0.7

19 2 0
                                    

Pada kebiasaannya, prank untuk hari jadi seseorang itu akan diadakan tepat pukul 12 malam. Bermacam - macam rancangan yang bergeliga di dalam otak dalang - dalang. Termasuklah Ara dan kawan - kawannya.

Memandangkan esok ialah hari jadi Awin, jadi mereka berpakat untuk mengenakan Awin.

" Ok, plan dia macam ni, aku ngan puteri akan sorokkan buku hijau dia dekat surau. Nur ngan Aqilah jaga line. Wani ngan Maryuna tolong sepahkan loker dia. Yana ngan Alisya korang standby lima buah baldi kat dalam bilik air. Tia, kau berat sikit kerja kau. Kau kena bawak Awin pergi bilik basuh, faham? "

" Ok, sekarang ni, macam ni plannya, " sambung Puteri pula, " Mula - mula Tia kena bawak Awin pergi bilik basuh dulu biar dia basah and then baru sedarkan dia tentang buku hijau tu. Faham? " Semuanya angguk tanda faham.

BERMULALAH RANCANGAN.....

Tia menghampiri Awin yang sedang menuju ke tangga untuk naik ke atas.

" Awin! " panggil Tia. Awin menghentikan langkahnya lalu memusingkan badannya ke belakang, " Hurm, nak apa? "tanya Awin.

" Jom teman aku gi tandas? " pinta Tia. " Hah! Alaaa... aku ada banyak lagi kerja nak buat, " Awin cuba memberi alasan. " Alaaa... jomlah... aku dah tak tahan ni, " Awin akurbjuga dengan kehendak Tia.

" Heheheh... rancangan aku hampir berjaya, " bisik hati Tia gembira.

Sampai sahaja di depan tandas..

SPLASHHHHH!!!

" WOIII!!! " Jerit Awin...yang hanya mentertawakan dirinya. Kesian. Kesejukkan.. Mana tidaknya... habis basah satu badan.

Selesai sahaja mandi... Awin masuk ke dalam dorm dan...

" Loker aku...huhuhu... " rintih Awin. Ya... plan menjadi. Lokernya disepahkan, letak bedak dan sebagainya. Kesian lagi.

Duduk sahaja di atas katil.. Awin terjumpa satu kertas yang tertulis ' Maaf... buku hijau kau aku dah curi... ' terus menangis Awin dibuatnya. Maklumlah buku hijau kesayangan.

Berkali - kali dia memesan kepada kawan - kawannya supaya tidak membuka buku tersebut dan baca pun tak dibenarkan. Entah apa agaknya yang disorokkan.

Walaupun kena curi mereka tetap amanah dengan Awin. Sementara itu... Awin mengemas lokernya dengan bantuan Tia sambil matanya merah dan tersedu - sedu mengenangkan buku hijaunya itu.

Selesai sahaja mengemas, Awin pergi mencari bukunya. Dia terus turun ke surau untuk mencari bukunya dan dia ternampak Puteri dan Ara sedang duduk berbual di dalam surau.

" Mm..mma..mana..buk..buku aku? " tanya Awin tersekat - sekat. Mereka hanya memggelengkan kepala. " Cepatlah... " Geleng lagi.

" Ntahlah..tadi kitorang nampak kat situ, " akhirnya Ara bersuara kesian tengok Awin sebegitu rupa.

Awin tetus bergerak longlai ke arah almari Al-quran di tepi surau. Nasib baik jumpa. Kemudian dia terus naik ke atas sambil menangis.

__________

Ara tertawa kecil mengenangkan kisah dia dan kawan - kawannya sewaktu zaman sekolah dahulu. Lebih - lebih lagi dirinya yang duduk di asrama. Ara terus mengimbau lagi kenangan...

_____

" Ermmm...Wani tadi Cikgu Idlan nak jumpa kau kat bilik guru, " beritahu Maryam kawan sekelas Wani. " Ok, " balas Wani ringkas kemudian bingkas bangun daripada tempat duduknya untuk pergi berjumpa dengan Cikgu Idlan.

Di dalam perjalanan ke bilik guru, Wani ternampak Nur sedang berjalan sambil berbual mesra dengan Tia. Wani melambai - lambai tangannya.. malangnya mereka langsung tidak perasan.

" Alaa... tak perasan ku, " ngomel Wani sendirian. Kemudian,Wani meneruskan tujuannya.

Setibanya di bilik guru, Wani memeberi salam dan berjumpa dengan Cikgu Idlan. " Ya, cikgu, "
" Oh, awak... Nurul Hazwani? "tanya Cikgu Idlan teragak - agak. Wani emblas dengan anggukkan kepala dan senyuman manis di bibir kecilnya.

