Sesudah sampai di GOMall . Mina terus berjalan menuju ke cinema di flour ketiga . Mina sekarang berada di flour kedua jadi dia perlu menaiki tangga bergerak itu dahulu .
Sebelum sempat Mina menaiki tangga bergerak itu , dia terpandang satu kedai yang menjual barang barang kpop . Kedai itu terletak di belah kanan Mall , manakala Mina berada dibelah kiri Mall , jadi terlihat sedikit jauh perjalanan ke arah sana . Tapi nafsu ingin pergi ke situ membawa Mina berjalan ke sana tergesa gesa sehingga dia melanggar seseorang .
gedebuk —
Jimin pov .
' auch ' adu perempuan di depan ku yang jatuh terduduk akibat terlanggar bahuku .
Itu padahnya apabila berjalan tapi tutup mata . Eh maksud aku berjalan tak tengok kiri kanan depan belakang la .
' kau pehal tak tengok depan belakang kalau jalan ? ' ujarku dengan nada sedikit marah .
Kedengaran perempuan didepanku itu memohon maaf .
' maaf , saya salah ' ujarnya perlahan tetapi masih mampu didengari olehku .
Perempuan itu tidak mengangkat muka sama sekali . Jadi aku pun bercangkung di depannya untuk menghulurkan tangan sebagai tanda memohon maaf juga .
Sejurus aku bercangkung , perempuan itu mengangkat wajahnya .
Tetapi aku terkesima dan terkaku sebentar apabila mendapati didepan ku sekarang ialah Mina .
Mina juga memberi reaksi yang sama sepertiku . Seakan masa terhenti buat sementara sehingga aku kelu untuk bersuara .
' awak ? ' soal Mina sambil melambaikan tapak tangannya di depan muka ku .
sah aku mengelamun .
Seakan sedar dari lamunan , aku terus menghulur tangan untuk membantu Mina bangun dari lantai Mall itu .
' maaf , aku pun salah juga sebab main fon tadi ' ujarku seusai Mina sudah berdiri tegak didepan ku .
' ah takpe . saya pun tergesa gesa tadi , maaf sekali lagi ' ujarnya sambil memperbetul helaian rambutnya yang jatuh ke muka dengan tangannya .
Aku memerhati gerak tangannya lalu tergerak hati untuk menyisipkan helaian rambutnya yang jatuh itu ke telinga .
Jelas kelihatan Mina terkejut dengan tindakan ku itu . Matanya membulat dan dia terus berdehem untuk menghilangkan kecanggungan di antara kami .
' err kau nak pergi mana ? ' soalku sedikit gelabah .
ini kerana situasi kekok tadi .
' tu , saya nak beli sesuatu ' ujar Mina sambil menunjukkan salah satu kedai yang berada di bahagian kanan Mall .
oh kedai barang kpop . kpopers rupanya dia ni .
' jum aku teman , dah alang alang kita terserempak ni ' ajakku berani .
' eh takpela , awak pergi la tempat yang awak nak pergi . saya akan ambil masa yang lama dekat situ ' ujar Mina sedikit gugup .
Aku tahu dia malu dan kekok dengan aku .
Dan aku tahu dia gelabah bila dengan aku .
Aku tahu dia pemalu .
' takpe , kita kan kawan . jum la aku teman ' ajak ku sekali lagi .
Mendengar ajakkan ku tadi , aku dapati wajah Mina berubah sedikit muram . Aku ada salah cakap ke ? eh aku rasa takde .
' okeyy la jum ' ujar Mina .
Sekali dilihat , Mina cuba membuang perasaannya tadi dan cuba menggembirakan dirinya .
Aku membuntuti langkah Mina dari belakang .
skip .
Mina pov .
' haih kenapa lah boleh jumpa dia dekat sini , makin lama makin susah la aku nak kawal perasaan aku ' ujarku sedikit resah .
Mana tidaknya , situasi tadi membuatkan dia sedikit canggung . Jantung nya juga mengepam dengan sangat laju seperti hendak meletup sahaja .
' nak beli poster bts la , yang mana lates punya eh ? ' gumam ku sendiri sambil tangan sibuk memilih poster bts disitu .
' yang ni lawa ah . maigad jimin hensem gila ' gumam ku girang apabila poster itu dihiasi dengan 7 orang jejaka yang hensem hensem belaka dan salah satunya jejaka pujaan nya paling menawan disitu .
' aw aku boleh pengsan sekarang ' jerit ku perlahan sambil memeluk poster tersebut .
mood fangirling on gais —
i'm so sorry for fake love , fake love —
hekhokhekhok —
' apa kau buat ni ? ' soal seseorang dibelakang ku .
Terperanjat mak kau , tercampak poster bts aku —
Yang paling gempak jatuh dekat kaki dia . Like srsly , mampos aku dia tahu aku minat band group dia .
mampos !
Jimin membongkokkan badannya untuk mengambil poster di kakinya . Dia memerhati poster tersebut dan tersengih sendiri .
Aku dah gelabah gila babi dekat situ dia boleh sengih ? watepak la .
' kau minat aku ? ' soalnya sambil menatap aku .
Mata aku membulat mendengar pertanyaan dia .
' eh maksud aku , kau minat bts ke ? ' soalnya lagi mungkin perasan yang dia silap menanyakan soalan .
Aku menggaru kepala yang tidak gatal dan bersuara .
' er- haah ' jawab ku ringkas .
Dia tersenyum lagi seakan mahu mengenakan ku .
' kau paling minat sape dalam group aku ? ' soalnya lagi .
lidah aku kelu untuk berkata kata .
tapi aku gagahkan juga untuk bersuara .
' sa- saya mi-minat taehyung ' jawabku sedikit gagap .
ANDA SEDANG MEMBACA
『 promise | pjm 』
Romantik" If they were meant to be in your life, nothing could ever make them leave. If they weren't nothing in the world could make them stay " ©beomji- 2018 | completed .
