016 ;;

67 9 1
                                    

skip

di kelas 5SS .

Daniel pov .

' yah pabo . aku lapar lah , jum makan ' adu ku kepada Mina disebelah .

Mina tidak menjawab pertanyaan ku . Lalu , aku menyenggol sedikit siku ku pada lengannya .

' ah apa kau cakap tadi ? ' soal Mina kembali .

Aku menjongketkan sebelah keningku lalu mendekatkan sedikit muka ku ke muka Mina . Aku pandang matanya sedalam dalamnya dan bersuara
' berangan eh ? pasal sape ? jeman ke ? '

' yah mana ada ! ' nafi Mina lalu menjeling mata nya kepadaku .

cis . yelatuuu —

' eleh , jum la teman aku makan ' ajakku lagi . kali ini ajakkan ku sedikit mengada dari yang awal tadi .

' malas la , kau pergi la makan sorang ' balas Mina acuh tak acuh .

' tkde mood ke ? ce story sikit ' tanyaku lagi bila perasan yang Mina sedikit not in mood .

' haish '

Kedengaran Mina mengeluh kasar sebelum membalas pertanyaan ku .

' entah la , aku tertanya tanya kenapa jimin susah nak perasan yang aku crush dekat dia ' adu Mina sedikit tidak bersemangat .

lahh , aku pikir pasal apa tadi . cis . jeman jeman apa lah yang kau buat dekat kawan aku ni sampai angau cmni .

' nak aku bagitahu dia ? ' cadangku selamba .

Cadanganku membuatkan Mina laju memandangku .

Satu pukulan tepat kena dikepala ku . Ayo benjol la weh .

' argh ! yah ! tkyh la pukul kepala ' marahku sambil menggosok kepala .

' lain kali nak cakap guna otak dulu ' ujar Mina lalu bangun dari kerusinya .

' ingat , kau jangan sesekali bagitahu jimin pasal aku suka dekat dia , kalau tak siap kau ! ' ugut Mina kepadaku lalu melangkah keluar kelas .

' eleh . kalau tak siap kau , puih ' ejekku pada kata kata Mina sebentar tadi .

Mina ni cakap je lebih , buatnya tak . Dah masak la dengan perangai kau budak .  Aku kenal kau dari kecik lagi . Untung la nama keluarga kita ni Kang . Kalau tak kerana mak bapak kita kawan baik takde nya aku kenal kau .

skip

Mina pov .

' eh ada hati nak cakap dekat jimin . sebelum dia buka mulut aku cili cili mulut dia baru tahu ' bebelku sendiri dalam perjalanan ke taman .

Wajar lah aku keluar dari kelas pada waktu ini kerana cikgu sains cuti bersalin dan takde cikgu ganti yang masuk .

Aku hiraukan ajakkan Daniel tadi kerana takde mood . Yang si Daniel boleh pulak cakap mcm tu , lagi lah aku takde mood .

Kalau diikutkan hati , nak je aku siku dia kuat kuat . Nasib sayang je tu .

Aku nak lepaskan perasaan aku yang huru hara ni dekat taman . Lebih tenang dan tenteram sebab masa camni takde orang yang lepak dekat situ .

Mana tidaknya , pada waktu ini semua pelajar sedang  belajar subjek yang terakhir  untuk sesi persekolahan pada harini . Selepas ini lonceng akan berbunyi menandakan untuk balik pula .

Yang aku ni boleh pulak merayap dekat taman sebab benggang dengan Daniel sebab suka ugut aku pasal jimin .

Seusai sampai di salah satu meja bulat di taman sekolah , aku melabuhkan punggung dikerusi batu itu dan memandang ke arah kolam yang berada tidak jauh dari situ dengan pandangan kosong .

' haih kalau la dia tahu aku suka dia , mesti dia menjauh kan ? ' soalku sendiri sambil mata tak lekang dari memandang kosong kolam itu .

' suka sape ? menjauh kenapa ? ' tegur seseorang di belakangku .

