" Perhatian kepada semua murid tingkatan tiga, anda dikehendaki untuk berkumpul di dewan Umar Al-Khattab selepas waktu sekolah. Sekian terima kasih, "
Pengumuman yang baru sahaja dibuat oleh guru kaunseling itu membuatkan pelajar - pelar tingkatan tiga tertanya - tanya apakah yang ingin diberitahu? Hurm.. agaknya apa ek?
" Weyh, aku dengar citer cikgu nak wat lawatan tuk form 3 betul ke? " kata Puteri.
" Ehhh... kau! Jangan main - main ye, ingat ini citer Hantu Kak Limah ke? " balas Tia pula.
" Eleyh, kau ingat kita tengah practise bb ke? " kata Puteri tersenyum sinis. Bb tu adalah ' Bicara Berirama '. Singkatan...
" Hehe... biaselah lagi dua minggu nak gie bertanding... hoho, " balas Tia.
" Hish, korang ni jangan bisinglah! Kita tunggu je nanti, " Alisya cuba untuk meleraikan perang mulut mereka berdua.
" Hurm..yelah Alisya... " Tia mengalah kemudiannya mengajak Puteri dan Alisya balik ke kelas. Sampai sahaja di kelas, rata - rata sibuk bersembang tentang pengumuman sebentar tadi. Ada yang kata itu, ada yang kata ini. Haih, macam - macam.
_____
Seperti yang diberitahu, habis sahaja waktu persekolahan mereka pun bergegas menuju ke arah dewan dalam keadaan yang tertanya - tanya.
" Baiklah, semua dah sampai? " tanya Cikgu Emiliana. Sopan santun dan lemah lembut orangnya tetapi tegas di dalam percakapan.
" DAHH!! " jawab mereka serentak dan ada yang menoleh - noleh di sekeliling.
" Ok, mesti korang semua tertanya - tanyakan kenapa Cikgu panggil kamu semua untuk berkumpul, kan? " Cikgu Emiliana memulakan kata - katanya. Semua memgangguk.
" Ok macam ni, ramai yang tanya cikgu bila kita nak buat lawatan.. "
" YEAAAAA " tak habis lagi Cikgu Emiliana berkata - kata sudah bersorak semuanya. Seronoklah katakan. Bukan selalu keluar sekolah.
" Ok..ok..sabar.. cikgu tak habis cakap lagi ni. Cikgu dan Cikgu Aireen dah berbincang dengan pengetua dan pengetua telahpun membuat keputusan bahawa awak semua akan pergi lawatan sebelum periksa. "
" ALAAA... " semuanya merengek seperti budak kecik. Mana tidaknya lawatan sebelum periksa. Orang nak hilangkan stress tapi ni macam tak hilangkan stress langsung! Huh!
" Sabar.. ada kejutan jugak untuk korang. Korang juga dapat pergi lawatan lepas periksa dengan syarat takde buat masalah disiplin.. " sambung Cikgu Emiliana.
" PULAK DAHH.. " kali ni semua melepasan keluhan berat. Dah dua lawatan ada syaratnya pulak. Leceh betullah.
" Hari Jumaat ni cikgu akan bagi surat kebenaran untuk lawatan yang pertama dan jangan lupa bagi balik dekat cikgu Isnin ni, faham? "
" FAHAMM!! " mereka pun bersurai setelah mendengar pengumuman daripada Cikgu Emiliana.
__________
" Aku pelik betullah asal nak kena ada dua lawatan dan siap yang kedua tu kena clean disiplin plak.. haih, " kata Aqilah terselit rasa tidak puas hatinya.
" Yup! Aku takut je mak bapak aku tak bagi nih, " kata Maryuna pula.
" Korang jangan tak pergi plak lawatan ni.. kenangan tuk kita semua. " Yana mencelah.
" Haah betul tu.. yang penting lawatan kedua tu... " kata Ara pula.
" Boleh amik gambar everywhere!! Yuhoo!! " kata Puteri dengan membuat gaya seperti mengambil gambar.
YOU ARE READING
TEN MEMBERS #COMPLETED#
Teen Fiction#10members #tillwemeetagain #completed #2018/19 Ranking:- #no.3 out of 27 stories ( realiti ) #no.197 out of 2.01k stories ( sahabat ) #no.166 out of 1.38k stories ( fantasi ) #no.2 out of 27 stories ( realiti ) #no.24 out of 26 stories ( realiti ) ...