0.8

2 1 0
                                    

Tibalah masa yang dinanti - nantikan iaituuuuuu.... Pertandingan Bola Beracun diantara Batch!!!!

Perlawanan pertama diantara form 1 dan form 2. Kemenangan berpihak kepada form 1.

Perlawanan kedua pula diantara form 3 dan form 4. Kemenangan berpihak kepada form 3 batch aku sendiri wuuuuu.....

Perlawanan ketiga pula diantara form 5 dan form 6. Kemenangan berpihak kepada form 5.

Kini, perlawanan kalah mati diantara 3 batch form 1, 3 dan 5.

Awal - awal lagi form 1 dah terkeluar. Jadi, tinggal satu peluang untuk form 3 dan form 5. Jangan sesekali mereka persiakan.

Bola dibaling oleh Kak Syaza tapi sempat dielak oleh Puteri. Fuhhh... selamat. Kemudian, ditangkap tepat oleh Wani dn terus membalingnya ke arah Kak Ira yang disangkanya ratu yang boleh membuatkan kumpulannya tersingkir. Zasss..

      Tapi, oh tidak!!! Balingannya tersasar dan terus ditangkap oleh Kak Zira dan membaling ke arah Syira, gedebuk!! Kepalanya benjol kibat terkena hentakan kuat daripada bola yng dibaling oleh Kak Zira tersebut.

      Tetapi, oleh kerana semangat sepasukan yang membara, Syira tetap gagah untuk meneruskan permainan.

Akhirnya, tinggallah Wani sebagai ratu dan Puteri sebagai pelindung Wani. Pelbagai hentaman yang dikenakan kepada Puteri.

Makin lama, makin tegang suasana permainan. Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada akak - akak form 5. Makin lama kawasan permainan pun dikecilkan tetapi Wani dan Puteri masih kekal dengan kedudukan mereka.

           Akhirnya, perlawanan dihentikan dan kami diumumkaan seri!!

" Punyalah lama... tapi seri??? "

     " Kesian form 3... "

             " Tak patut diorang buat macam tu, "

Yup! Pelbagai kata - kata dan spekulasi yang tersembul keluar daripada mulut warga aspuri. Mana tidaknya, sampaikan Maryuna pun pengsan sebaik habis sahaja permainan. Tambahan pula, ramai yang tidak puas hati dengan tindakan form 5 yang agak kasar.

    Lebih kurang tiga hari jugalah mereka tidak bertegur sapa.

__________

Huhhh.... Puteri melepaskan keluhan yang agak berat setelah berjaya menaiki beberapa anak tangga untuk tiba di aras empat dengan keadaan kakinya yang bengkak membuatkan dirinya sukar untuk berjalan. Kalau berjalan pun terhinjut - hinjut. Maklumlah, dah kena balingan bola yang agak kuat, berkali - kali pulak tu. Mana tak sakit. Nasib baik Aqilah dan Yana memimpin tangannya kalau tak dah jatuh dah.

     " Kau ok tak ni? Nak gi klinik tak? " soal Yana risau dengan keadaan kaki Puteri yang bengkaknya lain macam. Tetapi, Puteri menolak tawaran Yana.

     Kalau ikutan hati dah lama dia nak balas dendam dengan akak - akak tu. Tapi apakan daya, hanya mampu menyumpah - nyumpah di dalam hatinya. Lalu sahaja di sebelah langsung tidak senyum ataupun memberi salam. Ramai jugalah yang datang menjenguk Puteri. Prihatin juga warga aspuri ni. Hoho!! Selang beberapa minit mesti ada yang datang menjenguk. Aqilah dan Yana yang menjadi tukang menjawab soalan.

" Alhamdulillah.. dia okey, " jawab Aqilah.

    " Hurm... tulah baru je tidur ni, " Giliran Yana pula menjawab.

Puteri pula? Dia berpura - pura tidur. Malas hendak melayan pelbagai soalan yang bertubi - tubi daripada peminat. Eh, peminat? Hehe...

    ' Heheh... ramai jugk peminat aku, ' bisik hati Puteri. Haih... dalam pada sakit pun boleh perasan.

     Dalam masa yang sama, Wani pula tidak cedera sangat cumanya.... dahinya benjol terkena bola. Hehe... sekali pandang kelakar juga. Tapi, kesian pula tengoknya.

