ending

86 9 3
                                        

skip


after 1 weeks .


Jimin pov .

Aku sedang berjalan jalan di kota kelahiranku dulu , iaitu di Seoul .

Sedang aku berjalan di sekitar taman di kawasan perumahanku dulu dan juga kawasan perumahan Mina . Aku terpandang satu figura wanita yang sangat aku kenali .

Aku melangkah merapatai figura manusia itu yang sedang duduk di bangku batu yang dibuat khas di taman itu .

Aku cuba memastikan adakah benar sangkaan ku yang dia adalah wanita yang aku rindukan selama ini .

Aku memberanikan diri menyentuh bahunya yang dihiasi blouse ungu miliknya .

' Mina ? ' sapa ku perlahan .

Wanita itu menoleh ke belakang memandang ke arahku dengan wajah terkejut .

Dia cepat bangun dari bangku batu itu dan melangkah pergi dari situ .

Aku hairan dengan perilakunya dan terus mengejarnya .

Puas aku panggil nama nya tetapi dia tetap tidak berpaling .

Dia melangkah laju sehingga kami tiba tepat di kawasan berdekatan tasik .

' kenapa awak kejar saya ? ' soalnya sedikit marah .

Aku mengambil nafas kemudian bersuara .

' bila kau balik Mina , and kenapa kau jauhkan diri dari aku ? ' soalku hairan .

Mina tidak memandangku malah hanya bersuara membelakangi ku .

' 1 weeks ago , takperlu rasanya awak nak kejar saya smpai ke sini . pergi jela dekat kekasih awak tu ' ujar nya seakan memerli .

Aku mengerutkan dahi . Tidak faham apa yang dikatakan olehnya .

' want do u mean ? aku tak faham ' soalku kembali cuba memahami perliannya .

' tkyh pura" tktahu lah , jimin . saya nampak dengan mata kepala saya sendiri awak keluar berdua duaan dengan yeoja dkt mall sambil pegang" bahu ' terangnya .

Aku menggaru kepala yang tidak gatal cuma memahami apa yang dimaksudkan olehnya . Setelah beberapa minit aku faham apa yang cuba dia katakan . Aku tersenyum dan menghampirinya .

' oh kau jeles kan ? sebab tu kau larikan diri dari aku ? ' soalku menyakat .

' tk langsung . buat apa nak jeles ? lagi pun saya tak hamak lah dengan awak ' ujarnya sedikit merajuk .

' yeke tak hamak ? dahtu kenapa awak nak jeles bila saya keluar dengan adik kandung saya  ? ' sakat ku lagi  .

Mina tampak terkejut dengan pengakuan ku yang sebenarnya wanita yang dia nampak di mall haritu adalah adik kandungku .


Park jiyoung .


Mungkin dia tidak sempat mengenali adik kandung ku sehingga dia tersalah faham dan menganggap aku berdating dengan yeoja chingu ku . sungguh lawak kali ini .

' betul ke dia adik awak ? ' soalnya nak kepastian .

' yes dia adik aku . nak tahu tak , aku tunggu kau lama tau . balik" je kau tuduh aku ada yeoja chingu . sampai hati kau ehh ? ' sakatku kepadanya .

' awak tak bagitahu awal awal . saya mana tahu ! awak yang salah ! ' marah nya dengan nada merajuk .

' dah kau lari bila nampak aku  ' ujarku selamba sebelum meraih tangannya .

' saya sakit hati sangat lepas nampak awak dengan yeoja lain , saya ingat awak tak tunggu saya ' ujarnya sedikit merajuk .

' yela yela , maafkan aku okey ? aku sayang kau sorang je . aku rindu kau sangat sangat . kau pergi lama sangat sampai aku tkleh tahan rindu ni lama lama ' ujarku kepadanya .

Mian tersenyum sebelum mencium tanganku .

' saya mintak maaf sbb tinggalkan awak lama lama . saya nak call awak tapi sampai je sana fon saya hilang and saya terpaksa beli fon lain dan tukar nom ' terangnya .

' takpe , now kau dah balik . jangan tinggalkan aku lagi okey ? ' ujarku .

' ye awak , saya janji saya tak tinggalkan awak lagi . hm , jum datang umah saya malam ni . omma dengan appa nak kenal bakal menantu dia ' ujarnya girang .

' kau dah bagitahu dorang pasal kita ? ' soalku .

' haah , diorang tahu yg saya masih sayang awak and dorang tahu yang tujuan saya balik sini nak jumpa awak . oh btw , daniel pun ada jugak malam ni . jum ' terangnya kepadaku .

Aku mengganguk sambil mengukir segaris senyuman .

Kami pun berjalan beriringan ke rumah Mina .



' Permulaan yang menyakitkan bukan bermakna pengakhirannya juga menyakitkan . Aku bahagia dengan pilihan aku , dan semoga dia menjadi yang terakhir untuk ku ' - Kang Mina .

' apa yang terjadi sebelum ini bukan bermakna akan kekal begitu selamanya . i love her so damn much ' - Park Jimin .


' Kang Daniel juga turut bahagia dengan kebahagiaan Mina , walaupun cintanya tak berbalas dan sehingga ke hari ini pujaan hatinya tidak perasaan kewujudannya dia tetap gembira dengan kebahagiaan sahabatnya itu '


manakala ' Kim Jiwon tidak dapat meneruskan niat jahatnya untuk merampas pujaan hati Mina iaitu Park Jimin dek kerana bapa nya mendapati dia menghidap penyakit mental dan terpaksa membawa Kim Jiwon ke luar negara untuk merawatnya '



- TAMAT -



begini lah pengakhiran crush tak notice . semoga readers sekalian sentiasa support hasil karya saya sepanjang saya masih berkarya di dunia oren ini . walaupun masih baru dalam penulisan saya cuba yang terbaik untuk buat para readers menghayati dan gembira apabila membacanya . Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca dan sentiasa vote cerita saya sepanjang penulisan buku ini . itu sahaja tq . semoga hari" anda dipenuhi kegembiraan dan kesenangan . 💜💜

『 promise | pjm 』Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang