0.1 > $@¥ #¡

57 5 2
                                    

~Alisya~

  " Dian, awak ada nampak tak cermin mata saya? " tanya Alisya. Dian hanya menggelengkan kepala. Alisya masih mencari cermin matanya itu. Habislah kalau cermin matanya hilang.
Alisya bermata empat sejak tadika lagi. Jadi, sudah tentu susah pergerakan Alisya tanpa cermin mata di matanya. Hehe.. Ibarat lagu Di Matamu Sufian Suhaime. Dian pula merupakan table mate Alisya. Alisya merupakan pelajar tingkatan tiga kelas kedua yang diberi nama 3 Baiduri.

  " Hah! Itu dia! " kata Alisya bersemangat sambil terlompat - lompat sebab gembira sangat apabila sudah menjumpai cermin matanya itu. Dian pula seperti biasa hanya membalasnya dengan senyuman nipis. Tanda malas untuk melayan karenah Alisya lagipun Dian tidak berapa selesa dengan gelagat Alisya sejak mereka di tingkatan satu lagi.

' Dah jumpa pon kecoh. Menyampah aku.. ' bisik hati Dian. '...hish apalah nasib aku kena duduk sebelah minah ni... ' rungut hati Dian lagi.

~Tia Nur Atelia~

  " Erm, hai. Nama saya Tia Nur Atelia. Boleh panggil saya Tia. " sesi perkenalan buat kali kedua di dalam kelas untuk tahun ini. Walaupun hakikatnya sudah
dua tahun berkenalan dengan kawan - kawan tetapi apakan daya oleh kerana kehendak cikgu jadi ikutkan sahajalah.

Tia kembali duduk di atas kerusinya. Kemudian, Tia melepaskan satu keluhan yang panjang apabila dirinya kembali memikirkan tentang dirinya yang bakal menempuhi satu ujian besar iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

~ Nur Natalia Farha ~

  " Ok. Nama saya macam yang tertera. Boleh panggil Ara. Hehe.... macam cerita Cinta Tiada Ganti kan? Hoho.. " Ara memperkenalkan dirinya kepada satu kelas termasuklah guru kelasnya.
" Baiklah terima kasih, Ara. Seterusnya, " balas Cikgu Husna. Cikgu Husna merupakan guru yang paling dikenali dengan sikapnya yang penuh sopan santun dan guru ini juga bijak orangnya dan beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Arab di sekolah Ara. Walaupun Cikgu Husna guru baharu tetapi amat disegani oleh cikgu dan murid - murid di sekolahnya.

Setelah Ara mengambil tempat duduknya kembali, Awin berbisik sesuatu kepada Ara, " Psst! Ara, kau tahu tak semua orang saiko kau bila kau cakap kau tu macam pelakon dalam cerita Cinta Tiada Ganti, " Ara terus memandang sekeliling.
  " Eh! Mana ada. Memandai je kau ni, " balas Ara sempoi.

~ Nur Syazwin Izzlea ~

  " AWIN!!!!!!! " Laung Kashfunnur dari jauh apabila ternampak susuk tubuh Awin melintasi tandas berhampiran kelasnya. Awin pantas mencari dimanakah gerangan yang memanggil dirinya itu.

" HOI!! SINILAH!! " panggil Kashfunnur lagi dan kali ini cuba untuk memanggil Awin dengan melambaikan kedua - dua belah tangannya. Kemudian, barulah Awin perasan akan kehadiran Kashfunnur di situ.

  " Nur, kau dah lama ke kat situ? " tanya Awin.

" Huh, lama? Bolehlah sementara menunggu buah nangka jatuh. " gurau Kashfunnur yang hanya dipanggil Nur. Tergelak kecil Awin mendengar gurauan Nur itu.

  " Hish, kau ni ade je lawak kau. Bolehlah isi borang Maharaja Lawak Mega. Ganti kumpulan Bocey. Hahahhahh, " kata Awin pula.

" Hah, boleh.. boleh... aku jadi Achey, kau jadi Abam...hahahhahahahahaha.... " Nur memang suka mengusik Awin.

~ Puteri Farha Khan ~

  " Hai kembar! " kata Puteri.

