Dreadful Dexter

175 10 0
                                    

Ini cerita pasal lost episode kartun Dexter's Labotary. Korang pernah tak tgk kartun ni? Kartun ni author pernah tgk banyak kali dan selalunya ada kat astro je. Ianya kisah sorang budak ni yg bijak giler ada makmal dia sendiri kat bawah tanah pastu buat mcm2 eksperimen mengarut, haha. Apa maksud Dreadful Dexter ni? Rasanya maksud dia sama ada "Dexter yg teruk" atau "Dexter yg ditakuti" atau "Dexter yg ketakutan". Haha, enjoy laa ya.

Biar saya mulakan dgn berkata saya ni peminat besar rancangan2 Cartoon Network, yg lama & yg baru. Salah satu rancangan kegemaran saya ialah Dexter's Labotary. Dan watak kegemaran saya ialah Dee Dee disamping kebencian dia. Dan saya dh tonton setiap episode rancangan tu. Ya, itu termasuklah Rude Removal. Tapi saya juga dh lihat Dreadful Dexter, episode yg tidak disiarkan yg hampir semua org x tau tentangnya...sehinggalah sekarang.

Beberapa tahun lalu, saya tgh bercuti di New Jersey. Di satu kedai pajak gadai kat sana, saya terjumpa satu DVD bernama "Dexter's Labotary Season 1 Gold Edition". Saya beli ia, kerana saya tidak ada mana2 episode rancangan tv tu dlm DVD, dan ianya amat mengujakan utk dapat ia akhirnya. DVD season 1 yg official xkan keluar sehinggalah beberapa tahun kemudian.

Kemudian, di bilik hotel saya, saya masukkannya ke dlm DVD player mudah alih. Selepas logo tradisional FBI, saya ditemukan dgn 'main menu'. Seperti dlm kotak tu kata, ianya koleksi lengkap semua episode utk musim pertama rancangan tu. X seperti yg direlease tahun 2010, episode ini diasingkan, drpd dlm kumpulan. Setiap episode ada, termasuklah Barbequor.

Jadi saya tonton laa beberapa episode kegemaran saya, dan nostalgia mula menyepak masuk. Saya dh x pernah nampak beberapa episode ni selama bertahun. Utk hari pertama ni, semuanya perfect.

Tapi pertengahan pada hari seterusnya, sesuatu berlaku. Saya pilih TV Super Pals utk kali kedua. Tapi berbanding dgn intro Justice Friends yg biasa dikenali, saya nampak intro rancangan yg biasa, seperti saya dh salah pilih episode. Jadi saya keluar & cari yg betul punya.

Nampaknya saya dh pilih yg betul punya. Itu memang pelik, mengambil kira saya blh tontonnya lebih awal. Kemudian saya buat apa yg siapa sahaja yg akan buat dlm situasi sebegini- Saya cuba sekali lagi. Ianya masih x berkesan. Saya balik semula pada 'main menu' dan check sekali lagi. Ia masih menunjukkan yg saya pilih TV Super Pals. Kemudian saya perasan satu ralat. TV Super Pals disenaraikan 2 kali. Saya pilih yg satu lagi, dan ia tayangkan pada saya episode yg betul. Dgn rasa lega, saya duduk dan tontonnya.

Tapi x lama jugak.  Sepanjang masa, saya terfikir...apakah satu lagi episode tu? Pada part di mana Valhallen hentikan Minotaur dari takluki dunia, saya keluar ke 'main menu' & tonton episode yg disalah label tadi.

Saya nampak intro classic sekali lagi, tapi nk dekat2 penamat, ianya mula jadi x kena. Bahagian pada warna skrin hilang, dan audio amatlah kecil sedikit. Saya kemudian nampak title card utk The Big Sister.

Yg peliknya, title card ni ada muzik yg berbeza, di mana saya kenal muzik yg digunakan dlm byk episode2 lain. Selebihnya, sambil saya tontonnya, ianya sebijik mcm yg original, kecuali dgn halangan warna & audio rendah. Kemudian, credits muncul. Selepas itu, ia tukar pada hitam.

Saya fikir itu sahaja. Tapi saya silap. Episode itu menghilang utk menunjukkan title card yg ada huruf2 berdarah berkata "Dreadful Dexter" pada latar belakang hitam keras. Muzik tersebut merupakan satu drpd 2 lagu title card utama(Yg sama dgn episode 'The Big Sister' yg saya gambarkan tadi) diundurkan dan diperlahankan. Ianya menakutkan saya. Opening credits kata ianya dicipta oleh, ditulis & diarah oleh Genndy Tartakovsky sendiri, sama seperti episode sblm ni.

Episode tu bermula seperti biasa. Dexter bangun dari katilnya bila matahari naik. Dia kata dia akan buat kerja mencipta ciptaan terhebatnya. Dexter dilancarkan keluar dari katil bila dia tekan butang pada remote masuk ke dlm makmalnya, dan berpakaian dgn pakaian makmal yg biasa dikenali. Dia kemudiannya mulakan kerja pada ciptaannya. Apa yg muncul kemudian ialah satu susunan gambar(montaj) dia sedangkan usahakan pada apa yg nmpk kelihatan seperti robot gergasi. Selepas dia selesai, dia mengumumkan yg hasil kerjanya yg terhebat dh siap.

Tapi seperti biasa, ada je masalah. Dee Dee muncul, dan dlm beberapa saat, dia musnahkan robot tu. Dexter dtg keluar dari timbunan serpihan2 tu xlama lepas tu, dan seperti yg kamu jangka, dia geram dgn Dee Dee kerana musnahkan robot dia. Dia berteriak pada Dee Dee...tapi ini memang x kena. Selalunya dia cuma kata Dee Dee bodoh atau suruh dia keluar dari makmal tu. Tapi kali ni, dia terus menerus, byk memaki Dee Dee, dan gunakan lebih byk perkataan2 mencarut sumpah seranah lebih drpd Rude Removal. Saya cuma x blh bagitau kamu, kerana saya xkan guna bahasa sebegitu dlm hidup saya.

Dan ianya makin parah. Dexter kata, "And I know just how to take care of a @#$%ing @#%*- like you." Dia kemudian tarik keluar pistol laser dari poket dia, sasarkan pada Dee Dee & tembak. Dia telah dibunuh, dan ada byk darah. Ianya nampak realistik. Leher dia patah separuh, dan salah satu lengannya tiada. Dexter gelak penuh jahat pada mayat Dee Dee. Walaupon suara tu xmcm suara dia...Kemudian, episode tu tamat mcm tu je, dipotong kpd statik.

Saya dh kehilangan DVD tu baru2 ni. Saya masih x jumpanya, tapi bila saya dh jumpa, saya akan upload episode tu. Ditapis, sudah tentu laa.

RIP Dee Dee kesayanganku.

So guys, ianya agak pelik, adakah org yg sama cipta episode yg giler ni? Ataupon ada org lain yg cipta episode ni pastu letak nama org lain di part credits tu? Ianya agak mengerikan bila cuba bayangkan Dee Dee mati mcm gitu. Entah betul ke tidak cara author gambarkan kematian Dee Dee tu, mungkin ada silap sikit kot...Haha

Creepypasta Malay Version(Lost Episode)Where stories live. Discover now