Penguin’s Suicide ialah satu lagi lost episode kartun Penguins Of Madagascar yang author rasa, ini mungkin lost episode yang sebenar, bukannya rekaan just for fun. Bila baca sahaja cerita dia tu, rasa macam seram doh. Apa-apa pun, bacalah dan enjoy. Author cuba translate dia jadi sebagus yang boleh, supaya reader boleh feel habis kisah dia.
Jadi, ada tak di antara awak semua yang ingat The Penguins of Madagascar di Nickelodeon? Baiklah, ada satu episode ini yang tak pernah diluluskan. Episode ni sepatutnya ditayanngkan di TV pada musim pertama sebagai episode 49, tapi ianya dibatalkan kerana kandungan yang ganas dan mengerikan, dan jadi musim pertama berakhir dengan 48 episode sahaja. Nak tahu tak macam mana saya menjumpai episode ini? Biar saya bagitau...
Beberapa bulan lalu, saya sedang mencari beberapa episode Penguins of Madagascar untuk ditonton. Kemudian saya jumpa satu website tak dikenali di mana saya boleh download dan tonton semua episode Penguins of Madagascar secara percuma. Saya klik pada website tu dan tengok2 sikit tapi saya terjumpa satu episode yang bertajuk, "Lost Episode." Jadi sebab rasa curious, saya klik pada episode tu dan video dia bermula.
Sebaik sahaja sebelum episode tu bermula, ia tayangkan satu mesej berkata "This is the lost episode of The Penguins of Madagascar, which never aired because it is extremely violent. Watch it at your own risk!"
Saya fikir ianya cumalah hoax, tapi saya masih curious. Selepas 10 saat mesej tu, ia tunjukkan intro, di mana ianya masih normal, dan itu sahaja. Lepas tu, dia tayangkan title card episode tu, yang bertajuk, "Penguin Suicide".
Sekali lagi, saya fikir ianya cumalah hoax, dan episode tu bermula.
Ia bermula dengan Skipper, duduk di meja dalam tempat markas penguin. Dia nampak sedih dan murung, dan dia sedang menangis. Tak seperti tangisan dia, tapi seperti tangisan Tom McGrath. Keadaan ini berlangsung selama 3 minit sebelum dia cut kepada babak lain. Babak seterusnya ialah Rico di luar markas. Mata dia berwarna merah darah, macam dia tengah ketagih dadah. Dia merenung pada kamera lebih kurang 30 saat, sehinggalah dia keluarkan dinamit dan baling ke dalam kotak senjata dia (mulut dia). Kemudian dia meletup. Darah memercik di merata tempat. Saya pause di situ. Saya rasa tak sedap badan. Tapi apa yang buat saya lebih rasa tak sedap badan ialah ianya bukan darah CGI. Ia mungkin pewarna makanan, atau ianya darah sebenar.
Kemudian dia cut pada Kowalski berdiri di tengah2 jalan. Dia mempunyai riak muka yang menakutkan seperti dia baru terjumpa dengan hantu. Kowalski cuma berdiri di situ, tidak menyedari kereta yang datang ke arahnya. Kemudian dia mati dilenyek kereta dan darah ada di merata tempat. Saya pause sekejap dan pergi ke bilik air untuk muntah. Saya rasa betul2 mual dan tak sedap badan selepas menyaksiakan apa yang baru saya tonton tadi. Saya teruskan video itu.
Babak seterusnya ditayangkan...Oh Tuhan...Janganlah Private pulak! Dia sedang berdiri di puncak papan tanda Central Park dan dia mempunyai riak muka yang sedih. Ada sikit bunyi statik di latar belakang, tapi awak boleh lihat mulut dia berkata, "Kenapa?" Kemudian Private jatuh ke atas tanah dan dia memercikan darah dan mengerikan. Ini secara emosinya memberi kesan kepada saya, kerana Private salah satu karakter kegemaran saya. Kemudian, ia tayangkan imej yang menghantui saya selamanya...
Skipper, Rico, Kowalski, Private, Raja Julien, dan Marlene mempunyai mata yang menyeramkan kecuali Raja Julien yang mempunyai mata gelap habis. Gambar tu berwarna merah, begitu merah darah.
Kemudian dia cut pada statik selama 5 minit. Kemudian dia cut pada Skipper di babak yang sama seperti di permulaan tadi tapi kali ini ada kertas dan pensel. Dia kemudian ambil kertas dan pensel dan pergi ke meja dia.
Skipper menangis sambil dia tulis:
"Tanpa Rico, Kowalski dan Private, aku dah tiada apa dalam hidup aku. Aku minta maaf kerana melukakan sesiapa kerana melakukan ini, tapi rakan seperjuangan aku dah mati. Selamat tinggal dunia..."
Skipper kemudian menangis lagi dan kamera tiba2 pusing ke arah lain untuk tunjukkan pistol. Skipper kemudian ambil pistol tu dan hala pada leher dia dan berdiri di atas bangku. Dia tembak dirinya dan dia rebah. Kamera tunjukkan mayat dia dengan begitu banyak darah selama lebih kurang 2 minit.
Credits kemudian keluar, tapi daripada tema normal, ianya sunyi. Satu-satunya teks yang ada berkata "Written by Tom McGrath and Eric Darnell"
Saya begitu terkejut tentang apa yang saya dah lihat. Selepas itu, browser saya berhenti berfunsi jadi saya terpaksa buka semula dan pergi ke website yang sama tadi di mana saya dah menonton episode itu tapi ianya dah dibuang. Saya kemudian dapat satu email daripada Tom McGrath dan Eric Darnell berkata yang episode ini dicipta oleh seorang pekerja di DreamWorks yang ditangkap kerana mencipta episode ini dan dipecat.
Jika awak ada jumpa website yang ada lost episode The Penguins of Madagascar, jangan tonton episode tu.
In the end...Macam lost episode kartun lain, dia mesti berakhir dengan kematian. Ianya begitu seram sehinggakan author rasa mungkin author boleh bayangkan jalan cerita dalam episode tu. Cerita dia pasal lost episode ni, rasa macam real laa...Kenapa laa Private juga mati, dia pun watak favourite author juga...Pendek, comel, baik, peramah, kadang2 mudah kena prank dengan Skipper, haha...
YOU ARE READING
Creepypasta Malay Version(Lost Episode)
Misterio / SuspensoSebelum korang tekan butang read, author nak bagitau awal2. Buku ni cuma ceritakan tentang semua episode cerita kartun yg hilang & x pernah ditayangkan di tv, dan juga kalau author nak, author akan post sekali urban legends & misteri2 yg ada di selu...