The Sad End Of Jack

193 13 0
                                    

Hai readers...Ini ialah satu lagi lost episode kartun Oggy and the Cockroaches. Siapa Jack? Si kucing hijau yg jadi kawan serumah dgn Oggy yg sakit hati gak dgn lipas 3 ekor tu. Apa dh jadi dgn si Jack ni? Asal tajuk dia mcm tu? Sila baca...

Semua org ingat kartun yg bernama Oggy and the Cockroaches, bukan? Kamu tau di mana kartun tu berkisarkan seekor kucing bernama Oggy yg ada kawan baik bernama Jack, dan sentiasa rasa menyampah dgn 3 ekor lipas bernama Joey, Dee Dee & Marky? Baiklah, ada satu lost episode ni yg tidak pernah disiarkan. Yep, betul tu!

Selepas sahaja keluar movie utk kartun ni, ada satu episode yg tertinggal bernama The Sad End Of Jack. Ada ramai org yg menonton episode tu. Saya salah seorang drpdnya. Saya salah seorang pekerja pelatih yg bekerja di Xilam. Saya & 4 pelatih lain pergi menonton episode tu. DVD tu ada tulisan di atasnya, berkata "OGGY AND THE COCKROACHES - THE SAD END OF JACK". Tulisan tu agak buruk, tapi saya masukkannya ke dlm pemain DVD.

Intro bermula dgn normal, kecuali belon di permulaan intro tu tertera "Gaumont Presents". Itu lawak, kerana kerana Gaumont bekerja utk musim 1-2, dan ini ialah musim ke-3 yg hilang.

Selepas habis tema, title card berkata The Sad End Of Jack. Ianya di dlm ayat merah dan latar belakang hitam. Drpd muzik riang, sebaliknya ada muzik yg menakutkan dimainkan. Di bawah, ia kata "©666 Xilam Animation". Saya dan pelatih2 lain rasa agak curiga dan x sedap hati. Bos pula terkejut!

Episode ni bermula dgn Joey, Dee Dee, and Marky x nmpk normal apa tah. Mereka nmpk buruk, dan tidak menjengkelkan seperti yg mereka selalu buat. Warna2 dlm episode ni pudar, mcm episode Procrastination dari Spongebob.

Episode ni bukannya berdurasi 7 minit langsung, xmcm episode2 lain. Episode yg ini berdurasi 22 minit, disebabkan skrin hitam yg panjang.

Kemudian ia cut kpd Oggy yg mempunyai mata sgt realistik. Oggy sedang menonton tv seperti biasa ia kelihatan dlm 10 minit. Di sini ianya mula mengganggu. Kemudian ia cut kpd Jack di dapur, dgn tiub. Dia mempunyai mata merah sepenuhnya, tiub dlm tangan dia, dan jari2 yg menakutkan. Apa yg menakutkan ialah, dia merenung kami, dan tinggalkan senyuman zombi. Kemudian ada bisikan2 ganjil. Saya x tau apa yg mereka kata, tapi pada satu bahagian tu mereka sebut nama saya.

Selepas 2 minit 57 saat paling mengganggu dlm hidup saya, Jack tumbuk perutnya dan makan otaknya. Dia juga menangis, dan pukul badannya, seperti zombi. Kemudian, ia pergi kepada statik dan credits muncul. Apa yg buat saya takut giler ialah saya nmpk nama saya di dlm credits, di mana ia buat bulu roma saya meremang. Siapa yg buat episode ni, dan mcm mana dia tau nama saya?

Lepas habis credits, skrin menjadi hitam & ada mesej2 seram, seperti  "This episode took Jack's  soul to the tv. You're next.", "In 2 years, I will get you for this", dan lebih kurany 23 yg lain.

2 pelatih dah musnahkan DVD tu dgn pemukul kayu. Ianya tidak hancur langsung. Jadi kami putuskan utk buang di dlm tong sampah & biarkan ia di luar.

Sekarang saya tahu siapa yg buat episode ni, dan saya dh hantar email kpd dia tapi tidak dibalas sejak hari itu. Hidup saya tidak lagi normal lepas tonton episode tu, dan saya mungkin dpt mimpi2 ngeri tentangnya utk masa yg lama.

UPDATE 1 : Selepas saya dan pelatih2 lain tonton episode tu, ia keluar di Adult Swim pd pukul 2.30 pagi. Saya tukar siaran sebaik sahaja title card keluar. Saya harap saya tidak diperhatikan sesiapa.

UPDATE 2 : Ini apa yg terjadi pada pelatih2 lain. Pelatih 1(Thomas) menjerit2, Pelatih 2(Mike) dah jadi gila, Pelatih 3(Gary) bagitau polis tentang hal ni & saya? Saya takut sepanjang hidup saya.

Giler apa episode ni? Ia tunjuk Jack dh mcm zombie, eyyy seram & jijik doh...Yg lagi seram time dia tenung dgn mata merah menakutkan dan senyum mcm zombie...Dan, org yg cipta episode tu mungkin berdendam dgn staf2 kat sana, sbb tu dia buat episode ni, kemudian dia mcm sumpah maut kat staf2 tu sbb ada tertulis nama2 dorang kat bahagian credits(perhargaan oleh siapa2 yg buat episode tu), dan mcm mana laa blh tersebar gak kat siaran tv? Haiiishhh...

Creepypasta Malay Version(Lost Episode)Where stories live. Discover now