Seperti mana yang diamanahkan, Qayyum mengumpulkan sembilan orang kawan - kawan Ara. Sebaik sahaja semuanya tiba. Qayyum terus menghulurkan surat tersebut. Setiap sorang dapat satu. Masing - masing dapat ikut warna kegemaran diorang.
" Apa ni Qayyum? "
" Kad jemputan eh?? "
" Oh..suka senyap - senyap eh kau, "
" Haahhah... ceyhhh... "
Masing - masing salah sangka. " Cuba korang bukak dulu sampul surat tu. " pinta Qayyum apabila masing - masing pikiaq lain. Haih... tapi betul ke Qayyum suka dalam diam? Hurmm..
" Apa ni? "
" Ara kat mana Qayyum? "
" Aku tahu kau tahu Ara kat mana en? "
Bertubi - tubi soalan uang ditujukan kepada Qayyum. " Aku harap korang tabah. Itu je yang aku tahu. Cuma Ara harap sangat yang korang boleh baca novel terbaru dia. Ada perkara yang dia nak bagitahu kat dalam tu. Ara kata korang akan jumpa jawapan kat dalam tu. " kemudian Qayyum bangun dan berlalu pergi. Amanah dia dah selesai.
__________
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T.
Kepada sahabatku,
Pertama sekali aku nak minta dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Aku tahu banyak kesalahan aku kat korang. Aku harap korang terima pemergian aku dalam diam ni.
Aku minta maaf sekali lagi sebab aku memang tak boleh nak bagitau korang kat mana aku ada sekarang. Terima kasih berkawan dengan aku selama ni. Sudi terima perangai tak menentu aku ni. Hehe...
Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Sampai bila - bila pun korang takkan aku lupakan. Korang memang the best never rest!! Aku ada sebab aku buat semua ni.
Oklah..aku takleyh cakap banyak aku geraklu. Paper rojer weyh... Byee ten memberssss!!!!
with lots of love,
Nur Natalia Farha
Binti Tan Sri Harris Anuar_
_____
S
elepas hari itu, tiada langsung kedengaran khabar berita tentang Ara. Hanya keluarga dan Qayyum sahaja yang tahu kat mana Ara berada. Nak tahu macam mana Qayyum boleh tahu? Sebab dia dapat nombor telefon baru Ara dan suka mengacau Ara.
Qayyum jugalah yang rajin memberi kata - kata semangat dekat Ara yang sebenarnya penghidap kanser buah pinggang tahap empat. Pada mulanya Ara taknak bagitahu. Tapi sebabkan Qayyum mendesak jadi dia bagitahulah jugak. Selain itu, Qayyum juga sedaya upaya membantu Ara dalam segi pemulihan.
Melalui kisah hidup Ara, Qayyum berminat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dan ingin mengambil phd. Tan Sri dan Puan Sri banyak terhutang budi dengan Qayyum sebab dialah yang banyak membantu Ara.
Alhamdulillah...dengan berkat usaha Ara dan doa orang - orang yang tersayang, Ara pulih sedikit daripada penyakitnya. Tetapi, doktor masih lagi tidak dapat mengesahkan kepulihan Ara sepenuhnya. Bahkan memberitahu Ara hanya ada tiga bulan sahaja lagi untuk hidup kerana mendapat tahu Ara bukan sahaja penghidap kanser buah pinggang malah menghidap penyakit barah otak.
Sedih apabila Qayyum mendengar kata - kata doktor tersebut. Lalu, dia meminta keizinan Tan Sri dan Puan Sri untuk memberitahu kawan - kawan Ara.
Pada mulanya dihalang...takut Ara tak bagi. Tapi, Qayyum memujuk dan akhirnya dibenarkan juga.
__________
" Kau ni biar betul Qayyum? "
" Ntah..agak - agaklah Ara sakit macam tu sekali? "
![](https://img.wattpad.com/cover/170577231-288-k898387.jpg)
YOU ARE READING
TEN MEMBERS #COMPLETED#
Dla nastolatków#10members #tillwemeetagain #completed #2018/19 Ranking:- #no.3 out of 27 stories ( realiti ) #no.197 out of 2.01k stories ( sahabat ) #no.166 out of 1.38k stories ( fantasi ) #no.2 out of 27 stories ( realiti ) #no.24 out of 26 stories ( realiti ) ...