12 ; Decide

426 66 29
                                    

. . . . . . . . . . . . .
    Alice POV
. . . . . . . . . . . . .

Tepat 10.00 malam , kami ke bilik tidur selepas aku dodoikan Jaejin . Dari tadi menangis je , yela penat sangat tadi main dengan dorang semua .

Fuhh sekarang lega sikit bila dia da tidur , lantas aku naik ke atas katil lalu merebahkan diri . Ya Tuhan sedapnya katil ni .

"Alice"

Aku mengangkat muka untuk memandang Jinyoung , dia melabuhkan punggungnya di atas katil .

"Ya ?"

"Kita...pergi..."

Da kenapa pula macam orang gagap ni ? Nak kena cepuk baru nak cakap ke ? Suka memain tau .

"Apa dia ?"

"Pergi..."

"Awak janganlah memain"

Aku memukul lututnya , boleh pula sengih sengih dengan aku . Aku cium kau kang baru tahu eh ?

"Hehe pergi honeymoon jom ?"

"Ho-honeymoon ?"

Kini , aku pula yang gagap . Terkejut beruk betul ni , takde angin takde ribut tetibe ajak pergi honeymoon .

Actually aku tak kesah pun 🌚

"Boleh tapi ada syarat"

"Laaaa syarat apa pulanya ?"

Berubah muka Jinyoung bila aku bagi dia syarat , yela mestilah kena ada syarat . Kalau tak nanti tah pape je dia buat kang .

"Pertama , kita bawa Jaejin dan kedua , biar saya tentukan segala galanya bila kita pergi honeymoon nanti"

"Alaaa mana boleh macam tu nanti tak dapatlah hm.."

Jinyoung mencebik . Dia ajak pergi honeymoon tapi aku yang tentukan semuanya , lawak bukan ?

"Awak nak pergi honeymoon tak ? Kalau tak nak , saya tak kesah"

"Oklah oklah"

"Yeay !"

Terus aku memeluknya sampai dia terbaring sekali atas katil . Aku bukan apa , da lama tak pergi jenjalan tu yang excited terlebih lelagi pula pergi honeymoon bawa Jaejin HAHAHAH

"Eh eh ada gak kat sini juga kena kang"

"Eii saya tengah excited ni ! Muahh sikit"

Dengan tindakan berani , aku mencium bibirnya . Tak tahulah kenapa sekarang aku jadi berani nak buat semua benda yang agak mengarut ni hm .

"Wahh ! Main cium cium pula , ni rasa nak revenge balik ni"

Ok , my fault . Dia revenge bukan cium sekali tapi berkali kali sambil tu dia geleteknya aku .

Alahai tersedak air liur aku dibuatnya , perut dan tekak aku sakit tahu tak ?! Eii gelojoh sampai dedua nak buat grr .

PAKK PAKK !

Aku memukul mukul badannya supaya badan aku dilepaskan dan yeahh aku dilepaskan .

"Halah halah"

Tercungap cungap aku dibuatnya , udara mana udara . Rasa macam tak cukup udara ni fuhh

"Kan da kena"

"Saya cium je tapi awak sampai geletek kenapa ? Sakit tekak saya tahu tak sebab tercekik air liur"

"Padanlah muka huehue"

Aku menjegilkan mata lalu selimut aku tarik hingga ke paras dada . Da tak tahan da ni , penat kena geletek punya pasal alahai .

"Yang awak tak nak tidur ke ?"

"Ahh tu lah ayat yang saya nak dengar hehe"

Cepat je masuk dalam selimut lalu peluk aku erat sekali , da macam aku nak lari ke mana dia peluk eii .

"Jaljayo chagi"

Dia berbisik di telinga aku , gewli weh gewli tapi auch suara dia HAHAHAH da lama gak tak dengar suara menggoda macam tu 🌚

"Good night too sayang"

Aku sembabkan muka di dadanya , dalam masa yang sama aku tersenyum . Yeahh aku nak Jinyoung dekat dengan aku , da tak sanggup nak berjauhan lagi .

Sebab ni rasa macam first time kami tidur berpelukan . Sebelum ni kan dia busy , jadi sampai dia tak balik rumah .

Dan itu membuatkan aku rasa nak saman syarikat dia sebab renggangkan hubungan kami sekeluarga 😌

•••

Keesokkan paginya , aku dapat rasa ada tangan tepuk muka aku banyak kali . Jinyoung ke ?

"Mama bangunlah Jaejin lapar ni"

Ni kerja Jinyoung , dia pergi pegang tangan Jaejin pastu tepuk pipi aku banyak kali . Kena gak lah bangun .

"Hmm Jaejin sayang"

Aku ambik dari tangan Jinyoung lalu mencium pipi gebu Jaejin banyak kali . Dia punya gebu tak menahan .

"Eh Jaejin je dapat ? Saya tak dapat ?"

"Jaejin , papa lorat je kan ?"

Muka Jinyoung jadi cemberut , halah halah ngadenya encik husband ni . Jari dia bermain dengan comforter dengan mukanya alahai .

Aku bergerak mendekati bibirnya lantas mencium bibir merahnya . Dia da start menyingai 😑

"Yeay ! Jaejin , papa dapat morning kiss lah"

Aku hanya mengelengkan kepala , encik husband tak pernah tak mengada luls . Dan aku teringat sesuatu .

"Eh awak tak pergi kerja ke ?!"

"Janganlah terkejut nau haha . Saya minta cuti , nak spend time dengan family pula . So yeah , saya cuti"

"Kenapa tak bagi tahu ?"

"Saja . Nak buat suprise"

Selepas itu , aku menyiapkan Jaejin dan bagi dia makan nestum . Tak lupa sarapan untuk kami , aku masak Dakgalbi .

"Awak kata nak tentukan segala galanya . Ahh sekarang decide lah nak pergi honeymoon kat mana"

"Actually saya ada terfikir semalam . Jadi , saya decide nak pergi Jepun"

"Cepatnya huhu tak sabarlah tu nak kena makan dengan saya huehue"

Cepat saja tangan aku menutup kedua dua telinga Jaejin , eh dia ni tak reti nak tapis ke ? Kan Jaejin ada kat sini , suka hati dia je main cakap lepas .

"Hehe dia tak faham apa apa lagi , janganlah risau"

Aku tak balas tapi aku pandang Jinyoung tajam sekali . Memanglah Jaejin tak faham tapi nanti dia tetibe tanya macam mana ? Aku nak klentong apa nanti ?

"Apa pandang pandang ? Nak kena sekarang ke ? Saya on je"

Lagi sekali dia berkata dengan selamba kucing sambil menyuap sesudu Dakgalbi ke dalam mulut dengan pandangan mata yang menggoda . ARGHH ANDWAE !

Yoow wassup ?
Author busy kebelakangan ni , yela da nak dekat penghujung tahun 2018 .

Ahh ada ayat untuk author tak sebelum tamatnya tahun 2018 yang mencabar ni ? 😂

Author ada baca komen anda semua tapi tak sempat nak balas . Sorry 😢

+vote+comment+

[C] Senior Bae S2 : bjyWhere stories live. Discover now