Hari ini ialah hari sabtu, hari sangat dinanti - nantikan oleh warga asrama puteri. Kali ini giliran puteri pula yang akan berouting pada hari sabtu. Tidak kisah outing bersama kawan ataupun keluarga. Yang penting kena ada kad outing.
Pukul 11 sudah dibenarkan outing. Bagi pelajar asrama, dapat outing bersama kawan - kawan pun sudah seribu rahmat. Ini kerana dapat menghilangkan stress seketika. Walaupun tidak bershoping, dapat jalan - jalan pun ok!
Kali ini, seperti biasa Awin akan mengajak kawan - kawannya outing bersama. Kadang - kadang naik teksi tapi mahal sikut lah. Kena kongsi - kongsi. Kadang - kadang jalan kaki sampai jumpa bas yang nak ke stesen bas. Kalau macam ni penat sikitlah.
Tapi... kali ini Maryuna ada misi yang tersendiri!
" Erm.. korang aku tak dapat nak outing ngan korang tau minggu ni, " beritahu Maryuna kepada kawan - kawannya.
" Eh! Asal plak? " tanya Wani pelik. " Tak pernah - pernah kau taknak outing ngan kitorang, " bicara Yana pula.
" Macam ni...korang tahu kan Al-Quran aku dah hilang dan dibeli oleh nenek aku. Aku takut nanti dia tanya mana Al-Quran tu. Dahlah baru je beli, " terang Maryuna.
" Takpe, nanti kita carilah, " pujuk Aqilah. " Tak masalahnya ku dah cari merata - rata. Tetap tak jumpa dan aku nekad minggu ni ku nak pergi buku tu. " beritahu Maryuna lagi.
" Tapi, kan jauh tu, " kata Puteri pula. " Hurm, takpe sejam dari sini nak ke rumah aku tu. " balas Maryuna.
" Habistu kau nak naik apa? " tanya Alisya pula. " Jangan risau. Aku kan selalu balik naik bas ting tong. Lagipun bas tu lalu dekat depan kedai buku tu, " sambung Maryuna lagi.
" Oh, oklah kalau macam tu hati - hati tau, " pesan Ara. " Jangan lupa balik awal! " laung Tia dan Nur pula.
" OK! "
Maryuna mulakan perjalanannya dengan acaan bismillah. Dengan harapan yang membara. Bak kata pepatah, pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan.
Memang tak pernah dibuat orang outing sampai ke rumah. Dalam hati Maryuna sentiasa dilanda kerisauan. Buatnya terserempak dengan mak ataupun ayahnya. Huh! Mati dia..
Maryuna juga berharap agar dia sempat balik ke sekolah sebelum pukul 6 petang.
__________
Sedang hampir Maryuna melelapkan matanya, tiba - tiba bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang. Maryuna terkejut lalu tersedar dari tidur.
Rupa - rupanya kepala dia terlentok ke bahu nenek yang duduk di sebelahnya. Merah padam muka Maryuna menahan malu.
" Sorry aunty, " Maryuna meminta maaf. " Eh, takpa... takpa... kecik punya hal maa... " balas nenek tua itu.
' Eh, aunty ni cina ke? ' bisik hati Maryuna.
" You jangan pelik sama saya.. saya muallaf. Masuk islam. " beritahu nenek yang dipanggil aunty itu apabila perasan akan perubahan wajah Maryuna.
" Oh...hehe...sorry aunty. Nama aunty siapa? " tanya Maryuna.
" Nama saya Mariana Lee Binti Abdullah Lee. " jawab aunty tersebut. Maryuna sekadar mengangguk sambil tersenyum.
" You buat apa? Balik sekolah kaa...? " tanya aunty itu pula. " Erm, hari ini saya outing. Saya duduk itu asrama, " balas Maryuna pula.
" Oh.. you duduk asrama? Bagus - bagus! " Mereka pun bersembang sampailah Aryuna turun di hadapan kedai buku yang ingin dikunjunginya.
YOU ARE READING
TEN MEMBERS #COMPLETED#
Подростковая литература#10members #tillwemeetagain #completed #2018/19 Ranking:- #no.3 out of 27 stories ( realiti ) #no.197 out of 2.01k stories ( sahabat ) #no.166 out of 1.38k stories ( fantasi ) #no.2 out of 27 stories ( realiti ) #no.24 out of 26 stories ( realiti ) ...