" Macam ni, saya sebenarnya nak mintak pertolongan awak untuk melukis dan mewarna, boleh ke? " Cikgu Idlan memulakan bicara. " Boleh, " jawab Wani ringkas.

" Ok, kalau macam tu saya nak awak tunggu saya dekat tepi Dewan Umar Al-Khattab. Nanti saya datang dan jangan lupa bawak lagi sorang kawan awak, " arah Cikgu Idlan. Wani hanyak mengangguk tanda setuju.

_______

" Awin, tolong panggilkan Ara, " pinta Wani melalui tingkap kelas Awin dan Ara. Maklumlah Awin dan Ara duduk bersebelahan dengan tingkap dan kerana kemalasan Wani untuk berjumpa dengan Cikgu Hani yang scaryyy tu... bermulalah komunikasi secara senyap.

" Cikguuuuuu.... ada orang ponteng kelasssss.... " alamak!!! Diva tu dah nampak. Pantas Cikgu Hani menjeling taja ke arah Ara dan Awin. Tapi takpe..Cikgu tak layan sangat ngan minah diva tuuu... Nama dia Gia la Diva!! Hahahah... Minah paling kepoh dalam kelas Awin dan Ara. Siapa je yang tak kenal diva tu.

Tapi, nama dia bukan Gia La Diva. Nama dia Gia Kirana. Asib baik buan pirana... hahahaha... tapi kena ituah panggilan yang dipanggil oleh Awin dan Ara. Hatters tegar diva tu.

" Aduhhhh... takpelah Wani aku gi jumpa cikgu Hani mintak izin. Kau tunggu ku kat luar je, " beritahu Ara. Ara trrus mendapatkan keizinan daripada Cikgu Hani dan Ara dibenarkan keluar.

__________

" Eh, diva! " panggil setelah Cikgu Hani keluar daripada kelas. Gia dengan gediknya berjalan catwalk ke arah meja Awin.

    " Apa? "tanya Gia dengan cara gediknya. " Kau memang nak cari pasal eh? " Awin cuba saiko Gia. " Eleyh... suka hati I lah nak cakap apa punnnn.... " balas Gia kemudian beredar daripada meja Awin.

_______

Sampai sahaja di asrama, mereka diberitahu bahawa pertandingan sukan asrama akan diadakan pada malam esok. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan.

Pada malam itu, setiap ketua batch sibuk menguruskan senarai peserta yang ingin menyertai setiap aktiviti yang tersenarai.

Antaranya ialah bola beracun. Permainan inilah yang akan menggegarkan asrama puteri di waktu malam. Permainan diantara batch bertukar menjadi macam perlawanan bola sepak di antara negara. Muahahhahaahahahhhahaha!!!!!

Perlawanan sengit!
Perlawanan hebat!
Perlawanan menggunakan akal fikiran!

HUH!!

SIAPAKAH PEMENANGNYA?

JANGAN LUPA SAKSIKAN PERLAWANAN BOLA BERACUN DI ANTARA BATCH PADA MALAM ESOK!!

   ' Wah - wah! Dah macam pengulas sukan pulak aku nih, ' bisik hati Ara yang sedang duduk termenung di tepi court aspuri sambil melihat aksi lincah akak - akak form 4 berlatih.

Dari jauh, Maryuna perasan akan kelakuan Ara yangg tersengih - sengih macam kerang busuk. Maryuna pun berjalan ke arah Ara.

" Hoi! "

       " Hoi! Oh bola beracunnn cunnn cunnn, " Ara melatah apabila dirinya ditepuk kuat oleh Maryuna. Terkejut dibuatnya.

" Hish! Kau ni Maryuna kang aku ejek kau Sizuka Doraemon baru tahu! " marah Ara. Mana tidaknya, hampir skit jantung dibuatnya tambahan akak - akak form 4 pun turut tergelak melihat gelagat Ara yang melatah itu. Dahlah kuat.

" Heheheh... sorey, " Maryuna meminta maaf. " Sorey nak loreylah! " balas Ara membuatkan Maryuna tertawa. " Eh, kau ni marah - marah pun masih nak berlawak, " Ara masih masam mencuka.

      " Alololo, marah ke Ara? Kau ingag Mukhriz nak datang pujuk kau ke? " gurau Maryuna. " Takde mananya... aku bukannga pelakon cinta tiada ganti tuuu... " jawab Ara.

" Yelah - yelah.... "

     " Eh, kau masuk tak bola beracun esok? " tanya Maryuna. " Masuk! Jadi penyokong tegar batch kita! Wuuuuhuuuuu!! " balas Ara bersemangat.

" Laaa.... " Maryuna membuat muka hampa. Ara tertawa melihat reaksi muka Maryuna.

__________

TEN MEMBERS #COMPLETED#Where stories live. Discover now