"???" Spongebob Lost Episode

858 77 6
                                    

"???" ini adalah tajuk pada episode Spongebob tu...Kenapa tanda soal 3 kali? Tiada siapa yg tau...

Saya suka menonton spongebob, tapi cuma episode dari musim pertama sehingga musim ke-3. Pernah sekali saya tonton satu episode yg mampu membuat saya trauma & saya xkan dpt lupakannya, walaupon mcm mana saya cuba lupakannya. (Maksudnya di sini episode yg itu sgt menakutkan & blh buat org jadi trauma.)

Ianya bermula semasa saya berumur 8 tahun. Saya tgh menonton Nickelodeon kemudian 'Bumper'(Tak pasti laa bumper tu nama watak atau apa2) berkata yg episode baru akan dimainkan selepas ini. Saya rasa teruja jadi saya teruskan menonton channel tu.

Episode itu bermula dgn title card yg berkata "???". Saya rasa keliru tapi saya teruskan menonton. Kemudian ia paparkan rumah Spongebob pada jarak dekat, tetapi tiada siapa di sana. Dan juga tidak ada sebarang bunyi. Kemudian ianya statik selama 5 saat. Selepas itu saya dpt lihat Spongebob di biliknya, sedang tidur. Dia bangun, pakai pakaiannnya, & pergi ke tempat kerja seperti biasa.

Utk sebab2 tertentu, episode ini tayangkan 10 minit rakaman kerja di Krusty Krab. Ianya semakin bosan jadi saya mula main tablet saya. Selepas setiap minit berlalu saya perasan Spongebob mula mempunyai ekspresi di mukanya yg semakin sedih. Apabila waktu kerjanya tamat, saya berhenti bermain tablet.

Part tu bertukar pd Spongebob berjalan balik ke rumahnya, nampak lebih sedih berbanding pd waktu kerjanya.

Tiba2 seekor ikan yg memakai hoodie terlanggar Spongebob. Ikan tu mula berkata, "Do you want to be happy, young man?"(Adakah awak mahu gembira, org muda?)

Spongebob jawab dgn sayup. "Yes, please make me happy." (Ya tolong buat saya gembira.)

Kemudian ikan tu menyuntik Spongebob dgn picagari/penyuntik(Apa tah nama dia yg doktor guna nk cocok org.), di dalamnya ada cecair lutsinar. Kemudian dia tolak Spongebob ke rumahnya.(Rumah Spongebob laa kot) & larikan diri.

Saya berasa sedikit seriau tentang ni, tapi saya tetap teringin nak tau apa yg terjadi selepas itu. Kemudian saya nmpk Spongebob di bilik tidurnya. Bahagian tersebut zoom pada dia, memaparkan matanya yg terbeliak & darah mengalir keluar dari hidungnya & lengannya(di situ ikan tu suntik Spongebob).

Kemudian Spongebob berlari ke ruang tamu & terus mencekik Gary, siput babi peliharaannya. Selepas Gary mati, Spongebob mengambil keputusan utk menghentak kepalanya pada lantai, menyebabkan darah mengalir keluar dari lubang2 di kepalanya(Kan badan spongebob ada byk lubang, mcm span.)

Jika itu tak cukup, Spongebob ambil pisau & ukir huruf2 pada lengan & kakinya, dan kemudiannya terbaring di atas lantai.

Perlahan2 tapi memang pasti, dia menjadi pucat akibat kehilangan byk darah. Bila dia sampai pucat habis, dia mati.

Saya memang takut sgt pada masa tu.

Kemudian skrin bertukar gelap antara hitam & hijau. Dan ada muka yg tersenyum di tgh2nya. "Do you want to be happy?!" Spongebob menjerit secara tiba2. Pada masa ni saya jerit balik "No! I don't want to be happy!"

Episode itu kemudiannya tamat dgn warna putih statik bersama bunyi. Saya lari ke bilik saya, dan saya tak nak tgk Nickelodeon lagi dh.

Baiklah rumusan dari Author lak.

Author rasa mungkin ianya kerja org yg x bertanggungjawab siarkan episode itu tanpa pihak yg berkait tau.

Kenapa blh wujud episode ini? Dan apa nama sebenar episode ini? Author rasa mungkin tajuk dia ialah "Do you want to be happy?" walaupon dia bagitau tajuk "???", tanda soal mcm ni....Itu cuma andaian author je...

Tq kerana baca & vote. Ada byk lagi episode yg hilang pasal Spongebob, cerita spongebob ada paling byk episode seram yg hilang & x pernah ditayang di tv atau pernah ditayang sekali sahaja di tv.

Creepypasta Malay Version(Lost Episode)Where stories live. Discover now