Kali ni ianya cite tentang satu episode hilang milik kartun Invader Zim. Ingat lagi tak kartun tu? Pasal si budak alien bodoh bernama Zim cuba nk takluk bumi tapi hampeh semua rancangan dia x berhasil pastu ada sorang budak bumi, author lupa dh apa nama dia, dia ni byk kali cuba dedahkan identiti sebenar Zim tapi mcm bangang semua org x nk percaya langsung, org percaya pd benda2 yg lagi mengarut, x logik.
Kenapa tajuk episode tu Bloody GIR? Siapa Gir? Gir tu si robot x leh harap yg jadi peneman setia Zim utk misi takluk bumi. Baca laa & korang akan faham kenapa ianya bertajuk sebegitu.
Hello orang di seluruh dunia. Saya ni peminat besar kartun, dan dalam byk2 kartun, Invader Zim ialah kartun kegemaran saya. Saya xkan terlepas satu pon episode tu, dan ibu bapa saya tahu benar tahap mana saya sayang kartun tu. Walaupon saya dh masuk 17 tahun.
Pada hari graduasi saya ketika ibu saya mengucap tahniah kepada saya, seorang lelaki tua pelik mendekati saya & beri saya satu DVD, memberitahu saya bahawa dia dari Nickelodeon Studios. Dia tiba2 pergi, dan kemudiannya saya dan ibu terus pulang ke rumah.
Saya kemudiannya pergi keluar melepak dgn kawan-kawan, dan bila kami balik ke rumah saya, saya tgk2 pada cakera utk lihat apakah ia. Saya diberikan satu kejutan menyenangkan: DVD tu berlabel Bloody GIR. Satu episode Invader Zim. Gir ialah salah satu watak kegemaran saya, dan saya fikir betapa bertuahnya saya, atau begitu laa saya fikir agaknya sehinggalah saya pasang DVD ni.
Ianya bermula seperti episode normal Invader Zim, dgn hanya sedikit, nmpk mcm ada perbezaan kecil. Episode tu bermula sama mcm episode2 lain, tapi kualiti animasi tu tak sebagus mcm yg sepatutnya. Selepas tajuk animasi tamat, Gir masuk ke dlm babak. Gir muncul dlm keadaan kostum anjing biasa dia, satu muffin di tangannya, dan dia bakarnya utk makannya. Walau bagaimana pon, Dib menangkap dia.
"I can win against you." Dib berkata dlm keadaan amat mengerikan dan suara yg agak mengganggu. Dia kemudiannya berlari dgn pantas. Babak itu cut pada skrin hitam selama 2 minit, dan balik semula pada tayangkan bilik kelabu. Gir sedang menangis tapi ada sesuatu yg x kena; tangisan itu sama seperti anjing melalak di waktu malam drpd Gir yg asal.
Gir kemudiannya tenung tepat pada skrin pada saya & berkata: "You don't know real pain." Dia ada darah mengalir keluar dari matanya.
Skrin menjadi hitam utk 2 saat. Gir secara misterinya hilang, dan animasi cut kepada statik hitam & putih. Ini bertahan selama 6 saat.
Babak berubah secara mengejutnya pada rumah Zim dlm hitam & putih, tapi rumah Zim nmpk seperti betul2 terbiar dan dilukis dgn penuh menyedihkan. Babak itu bertukar pada bilik putih dgn kerusi hitam, di mana Dib tgh duduk dlm kostum anjing Gir. Zim dari sekolah sampai ke rumah dan sedar dia x jumpa cari Gir.
Di dlm bilik di mana Dib berada, seseorang mengetuk pintu, dia bangun utk bukanya, dgn matanya hyper-realistik. Dib buka pintu dan Gir sebenar ada di situ. Nmpknya walaupon Gir menangis dgn kuat, tapi tiada langsung bunyi. Dib berlari ke lorong dewan dan cuba buka pintu, tapi ianya xnk terbuka. Gir mendekati Dib, dan animasi tu hilang selama seminit.
Bahagian episode ini lebih mengganggu. Gir ambil pisau dan mula menikam Dib, tapi skrin tu agak kabur, ianya menjijikkan dan animasi tu nmpk seperti filem seram murah mengerikan. Saya cuba utk tutup DVD tu tapi ianya x menjadi. Kawan saya putuskan utk cabut plag pemain DVD, tapi tiada apa yg terjadi. Episode itu tiba2 ada satu gambar yg nmpk seperti dia menikam Dib, dan ada nombor pada kepala dia yg berkata 666. Mesej pada dinding dgn darah berkata "KILL TACOS".
Babak tu balik pada rumah Zim, dan ada deringan loceng bernada tinggi. Zim telah mati, dgn mata hyper-realistik, darah mengalir keluar dari mulutnya. Dia tiada tangan & kaki, dan tergantung pada tali. Kemudian, Gir dlm keadaan basah dgn darah dgn senyuman menakutkan...Dia tgk pada kamera selama 2 minit, dan mula ketawa, tapi ianya jahat & mengerikan, nmpk terlalu real, berkuasa & mengganggu.
8 minit berlalu dan episode itu tamat. Kawan saya trauma, bila tiba2 satu mesej muncul pada skrin dan berkata, "Do not tell anyone about the episode, or all of your friends die in 7 days." Kawan saya kemudiannya membunuh diri pada malam hari itu.
Saya putuskan utk buat jualan garaj sebulan kemudian, dan secara x sengaja masukkan DVD tu sekali. Seorang budak putuskan utk beli DVD tu, jadi saya kata "Do not buy this disc, or Gir will kill you!" Dia x hirau & curi DVD tu. Xlama kemudian, saya nmpk dlm berita yg budak lelaki yg sama tadi mati kerana DVD tu. Saya menulis cerita ini di sini kerana saya x tahan tekanan apa yg saya nmpk, dan sudah tiga bulan, tapi saya masih bermimpi ngeri tentang episode tu. Saya ada tambah gambar XP.
Okay readers...Haha sekarang tau dh siapa budak lelaki yg cuba dedahkan identiti Zim tu lepas translate cite ni. Nama dia Dib. Aduyaii...Btw, siapa pulak si org tua pelik tu? Dia laa punca segala benda yg terjadi kat si pencerita ni. Episode tu memang bahaya giler, mcm disumpah je. Mcm mana laa bila nk tutup pemain DVD dia xnk tertutup, pastu dh cabut plag pon xde kesan. Pelik...Sah DVD tu pelik & berhantu. Takziah kpd kawan pencerita yg mati bunuh diri tu kerana x tahan dgn episode yg telah menghantui mindanya. Dan harap pencerita tu dpt bebaskan diri dia drpd mimpi ngeri tu.
Dan sorry ya author xde gambar yg si pencerita post tu, saje x nk ambik sbb memang xleh nk ambik, entah kenapa dgn phone ni...Haha...

YOU ARE READING
Creepypasta Malay Version(Lost Episode)
Mystery / ThrillerSebelum korang tekan butang read, author nak bagitau awal2. Buku ni cuma ceritakan tentang semua episode cerita kartun yg hilang & x pernah ditayangkan di tv, dan juga kalau author nak, author akan post sekali urban legends & misteri2 yg ada di selu...