Aku berpaling ke belakang kerana agak terkejut dengan teguran itu .

Mata ku membulat selepas mengetahui siapa gerangan yang menegurku sebentar tadi .

it's Park Jimin .

Lidahku kelu untuk terus berkata kata . Otak tidak mampu berfungsi pada waktu ini . Tubuhku juga kaku tanpa membuat sebarang pergerakan .

' kau suka sape ? kenapa nak menjauh pulak ? ' soalnya lagi apabila aku tidak menjawab persoalannya tadi .

Sejujurnya aku tidak mampu berkata apa apa pada saat ini . Seperti ada sesuatu yang menyekat aku untuk bersuara . Jantungku juga tidak berhenti mengepam . Kadar nadiku juga sangat pantas .

tanpa berfikir aku terus mengeluarkan suara .

' awak ' kataku sebelum menyedari yang aku tersasul .

' hah ? ' jimin pelik dengan jawapanku .

Aku menggeleng laju kepalaku dan berkata lagi ' eh tak tak maksud saya . saya tak suka sapa sapa pun ' ujarku gelabah .

Jimin tersengih mendengar jawapan yang aku beri . Wajahku mula memerah pada ketika ini .

Jimin yang tadi berdiri dibelakang ku terus mengambil tempat di hadapanku . Dia melabuhkan punggungnya dan bersuara lagi .

' kenapa kau gelabah ni  ? ' soal Jimin sambil tersenyum manis .

Matanya tepat memandang anak mataku .

Menyadari anak mata kami bertembung aku melarikan mataku ke arah lain untuk membuang kecanggungan di antara kami .

' eh takde la ,  saya terkejut je tiba tiba ada orang lalu sini . saya pikir semua orang tengah belajar sekarang ' bohongku memastikan Jimin tidak pelik .

Jimin tergelak dengan kenyataan yang aku beri kepadanya .

Aku memandangnya dengan satu kerutan didahi . kenapa dia gelak ? lawak ke aku cakap tadi ? i don't think so .

' kenapa awak ketawa ? saya takde buat lawak ' soalku kepadanya yang tidak berhenti dari menggelakkan ku .

' HAHAHAHAHAHA takde la memang lawak . srs lawak . kau ada suka someone kan ? kau takut dia menjauh dengan kau lepas dia dapat tahu kau suka dia kan ? kenapa nak tipu aku ? cakap jela dekat aku , kita kan kawan . tu pun nak berahsia ke ? ee kau ni HAHAHA ' ujar jimin yang masih ada sisa tawanya .

Aku yang mendengar penyataan jimin terus diam dan menunduk .

Macam mana dia boleh tangkap apa yang aku cakap tadi eh ? aduh .

Aku nak tipu apa ni ?

' err mmg saya ada suka someone tapi dia susah nak notice saya ' ujarku perlahan .

Jimin diam mendengar pengakuan ku tadi .

' kau nak aku tolong ? ' soal Jimin lagi .

Mata ku membulat memandang kearahnya . Dia gila ke ? Aku dah cakap dekat dia kot dulu masa chat dengan dia yang aku suka dia , takkan la dia tak ingat ? like srsly dia ni bengap ke takde otak ?

' takyh la , saya malas nak kesah sangat . tahun ni spm kot . saya nak focus ' ujarku menolak pelawaan Jimin tadi .

Tak ke gila , dia tu crush aku . Pastu dia nak tolong aku cakap yang aku suka dekat crush aku tu . Tak ke mereng namanya . ish .

' oh haah ye tak ye jugak ' balas Jimin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal .

' er takpe la , dah nak balik . saya pergi dulu ' ujarku lalu bangun dari kerusi dan berlari ke kelas .

Jimin yang aku tinggal di situ diam seribu bahasa . Mungkin aku terlalu tergesa gesa menyebabkan dia tidak sempat membalas kata kataku dan membuat keputusan untuk diam sahaja .



——

vote k muah .

『 promise | pjm 』Where stories live. Discover now