" Hai! " balas Ara.

Nama mereka memang ada yang sama iaitu Farha. Cumanya...... muka mereka berbeza. Ara berkulit hitam manis manakala Puteri mukanya kuning langsat. Beza kan? Jangan tanya lagi.

  " Weyh, tadi kan Cikgu Airil tetibe jek tegur aku. Dia ingat aku ni kau. Yelah kan. Farha! " beritahu Puteri.

" Haha, aku sukalah kalau orang keliru antara kita berdua ni. " balas Ara.

  " Yup! Kan best kalau muka kita sama...hoho...bopeh countim kalau nak buat kerja jahat..en? " kata Puteri lagi kemudian mereka tergelak bersama.

~ Fariha Aqilah ~

  " Eei... suka hati jer, amik barang orang. "

Baiklah kalau nak tahu Fariha Aqilah ni memang seorang yang manja diantara kawan - kawannya. Tidak kurang juga Nur memang suka sakat Aqilah.

Tetapi, Aqilah merupakan seorang yang sangat pengemas orangnya. Semuanya pasti teratur. Bab awning tudung plak, hurm... jaranglah nampak barai. Selalunya akan perfect! Betulkan sikit je terus jadi.

~ Nur Maryuna Sizuka ~

Jangan pelik denan namanya. Sizuka merupakan nama Jepun yang diberikan oleh moyangnya yang berasal dari Jepun. Selalu jugaklah kena ejek kat sekolah sebab nama dia Sizuka macam cerita kartun Doraemon tu. Lepastu, boleh pula budak - budak lelaki yang nakal tu bandingkan perangai Maryuna dengan watak Sizuka dalam cerita kartun Doraemon tu. Mereka mengatakan bahawa perangai Maryuna tak sama macam Sizuka dalam cerita kartun tu jadi sepatutnya Maryun tak layak ada nama Sizuka. Menangis jugalah Maryuna waktu pertama kali dia kena kacau. Tapi, bila dah tiga tahun kemudian Maryuna terus kental. Malah, siap buli balik orang yang kacau dia dan tidak pernah kena tangkap dengan cikgu disiplin sebab Maryuna pandai tutup kesalahannya.

Itulah Maryuna...tapi jangan disangka dia tidak baik tau. Dia suka menolong orang dalam masa yang sama dan Maryuna ni hatinya kuat berbunga jugalah. Ceoat tersentuh.

~ Nurul Hazwani ~

Wani pula terkenal di sekolah sebagai seorang atlet olahraga di sekolah. Kecil kecil cili padi orangnya. Kalau boleh semua acara dia nak masuk.

  Lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, acara larian berpagar semua meter dia nak masuk dan acara larian semua meter pun sama juga. Oh ya, Wani juga merupakan salah seorang ahli aktif bola tampar sekolah dan Wani juga bercadang untuk melibatkan dirinya di dalam pasukan bola jaring sekolah. Itu yang dia beria nak tanya Yana macam mana cara nak masuk pasukan tu. Wani juga dah lama pasang niat nak dapat gelaran olahragawati di sekolah dan teringin nak masuk majalah sekolah. Tinggi tau cita - cita dia ni.

~ Andria Mardiana Adibah ~

Yana...
Yana...
Yana...

1+2+3= 6 < sewaktu Yana berumur 4 tahun.

Bagilah apa pun soalan matematik kepadanya, pasti dia boleh selesaikan. Minatnya yang mendalam terhadap ilmu matematik ini memang tidak dapat dipisahkan. Lagipun, dengan ilmu ini juga dapat membuatkan cita - citanya menjadi kenyataan satu hari nanti.

Pilot.

Insya Allah. .

Aamin..

~ Kashfunnur ~

Nothing.
B
U
T

F
I
R
S
T

L
E
T
S

T
A
K
E

A

Celpie!! ( Selfie )

p/s: Nur ni dia pelat sikit tapi bukan selalu ada masa. Oh ya Nur ni ada satu keistimewaan yang orang lain agak cemburu dengannya. Cuba teka apa? Ok.. jawapannya ialah gigi taringnya.

__________

TEN MEMBERS #COMPLETED#Where stories live. Discover now