Korang kenal kartun Pingu ni? Ianya pasal penguin dlm rupa tanah liat yg berckp bahasa merapu yg tiada sape phm tapi layan gak, sebenarnya dia berckp dlm bahasa penguin hahahahahaha. Best tau tgk kartun tu, walaupon x faham sepatah haram apa yg dia kata, kartun legend tu. Tapi kadang2 faham jugak jalan cerita dia, mungkin dari segi perbuatan & bahasa badan dia kot hahahahaha. Apa-apa pon ini ialah satu lost episode kartun Pingu. Adulahai kalau x silap episode ni memang seram laaa.
Kebanyakkan org membesar dgn satu rancangan kecil gembira bernama Pingu. Pingu ialah rancangan yg ada penguin tanah liat bernama Pingu & ia tunjukkan pengembaraan dia. Karakter2 tersebut berckp lebih kurang mcm bahasa penguin.
Rancangan asli disiarkan pada tahun 1986 hingga tahun 2000. Nampak seperti ada satu episode yg tidak disiarkan yg akhirnya disiarkan setahun kemudian.
Sekarang, di sini ianya menjadi menarik. Semasa saya berumur 5, atau 6 tahun, saya nampak permulaan episode Pingu bernama Pingu's Punishment di tv. Saya cuma nampak sikit saje, tapi apa yg saya ingat ialah Pingu sgt marah, dan mak dia mula pecahkan pinggan mangkuk. Saya juga ingat episode itu berkisarkan Pingu bermain di luar rumah di mana dia sepatutnya kemas rumah. Mak saya datang di bahagian pinggan mangkuk pecah, tutup tv, dan bagitau saya makan malam dh siap.
Selepas makan malam, saya cari senarai episode tu di Wikipedia di mana saya mendapati tiada episode bernama "Pingu's Punishment" disiarkan.
Saya fikir ini satu pengembaraan utk saya, dan saya hubungi trickfilmstudio, syarikat yg mencipta Pingu. Saya minta pd mereka panduan lengkap produksi Pingu & mereka hantar kpd saya melalui email. Saya cari ia, bandingkan dgn senarai Wikipedia, dan saya perasan sesuatu yg x kena dgn siri terakhir. "Pingu Helps Grandfather" ialah episode ke-23 dlm siri ke-4, dh hilang. Di bawah sekali senarai tu ada episode bertajuk "Pingu Ending". Saya minta sinopsisnya, tetapi mereka x mahu berikannya, menyatakan ianya maklumat peribadi.
Saya kemudian cari di google "Pingu Ending" & "Pingu's Punishment". Kemudian, saya jumpa sesuatu. Ia pada Rapidshare. Nama fail itu ialah "Pingu's Punishment Unreleased Last Episode.zip", dan saya download ia. Saya pergi kpd "My Downloads" & saya jumpa fail tu. Ia mengandungi 2 fail. Satu ialah fail notepad. Ianya bertajuk "fear.txt", saya buka ia. Ia berkata:
This is an unreleased episode of Pingu dated April 11, 2000. This originally planned to end the series, and this was actually released in some countries. Watch at your own risk.
Saya mula rasa sedikit curiga dan hati saya berdebar2. Tetapi rasa gatal nk tahu menguasai diri saya. Saya buka fail kedua, satu fail avi.
Bahagian pertama ialah episode yg sama yg saya nampak semasa saya masih kecil. Bagaimana pon, ada sesuatu yg x kena. Lagu tema tu dh berbelit2 drpd bunyi 'Noot Noot' Pingu yg asal, ada bunyi audio yg yg dimainkan secara terbalik. Saya rakamnya dgn SoundRecorder & ia mainkan "You can't survive like this beyond death." Saya rasai ianya terlalu seram tapi teruskan tonton video tu.
Saya dpt bahagian di mana mak Pingu pecahkan pinggan mangkuk. Tiba2, ia cut kpd hitam. Jeritan penuh mengerikan kedengaran. Ia pergi balik kpd bahagian di dapur. Mak pingu sedang duduk di atas bangku sambil menangis, ianya berbunyi seperti tangisan betul2. Dia mula menangis tapi mula berbunyi seperti gelak tawa.
Tiba2, ia cut pada Pinga.(Adik Pingu) Pinga sedang terbaring di atas lantai, kepala dia dh terkoyak rabak. Saya pause di sini, saya rasa sakit. Tapi apa yg buat saya rasa lebih sakit ialah ianya bkn darah tanah liat. Ianya sama ada pewarna makanan atau ianya memang darah betul. Saya sambung video tu. Mak Pingu masih menangis.
