Woody Woodpecker, masih ingat kartun ni? Pasal si burung belatuk tu...Haiiih tapi dah lama dah dia tak tayang kartun tu, sejak bila tah, author pun tak berapa ingat sangat, haha. Tapi ianya antara kartun yang paling best laa, dan ini satu lost episode pasal kartun ni. Enjoy...
Satu hari, saya berada di satu Walmart ni, sejak ini kedai yang saya selalu pergi. Kemudian, saya nampak satu set kotak DVD 3-disc Woody Woodpecker. Sambil saya lihat pada cover DVD tu, ianya agak kabur, sambil saya hanya nampak samar2 Woody, Chilly Willy, dan Andy Panda, dan sticker tu berkata, "INCLUDES A LOST CARTUNE." Saya sangat teruja untuk membelinya kerana saya memang suka Woody Woodpecker sejak kecil. Ia duduk dalam nombor 4 dalam senarai kartun yang saya sangat suka masa kecil, bersama dengan Tom and Jerry, Looney Tunes, dan kartun2 Disney daripada zaman 40-an hingga 60-an. Saya juga sangat curious kerana ia ada kartun hilang Woody Woodpecker.
Saya berjalan ke kaunter pembayaran, gembira sangat, dan bila saya tunjukkan DVD ni pada cashier, dia kata, “Kawan, awak takkan mahukan ini. DVD ni sangat rare dan ianya dalam keadaan teruk,” dengan cara yang lembut dan ketakutan, dan saya kata, “Baiklah, saya masih nak beli. Teruk macam mana sangat laa DVD ni?” Jadi saya beli laa DVD tu, dan memandu pulang ke rumah. “Jeez Louise,” saya berkata pada diri saya, “Apa masalah dia?”
Saya dah bersedia untuk tonton DVD ni bersama dengan anak2, tapi sebaik sahaja saya buka DVD ni, satu disc ni takde label sticker, cuma coretan tertulis dengan marker biru, yang saya anggap ia kata “Head-chop” atau sesuatu. Jadi saya kata “Lantaklah, aku akan tonton juga benda ni dengan anak2.” Logo Universal muncul, amaran FBI juga muncul, dan juga main menu yang normal, tapi kemudiannya, ada satu Easter Egg, yang saya putuskan untuk klik padanya, di mana ianya sebenarnya perkataan “MAIN MENU.” Saya harap saya tidak tekannya tadi.
Perkataan, “ON/OFF” muncul. Tiada apa-apa soalan atau pilihan. Teks tu kata, “ON/OFF.” Jadi saya anggap ianya sedikit commentary, tapi untuk kebaikannya ia, saya pilih “ON,” dan kartun tu dimainkan. Sekali lagi, saya harap saya tak klik tu tadi. Saya fikir sendiri, “Ini takkan jadi teruk.”
Logo Universal muncul pada skrin, tapi dengan perkataan, Universal-International, jadi saya anggap ini ialah kartun Woody Woodpecker dari tahun 1950-an. Kami juga dapat bahagian biasa “GUESS WHO?” dari Woody Woodpecker, dan catchphrase biasa dia di mana ketawa dia, bersama dengan gaya berseloroh original Woody Woodpecker.
Tapi kemudian, gaya seloroh Woody Woodpecker berhenti, sambil kartun tu cut kepada hitam. Dalam title card, “THIS”, ia ada satu shot sekelip mata di mana saya anggap title card tu mempunyai Woody Woodpecker muntah darah.
Kemudian, kami dapat tengok satu shot Woody merenung pada kamera selama 30 saat, sedih, dalam skrin hitam. Dan ia mempunyai apa yang saya anggap Grace Stafford, yang mainkan suara Woody Woodpecker, menangis, tanpa suara tu selari dengan suara Woody. Dia bukannya berlakon sedih, dia tidak menangis dengan gelak ketawa, dia memang betul2 menangis. Kemudian, sambil Grace sebenarnya buat suara Woody dengan cara yang sedih, dengan Woody lip-sync, berkata, "You disgusting minions will never laugh at me."
