Johnny Test Lost Episode

152 9 0
                                    

Pernah tgk kartun ni? Kartun ni selalunya ditayang kat astro, author pernah tgk beberapa kali kartun ni masa kecik2 kat kampung, ianya kisah pasal si budak Johnny dgn anjing dia selalu buat eksperimen apa tah dgn si Johnny ni jadi penguji utk eksperimen tu, dia ni memang gila habis gatal sgt nk try mcm2 formula & mcm2 kat diri dia. Dan ini cerita tentang episode Johnny Test yg x ramai tau kewujudannya, tapi entah laa betul ke tak cerita dia...

Ianya hampir krismas dan semua orang dah ada hadiah utk saya & adik perempuan saya. Saya takde hadiah utk adik saya lagi jadi saya pergi kat komputer saya & buka laman Ebay. Saya mencari2 kat pilihan untuk beri apa kat adik saya sehingga saya jumpa satu pita VHS lama bertajuk "JOHNNY TEST LOST EPISODE". Saya beli pita tu dgn harga yg terlampau murah, di mana ianya berharga 2 dollar. 'Wow murahnya.' Saya berkata sendirian sambil saya beli pita tu.

2 Jam Kemudian...

Loceng pintu rumah berbunyi sambil saya datang untuk ambil pita VHS tu. Saya ambil bungkusan tu, cabut balutan lama tu dan balut dgn yg baru. Saya letak pita VHS yg dibalut serba baru di bawah pokok.

6 Hari Kemudian...

Ianya krismas dan semua org gembira untuk buka bungkusan hadiah mereka di bawah pokok. Ibu bapa saya kata mereka takkan balik sehinggalah tengah hari nanti.

Adik saya dh mula menonton Johnny Test Lost Episode sementara saya siapkan popcorn utk adik saya sehinggalah saya terdengar dia menjerit. Saya lari utk periksa sama ada dia tak apa-apa. Saya nampak dia berguling-guling mcm bola menjerit2 mcm org gila. Saya berjaya tenangkan dia & bawa dia ke kerusi panjang supaya dia blh berehat & bagitau dia tiada apa untuk ditakutkan.

Saya ambil pita VHS tu ke dlm bilik saya & masukkannya ke dlm pemain VCR. Saya mula tonton episode tu di mana ia dinamakan semula sbg RIP SUSAN AND MARY. Episode tu bermula dgn Johnny & Dukey di depan tv, menonton filem kegemaran mereka. Di sini ianya menjadi tak kena.

Ia kemudian menjadi hitam & menunjukkan kedua2 Johnny dan Dukey di dlm bilik mereka bermain dgn normal. Di sini keadaan jadi kejam. Johnny ambik pedang & tikam Dukey di dada. Dan kemudian meluru ke makmal & memenggal kepala Susan & Mary dan letak kepala mereka di atas duri besar di depan laluan masuk makmal. Dia kemudian minum semua posyen & menukarkan dia kpd raksasa yg menakutkan. Dia berlari sekeliling makmal & musnahkan segala-galanya yg berada di jalannya. Dia kemudian berlari ke skrin dan berkata & keluarkan teriakan ngeri. Dia kemudian berkata, "YOU WILL ALL DIE!" Saya dgr jeritan datang drpd adik saya & saya pergi utk melihat keadaan dia.

Apa yg saya tau lepas tu dia dh hilang. Saya kemudian dgr bunyi degupan dari bilik ibu bapa saya & pergi lihat kat sana. Mereka tergantung di atas syiling bersama-sama dgn adik saya sekali.

Saya lari keluar daripada rumah, masuk ke dlm kereta, dan lari sejauh yg saya mampu. Saya tak pernah balik ke rumah tu lagi dh.

Saya beri amaran kepada kamu, jika kamu jumpa pita itu, hancurkannya & bakarnya. Jangan tonton pita tu.

Ianya sedikit seram & menyedihkan utk pencerita ni. Kesian dia, keluarga dia mati disebabkan episode tu di mana, author x sure ianya berhantu atau disumpah. Patutlaa harga dia murah nk mampos. Apa-apa pon, korang nk percaya ke tidak tentang episode ni? Terpulanglah...Mungkin ianya betul2 wujud, atau rekaan sahaja nk bagi seram, haha...

Creepypasta Malay Version(Lost Episode)Where stories live. Discover now