Tiba2, ia cut pada video hitam & putih tentang 2 saintis pergi ke rumah sembelihan. Ia tunjukkan byk lembu disembelih. Tiba2 ia tunjukkan seekor penguin dipengsankan & digantung songsang. Si penyembelih kerat leher penguin tu dan ia mati disebabkan kehilangan byk darah. Ia mula tunjukkan gambar2 penguin2 yg mati.
Ia cut balik pada mak Pingu menangis. Ada trampolin di dapur. Ada juga kipas di situ. Dia lompat ke kipas dan darah memercik merata-rata. Badan mak Pingu rebah. Ia tunjukkan gambar2 mayat Pingu, Robbie, dan watak2 lain2. Satu kotak muzik lama mainkan "Hush Little Baby" dgn sayup2. Saya pause ia kerana saya nk pergi ke bilik air untuk muntah. Saya rasa sgt loya & sakit lepas saksikan apa yg saya tonton. Saya sambung tonton video tu.
Satu suara berputar belit berkata sesuatu secara mengundur. Saya rekodkannya dan mainkannya secara mengundur. Ia kata: "Your life will be all pitch black in a few seconds. You must be smart enough to play this backwards, because you're stupid enough to believe me." Dada saya berdebar2. Credits tu dlm Times New Roman. Latar belakang sambung menunjukkan gambar2 yg mengusik minda.
Ia ditutup dgn latar belakang satu topeng dgn mata merah. Topeng tu tiba2 berkata dgn nada berbelit, "Darkness begins now." Tiba2 komputer saya beku. Kemudian cahaya terpercik & power mati. Power tu hidup semula lepas beberapa saat. Saya sekarang menggigil dan saya mahu cari sumber video tu.
Saya dapat hubungi Carlo Bonomi, pelakon suara semua karakter. Saya buat2 ia seperti satu interview, dan saya ckp pasal Pingu. Saya akhirnya mention tentang "Pingu's Punishment". Dia terhenti, dan dia tanya dari mana saya dgr tentangnya sblm ini. Saya bagitau laa keseluruhan cerita kpd dia. Dia kemudian bagitau saya ceritanya.
Semasa musim ke-4 Pingu, ada seorang penulis/animator bernama Ted Goldman. Ted ni lelaki yg pendiam, yg biasanya jarang bersosial. Satu hari di pertengahan musim, mak Ted cuba capai sesuatu dari rak atas. Kipas siling masih hidup. Dia telah dipenggal. Ted dgn cepatnya terluka dgn kemalangan tu. Dia mula keluarkan idea2 aneh, seperti Pingu membunuh semua karakter lain. Dia juga minta Bonomi lakonkan suara Pingu sedang nazak. Goldman dpt tahu yg Pingu akan ditamatkan di akhir musim tersebut. Ted berikan episode tu sebagai siri penamat. Lepas aje mereka tonton episode tu, mereka dapat tahu yg Ted didakwa atas penganiyaan, kekejaman & pembunuhan haiwan. Ted tinggalkan satu nota bunuh diri mendakwa dia akan tinggal di Antartika. Bagaimana pon tiada rekod mendakwa dia berada di sana & kali terakhir dia dilihat di Santa Barbara, California, membeli satu senjata api. Mereka x pernah menjumpai dia.
Saya rasa terkejut. Kemudian satu idea termain dlm minda saya utk mainkan episode tu secara mengundur, bermula dgn bahagian suara berbelit tu bermula. Saya dgr satu teriakan, pekikan, dan satu suara halus yg kata sesuatu yg masih menghantui saya sehingga hari ini.
"The only way out of this hell, is suicide."
Okay ianya agak gila & menyeramkan laa episode ni. Tapi masih ada ke episode ni? Mungkin dh wujud kot. Video ni nmpk sgt bermotifkan bunuh diri, tapi Si Ted Goldman mahu beri pengaruh pada org lain supaya ikut dia bunuh diri? Author x pasti, mungkin kerana minda dia dh bercelaru sgt akibat kematian mak dia.
YOU ARE READING
Creepypasta Malay Version(Lost Episode)
Mystery / ThrillerSebelum korang tekan butang read, author nak bagitau awal2. Buku ni cuma ceritakan tentang semua episode cerita kartun yg hilang & x pernah ditayangkan di tv, dan juga kalau author nak, author akan post sekali urban legends & misteri2 yg ada di selu...