Hello semua, kali ianya tentang satu lost episode Penguins Of Madagascar, rasanya tentu ramai yang pernah tengok kartun ni kan? Ianya kisah pasal 4 penguin dalam Zoo New York dengan macam2 gelagat dengan haiwan2 lain dalam zoo. Serius antara kartun yang best. Kali ini, sape pulak Zozo dan apa kaitan dia dalam Penguins Of Madagascar ni? Silalah baca...Kemungkinan episode ini memang betul2 wujud...
Semasa saya lebih kurang berumur 12 tahun, saya selalu tonton Penguins Of Madagascar hanya untuk bersedia menonton sekali rancangan Spongebob. Selepas rancangan Dora tamat, (Syukurlah), Penguins Of Madagascar bermula. Tetapi, keadaan mula menjadi sedikit pelik. Lepas selesai je intro, dia terus skip title card tu, dan terus pergi pada episode tu.
Ia tayangkan penguin2 tu menjumpai papan Ouija dan melihat sama ada ianya dicipta oleh Blowhole. Tapi Private tak berapa pasti sama ada mereka patut siasat papan Ouija. Sambil mereka main papan Ouija tu, keadaan jadi tak kena.Babak tu bertukar jadi hitam sambil tenaga elektrik di Zoo New York terpadam, dan ia menghilang kepada hallway hitam putih(lorong ke, laluan apatah nama dia, jadi terpaksa guna perkataan inggeris dia laa.), dan ia perlahan-lahan zoom lebih dekat, dan lebih dekat, dan ia cut pada Skipper yang berjalan sekeliling zoo dan nampak satu bayang gelap lembaga manusia tinggi dari dinding yang tinggi di sekeliling zoo dan lesap di dalam bayang2.
Skipper pergi kejar dia dan nampak ia dah hilang. Babak tu kemudian menghilang kepada satu pintu di bahagian atas sekali anak tangga, segalanya bersepah. Ada sampah-sarap berselerak di seluruh tempat. Ada juga bahan bercahaya ni yang tumpah habis di seluruh dinding. Tempat tu seperti dalam bilik bawah tanah.
Saya boleh dengar suara statik halus di latar belakang jadi semakin kuat, dan semakin kuat, sehingga ia cukup kuat untuk buat saya tutup telinga saya.
Ia cut balik pada babak anak tangga sampai ke pintu, saya boleh dengar sesuatu di sebalik pintu, tapi saya tak boleh agak apa bendanya tu. Babak tu berubah lagi kepada Skipper, Private, Kowalski dan Rico pergi ke tempat pameran reptilia dan cari Clemson, yang muncul dalam episode “Right Hand Man”.Skipper, terkejut melihat Clemson yang kembali dari Hoboken, bagitau dia supaya “Serah diri sebelum mereka belasah dia”. Clemson hanya memandang sahaja, tak berapa bergerak mana. Penguin2 tu tunggu je Clemson mulakan gerakan dia, tapi dia cuma berdiri di situ macam patung tugu. Kemudian, di sini saya saya mula rasa tak kena dan ketakutan. Clemson perlahan-lahan datang ke penguin2 tu dengan muka paling mengusik jiwa yang pernah saya tengok. Dia mula meronta2 dan menggeliat sambil dia membesar dan membentuk menjadi mahluk tinggi humanoid, dengan rambut panjang kusut, gigi tajam bergerigi, mata seperti mentol berbonjol dan cakar tajam yang patah yang masih boleh membelah daging dan kulit.
Dia sangatlah kurus, kurus kering dan dalam keadaan bogel, jalan membongkok sekeliling dengan kaki dia bagaikan kuku kaki kambing. Penguin2 tu cuma merenung dalam ketakutan sambil mahluk tu berjalan mengelilingi empat burung yang tak terdaya tu dalam bulatan. Saya boleh dengar benda tu buat bunyi serak sambil dia buka mulutnya dan pusingkan lehernya dengan bunyi retak yang menyakitkan. Dia angkat tangan dia dan keluarkan pekikan seperti pekikan babi yang menjijikkan sambil dia menerkam pada penguin2 yang ketakutan tu.
Kemudian babak menghilang balik pada pintu, bunyi yang tidak diketahui tu masih datang dari belakang pintu tu. Pintu itu terbuka dan saya lihat satu bilik yang tak berapa terang yang diterangi dengan hanya sebatang lilin.
Di atas rak ada mainan monyet bermain symbol(Entah kenapa dia panggil benda macam rupa penutup periuk tu symbol, mungkin itu nama alat muzik tu, author terpaksa ambil perkataan inggeris dia), di mana ianya sumber bunyi tadi. Ia membelakangkan penonton. Ia perlahan2 zoom lebih dekat, dan lebih dekat, dan lebih dekat. Kemudian sambil ia zoom makin dekat, monyet tu berhenti bermain untuk beberapa minit.Tiba2, monyet tu berpaling dengan sendirinya pada penonton, mata dia terkeluar dari soket plastik dia, gigi yang buruk, dan darah mengalir dari mulutnya. Ia cut lebih dekat pada muka monyet tu, dan kemudian dia cepat2 zoom jauh daripada monyet tu sehinggalah turun ke bawah anak tangga, dan pintu tertutup kuat dengan sendirinya.
Kemudian jeritan yang mengerikan boleh didengari pada latar belakang. Bunyinya hampir seperti ianya recording orang sedang diseksa dan dibunuh. Dan ia menjadi statik untuk bahagian selebihnya dalam rancangan itu.
Saya cuma duduk di situ berpeluh dalam ketakutan, saya sampai boleh dengar jantung saya berdegup dalam dada saya. Saya tak boleh terima apa yang saya dah lihat, tapi saya tahu ada sesuatu yang tak kena dan saya tak boleh memendamnya. Jadi saya cuba buktikan yang ianya betul dan saya tak reka cerita karut marut. Mujurlah semasa saya menonton episode tu, saya sempat ambil satu gambar episode tu, dan saya masih ada episode tu, dan saya akan post ia di sini selagi saya boleh.
Saya tahu orang akan kata cerita ini fake, palsu, tapi macam mana kita betul2 pasti sama ada ianya fake atau tidak? Macam mana kita betul2 pasti ianya cuma hoax?
Persoalan2 itu, masih kekal misteri.
Wahhhh ianya agak ngeri juga. Tapi, masa author jumpa cerita pasal lost episode ni, dia takde post pulak gambar tu. Jadi, nampaknya kita takkan tahu lost episode ni memang real atau fake. Tapi, cerita dia memang bagus.
Apa-apa pun siapa Zozo?
Mungkin tak ramai yang tahu pasal dia ni, apa-apa pun, Zozo juga dikenali sebagai syaitan papan Ouija, dia ni setan yang diseru melalui papan Ouija dan juga dalam beberapa komunikasi spiritual. Author tak nak cerita panjang pasal Zozo ni sebab dia ni setan dalam kepercayaan agama Kristian, yang orang2 beragama Kristian ni takut sangat2 dengan dia dan juga selalu ada kaitan dengan pemujaan2 ni. Cukuplah readers tahu dia ni setan papan Ouija.
![](https://img.wattpad.com/cover/160545322-288-k851039.jpg)
YOU ARE READING
Creepypasta Malay Version(Lost Episode)
Misterio / SuspensoSebelum korang tekan butang read, author nak bagitau awal2. Buku ni cuma ceritakan tentang semua episode cerita kartun yg hilang & x pernah ditayangkan di tv, dan juga kalau author nak, author akan post sekali urban legends & misteri2 yg ada di selu...