Kelihatan pula seorang perempuan yang berpakaian baju kurung pulang ke rumah sambil memberikan salam.
"Selamat petang, boleh saya tahu kamu ni siapa?" tanya perempuan tersebut.
"Oh, kami ni merupakan ahli Skuad Tiga Bintang, tujuan kami ke sini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kematian Irdina. Boleh kami mengetahui nama awak?" kali ini Sarah bertanya.
"Nama saya ialah Mysara, ini ialah adik saya Mariah."
"Irdina masih hidup ke?" tanya John kepada Mysara.
Terkejut Mysara apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Inspektor John.
"Bukankah, dia telah dibunuh dengan kejam dan berita tersebut sudah pun tersebar di media massa," jawab Mysara.
"Tujuan dia tanya soalan ini sebab adik awak kata Irdina sedang mandi, so itulah kami pun keliru," jawab Previn.
"Sebenarnya adik saya ini, ada masalah otak sikit, iaitu Schizophrenia, ia merupakan mental disorder. Dia selalunya berhalusinasi, melihat dan mendengar sesuatu yang tidak boleh dilihat dan didengari oleh seorang manusia biasa." jawab Mysara dengan nada yang sedih.
"Oh begitu rupanya, boleh kami mengetahui apa yang berlaku kepada Irdina senalam?"
"Sebenarnya semalam lebih kurang pukul 5.00 petang Irdina dan teman lelakinya break up sebab ada misunderstanding between mereka. Pastu Irdina cakap dengan saya yang dia hendak pulang ke rumah dan memohon maaf kepada ibu bapanya kerana dia tidak mendengar nasihat mereka dan lari dari rumah. Then pagi ini kami mendapat berita kematian Irdina," jawab Mysara.
"Ada tak telefon bimbitnya?" tanya Previn.
"Semalam selepas break up, dia membaling telefonnya ke dinding dan telefonnya pecah," kata Mysara.
"Kalau macam tu ada tak apa-apa yang dia cakap sebelum keluar?" tanya John pula.
"Dia cakap nak pergi ke kedai mamak untuk beli makanan. Lepas itu, dia tak balik pun," katanya.
"Baiklah, terima kasih kerana sudi untuk berkongsi sedikit maklumat bagi memudahkan kes ini," kata Sarah.
_______________________________Dalam perjalanan pulang ke pejabat, tiba-tiba telefon Sarah berdering.
Kring!!! Kring!!!! Kring!!!
"Siapa pula ni nak call aku pada masa ini," keluh Sarah sambil mengeluarkan telefonnya daripada poket seluarnya.
Sarah menjawab panggilan telefon tersebut. Setelah itu, dia menyuruh Previn untuk ke pejabat dengan segera.
"Kenapa wei, siapa yang call tu?" tanya John apabila melihat reaksi Sarah.
"Entahlah, emak aku suruh aku pulang ke rumah dengan awal. Aku tanya kenapa, dia cakap saspens," kata Sarah.
"So malam ni, tak jadilah nak buat operasi?" kata John.
"Korang dua buatlah," jawab Sarah.
"Sorry ye, malam ni aku nak gi tengok wayang dengan awek aku so jangan nak disturb aku lah wei. Kita tangguhkan je lah."
"Korang tak risau ke nanti kita kena marah dengan pihak atasan dan juga dikutuk oleh masyarakat?" tanya John apabila melihat Previn yang makin sibuk dengan girlfriendnya tu.
"Tunggu jelah, aku sah pembunuh tu akan bunuh seorang lagi esok, mungkin kita boleh dapat klu daripada pembunuhan tersebut," jawab Previn dengan bersemangat.
YOU ARE READING
KEJAM
Mystery / ThrillerApa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM da...