     Habis sahaja permainan, Wani pening seketika nasib sempat disambut Nur dan Awin kalau tak agaknya makin besar benjol di dahinya itu.

Sampai sahaja di dorm, Nur terus Ara, Tia dan Alisya mencari kain dan mengambil air sejuk untuk menuam dahi yang benjol itu.

Sekali - sekala, Wani mengaduh kesakitan apabila dituam.

   " Aduh... "
" Eh, sikit - sikit... sory... " Awin tertekan kuat sangat.

" Haih, aku memang tak puas hati betullah dengan game tadi, " kata Ara tiba - tiba.

     " Haah, betul tu. Aku pun sama. Senang - senang je nak seri, " sambung Tia pula.

" Dahlah..nak buat macam mana dah tak ada rezeki, " Alisya cuba menenangkan situasi.

Pada malam itu, suasana agak tegang dan warga aspuri pun tidur lambat akibat daripada permainan bola beracun yang menjadi bualan tak henti - henti. Boleh virallah katakan

__________

Keesokan harinya, mereka bersekolah seperti biasa. Bunyi sahaja loceng habis rehat semua murid berpusu - pusu menuju ke kelas masing - masing. Begitu juga Nur, Wani, Tia dan Alisya. Berjalan seiringan ke kelas mereka yang hanya bersebelahn sahaja. Tidak seperti yang lain jauh sikiiiittt je. Hehe...

" NUR!! "

     Langkah Nur terhenti begitu juga mereka bertiga. Nur pun menoleh ke belakang untuk mencari siapakah gerangan yng memanggilnya. Dari jauh kelihatan Fendy sedang berjalan pantas mendapatkan Nur.

" Nak apa lagilah mamat ni, " ngomel Nur.

    " Nur awak tertinggal sapu tangan awak tadi atas meja, " beritahu Fendy tercungap - cungap. Lantas Nur mengambil sapu tangannya daripada Fendy.

" Thanks, " ucap Nur kemudian mengajak kawan - kawannya meneruskan berjalan.

Kalau nak tahu Nur ni memang ramai fans. Salah seorangnya ialah Fendy. Tapi, Nur tidak layan seorang pun sebab baginya buat apa nak menjalinkan hubungan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Lagipun, dia bukan gedik macam diva la Gia tu. Terhegeh - hegeh hendakkan Fendy tetapi ditolak mentah - mentah oleh Fendy. Kesian...

" Kenapa kau tak suka sangat eh ngan Fendy tu? " tanya Wanj sebaik duduk di atas kerusi kelasnya.

    " Kalau kau nak tahu Fendy tu pondan, geli aku. Nampak je macam macho tapi sotong, " jawab Nur selamba. Sua hati dia je kutuk Fendy tu. Tapi, apa dia kisah, memang awal - awal lagi dia tak suka.

" Oh.. yeke. Eeeee.... aku pun geli jugak kalau dengar kau cakap macam tu, ni mana kau tahu ni? " tanya Wani lagi.

    " Macm ni ceritanya, pernah sekali tu.. dia kan duduk depan aku jek so, time tu entah pa ntah dia mimpi,tetibe jek dia pusing belakang pastu dia cakap macam ni ' Kash, awak dah siap kerja bm? ' pastu aku apa lagilah terkejut dibuatnya. Tak pernah - petnah orang panggil aku Kash! " beria Nur bercerita tetapi terhenti apabila Fendy tiba - tiba sahaja masuk ke dalam kelas.

   " Pastu... apa kau buat? "tanya Wani dalam nada berbisik. " Pastu, aku cakap sekali lagi kau panggil aku Kash... siap kau! " sambung Nur juga dalam nada berbisik. Wani tertawa mendengar cerita Nur.

    " Sepatutnyalah kan bukan dia tak boleh nak bagi sapu tangan ni kat dalam kelas. Padahal aku satu kelas kot ngan dia, " beritahu Nur lagi. Wani sekadar mengangguk sambil tertawa mendengar celoteh Nur.

Memang betul apa yang diceritakan oleh Nur. Nur dah masak sangat dengan perangai si Fendy tu. Saja nak amik perhatian Nur.

__________

TEN MEMBERS #COMPLETED#Where stories live. Discover now