangka bahawa Dian akan bersikap sebegitu rupa.

    Dian perasan akan perubahan Alisya dan lebih suka. Namun, tidak menyangka akan pengetahuan Alisya tentang perbuatan jahatnya itu.

    " Huh! Bagus juga kau diam. Kalau kau bercakap rasa macam ugh! Geram... kau tunggulah nanti. Aku ada something untuk kau dan kawan - kawan kau tu.. hehe! " kata Dian perlahan sebaik sahaja Alisya melangkah keluar daripada dorm untuk ke tandas.

Rancangan yang berbau busuk bakal dilaksanakan tetapi bila?

__________

" Perhatian kepada semua warga aspuri, petang ini anda dikehendaki untuk turun awal pada jam 6:30 petang dan bergegas menuju ke Dewan Umar
Al-Khattab. "

Pada malam itu, pihak asrama ada mengadakan ceramah di Dewan Umar Al-Khattab. Ceramah tersebut dibawakan oleh seorang senior tingkatan lima yang juga merupakan ketua pelajar di Sekolah Menengah Agama Seri Astana. Namanya Qayyum Akif.

Kesian Ara sampai tersengguk mendengar ceramah Qayyum. Penatlah katakan.... Namun digagahkan jua dirinya untuk mendengar ceramah Qayyum itu. Siapa yang tidak kenal Ara dengan sikapnya yang pentingkan ilmu. Katanya dia sanggup untuk buat apa sahaja demi menimba ilmu. Dimana ada Ara, di situlah ada buku.

Sehinggakan digelar ulat buku. Ara juga amat disenangi semua orang termasuklah makcik cleaner. Kalau nak diikutkan, Ara adalah penolong ketua pelajar bagi tahun ini. Tetapi, oleh kerana Ara baru sahaja di tingkatan tiga jadi menyukarkan dirinya untuk menyandang jawatan tersebut. Semuanya disebabkan kepandaian dan kebijaksanaan yang diberi oleh Allah kepada Ara.

     Dalam pada itu, ada juga yang iri hati terhadapnya. Tidak lain tidak bukan penolong ketua pelajar tahun ini iaitu akak seniornya yang bernama Safira Adleen. Safira bukan sahaja iri hati dengan Ara sebab jawatan malahan sebab Qayyum juga.

    Walhal, Ara langsung tidak ada apa pun perasaan terhadap Qayyum. Ara hanya memikirkan untuk belajar kerana dia tahu akan kesusahan ibu dan bapanya bekerja mencari duit untuk membiayai dirinya dan adik beradiknya. Ara juga sering mengingati ianya akan menjejaskan keputusan peperiksaan jikalau bercinta di bangku sekolah. Tidak seperti Safira Adleen yang hanya tahu menggatal dengan Qayyum Akif. Walaupun sedar bahawa dirinya tidak disukai ramai. Dikira syok sendirilah ni. Hehe...

   " Ara! Bangunlah... kau ni asyik tidur je. Kata nak menimba ilmu, " kejut Aqilah.
" Huarghhh... hah nape ni? Dah habis ke? " Ara pantas mengangkat kepalanya kelam kabut.
    " Hoi! Kau tahu tak dari tadi aku perasan Kak Musafir tu asyik pandang kau je, " beritahu Aqilah lagi.
" Ahhhh... lantak dialah. Dia tu kalau boleh masa aku mandi pun nak tengok. Hahahha... " celoteh Ara.
   " Hahah.. kau ni tak baiklah. " balas Aqilah
" Eh.. betul apa. Kau ingat aku tak tahu ke. Aku ada spy tau. " balas Ara kembali lalu minum air masak yang dibawanya untuk melegakan tekaknya yang kering itu.
  " Hek eleyh, ye je kau.. " kata Aqilah seperti tidak percaya.
" Iya.. betul...Yelah.. aku balik dorm je adik dorm aku cakap Kak Musafir tu tenung aku sammmmpaiiii aku masuk bilik air. Hah! Tak ke betul tu? " terang Ara. Aqilah agak terkejut.
  " Heh? Eeiii scaryyyy..... " balas Aqilah spontan.
" Hah... kann... kau tak kena, " kata Ara.

" SHHHHHHH!!! "

Tak pasal - pasal mereka berdua kena shhhh dengan akak senior yang lain. Terdiam sebentar menahan malu. Tulah...siapa suruh bising.

__________

TEN MEMBERS #COMPLETED#Where stories live. Discover now