Saya sungguh terkejut tentang kata-kata tu, tapi ianya jadi makin teruk. Dia kemudian toskan kepala Buzz Buzzard yang mengerikan dan kemudian klon diri dia muncul dan makan kepala Buzz. Sambil ini berlaku, Wally Walrus datang dan berkata, "What are you doing?" tapi bukan dalam suara normal Sweden dia, ianya lebih sayu, dan ianya secara berundur(backwards), sambil muka dia dilumuri darah. Woody kata, “You.” tapi dengan suara yang berbeza. Di latar belakang, saya dengar sesuatu seperti Grace menangis sekali lagi, dan seperti yang saya kata, ianya bukan lakonan, dan dia betul2 sedih. Dan sekali lagi, ianya bukan lip-sync dengan Woody Woodpecker.
Woody kemudian ketawa, tapi bukan dengan ketawa catchphrase dia ataupun ketawa jahat, tapi ketawa dalam kesakitan. Kemudian, Konothead dan Splinter, anak saudara Woody, muncul tah dari mana, dan Knothead kata, "Hey Uncle Woo-" dan ayat tu terhenti begitu je. Kemudian, ia cut pada Woody tersenyum, selama 30 saat, memandang saya. Kemudian, Knothead berteriak, "DON'T DO THIS!" Dan kemudian, Woody makan Knothead dan Splinter hidup2 dan kata, “YOU.” Tapi bukan dalam suara normal Woody Woodpecker, tapi dalam suara seram bagaikan syaitan.
Saya kata, “TAMATKANNYA SEKARANG!” dan sambil anak2 larikan diri, trauma dengannya, seperti saya juga, Woody kata, “Kau terkejut ke?” Saya fikir sendirian, “Ya.” Dan kemudian, kartun tu cut pada real life di mana Grace bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri. Ianya bukannya pistol palsu; ianya pistol sebenar, dan tiada darah sos tomato, cuma darah sebenar. Dan saya ketakutan. Kartun itu tamat selepas itu tanpa ayat, “THE END” atau "A Walter Lantz Cartune."
Bila kartun itu menghilang, ianya cuma 30 saat hitam, sehinggalah satu shot sekelip mata saya nampak kepala Woody yang terpenggal, dan badan kawan2 dia dicarik2 dengan ngeri. Saya sangat trauma dengannya, dan saya eject DVD tu. Saya kata pada anak2, “Anak2, jauhkan diri dari Woody Woodpecker!”
Saya mengelak dari menonton kartun Woody Woodpecker selama sebulan sejak pengalaman yang mengerikan tu. Saya cari kartun yang hilang tu di youtube, dan berita baiknya, ianya tiada langsung, takkan boleh jumpa laa. Saya tenangkan diri saya dan tonton kedua2 episode Woody Woodpecker, di mana ianya "The Screwball" and "Niagara Fools" di youtube selepas pengalaman tragis yang saya alami sebulan lalu, dan kemudian saya dah gembira semula.
Walaupun saya gembira menonton kartun semula, saya takkan pernah lupa hari di mana saya menonton satu mimpi ngeri yang teruk dikenali sebagai the lost Woody Woodpecker cartoon.
Apa-apa pun, jangan risau tentang episode kartun ni, sebab ini cuma creepypasta rekaan sahaja. Kenapa? Sebab author dah cari info sikit pasal Grace Stafford ni, dia mati sebab penyakit kanser pada usia 88 tahun, bukannya bunuh diri jadi ini cuma lost episode rekaan sahaja, tapi hebat juga cerita dia. Maaf ya kalau author masih tak berapa bagus nak translate dengan baik cerita dia ni, kerana yang ini sikit susah.
Tapi, ada kemungkinan ke sebenarnya episode ini memang wujud? Dan fakta sebenarnya pelakon suara Woody, iaitu Grace Stafford betul2 bunuh diri dengan guna pistol dia macam dalam cerita lost episode tu? Fikir laa sendiri....Macam konspirasi pulak, haha.
YOU ARE READING
Creepypasta Malay Version(Lost Episode)
Детектив / ТриллерSebelum korang tekan butang read, author nak bagitau awal2. Buku ni cuma ceritakan tentang semua episode cerita kartun yg hilang & x pernah ditayangkan di tv, dan juga kalau author nak, author akan post sekali urban legends & misteri2 yg ada di selu...