The Sesame Street Lost Episode

403 27 4
                                    

The Sesame Street, salah satu kartun kegemaran author masa kecik2 dulu. Rasanya readers mungkin x pernah dgr pasal kartun ni lagi, bukan? Kartun ni dh lama dh...Ianya kisah pasal puppet yg blh bercakap. Blh search di google utk kenali Sesame Street.

Tak sangka Sesame Street pon ada lost episode jugak. Btw credit kpd Young Ji yg translatekan cerita ni.

Saya menulis ini sebab saya cuma mahu seseorang tu tahu pasal ini. Ia adalah perkara yang paling menakutkan saya pernah tengok.

Untuk memulakan, saya menaruh minat terhadap filem tentang peperangan nuklear dari tahun 1950s sehingga hari ini. Saya akhirnya mengikuti forum tentangnya. - saya tidak akan memberitahu apa forum itu. saya tidak mahu seseorang dapat mengenali saya. saya tidak mahu sesiapa pun melihat ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk budak2 melihat ini.

Kemudian selepas saya mengikuti forum tu, saya menjadi kawan dengan salah satu member. Tidak, saya tidak akan memberitahu siapa nama dia. - seperti yang saya cakap, saya mahu ini menjadi rahsia. Tahun lepas dia memberitahu saya dia ada sesuatu untuk saya dan ingin berjumpa dengan saya untuk memberikannya pada saya. Saya ada beberapa kekurangan dimana saya tidak ada lesen memandu dan saya juga tinggal di kawasan yang tiada perkhidmatan awam. Sebab ini, kami berjumpa di sebuah taman di bandar saya.

Bila kami berjumpa, dia memberikan sebuah VSH tape. kamu baca kan - dalam tahun 2015 ia sebuah VHS tape. nasib baik (atau saya patut cakap malangnya) saya masih ada lewat tahun 1990 pemain VHS. Dia beritahu saya dia tidak tahu cerita disebaliknya - cuma ia dibuat dalam lewat tahun 1983 atau awal tahun 1984 - tidak lama selepas filem The Day After ditayangkan (kalau kamu tidak tahu apa filem ni, ia ada di YouTube.)

Creepypasta Malay Version(Lost Episode)Where stories live. Discover now