Adakah Skuad Tiga Bintang dan juga pihak polis yang lain dapat menyelamatkan Vinnie dalam masa yang singkat? debaran tersebut kelihatan pada muka Skuad Tiga Bintang dan juga pihak polis yang lain.
Pada masa yang sama, detikan saat pada bom digital tersebut semakin berkurangan. Previn masih belum mengalah walaupun rakan-rakannya malarangnya untuk menyelamatkan Vinnie kerana masa tinggal lagi 7 saat.
"Wei, jangan nak buat kerja bodohlah. Cepatlah datang sini," jerit John kerana dia tidak mahu rakannya terkorban dalam letupan tersebut.
Tanpa membuang masa Previn mengambil sebiji batu besar lalu menghentak pada cermin kereta tersebut beberapa kali. Akhirnya dia dapat memecahkan cermin kereta tersebut tetapi masa masih lagi tinggal 3 saat.
Namun begitu, Previn tidak menyelamatkan Vinnie dan meninggalkan kereta tersebut.
Letupan bom tersebut menggegarkan kawasan tersebut. Bunyi letupan tersebut ibarat halilintar membelah bumi. Kepungan asap mula menutupi kawasan tersebut. Nasib baik tiada kawasan perumahan di kawasan tersebut. Kalau tidak banyak nyawa mungkin terkorban.
Previn menghadapi kecederaan ringan pada kaki, tangan dan juga kepala disebabkan oleh letupan tersebut.
Pihak ambulans sedang sibuk merawat beberapa pihak polis yang menghadapi kecederaan manakala pihak bomba sedang memadamkan memadamkan api pada kereta tersebut.
Pihak polis masih belum mengalah, mereka sedang cuba untuk mendapatkan bukti dari kawasan tersebut.
"Inspektor Previn, kami dah bertungkus - lumus untuk mencari bukti tetapi tidak berjaya kerana semuanya sudah pun terbakar. Malah badan Vinnie pun sudah hangus disebabkan oleh letupan tersebut," kata salah seorang polis yang bertugas di kawasan tersebut.
"Baiklah," jawab Previn dengan ringkas.
"Tapi tuan, kami ada jumpa cincin diamond milik Vinnie," kata polis tersebut lalu menghulurkan cincin tersebut kepada Previn.
Setelah letupan tersebut Previn tidak pun mengugurkan sebutir air mata sebagai tanda kasih sayang terhadap Vinnie.
_________________________________
Di dalam pejabat setelah letupan tersebut.
"Wei, kenapa kau tak tarik keluar Vinnie je?" tanya Sarah.
Previn tidak menjawab soalan tersebut walaupun Sarah tanya soalan tersebut berkali-kali.
"Kenapa dengan kau ni? Bisu ke?" tanya John.
"Kebenaran tidak boleh didedahkan," jawab Previn sambil memberikan senyuman yang sinis kepada rakan-rakannya.
"Kau ke yang bunuh semua orang tu?" tanya Rueben dengan suara yang garang.
"Hahaha," gelak Previn lalu menutup fail kes tersebut.
Walaupun mereka mensyaki Previn tetapi mereka tidak boleh menuduhnya kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan dia terlibat dalam pembunuhan tersebut.
____________________________
Kes tersebut telah pun dibawa ke mahkamah beberapa kali tetapi sesiapa pun tidak dapat memberikan bukti yang kukuh berkaitan dengan pembunuh tersebut.
Akhirnya setelah setahun, pihak mahkamah dan juga pihak atasan bersetuju untuk menutup kes tersebut kerana kes ini hanya membazirkan masa sahaja dan kes tersebut kekal misteri.
_____________________________
"Wei, dah setahun kes pembunuhan tersebut," kata Previn.
"Memang pun. Kes tu pun dah tutup. Entahlah siapa pembunuh tersebut?" jawab Sarah yang teringin untuk mengetahui siapa pembunuh tersebut.
"Sudah lah tu. Dah habislah kes tu," sampuk John.
"Nah ini kad jemputan bagi perkahwinan aku," tambah John lalu menghulurkan kad tersebut kepada Previn dan Sarah.
"Siapa pengantin perempuan tu?" tanya Previn sebelum membaca kandungan pada kad jemputan tersebut.
"Nurin Nadia lah. Jangan lupa untuk datang ke perkahwinan aku pada bulan depan," jawab John.
"Jap..Jap..Jap...Aku pun nak bagi kad jemputan bagi perkahwinan aku," kata Sarah.
"Ahh, peliklah korang ni," kata Previn sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Nah ini kad jemputan aku. Perkahwinan ni pada bulan depan juga selepas seminggu perkahwinan John. Jodoh bagi aku ialah Irfan," kata Sarah dengan bangga.
"Wow, hebat giler korang ni. Dalam masa setahun dah maju," sindir Previn.
"Kau macam mana? Masih lagi nak Vinnie ke?" tanya John.
Previn tidak menjawab sepatah perkataan pun.
"Come on lah Vin, carilah yang lain," jawab Sarah.
Previn hanya membisu sambil membelek-belek cincin diamond tersebut.
"Hahaha," gelak Previn apabila mendengar pendapat rakan-rakannya.
YOU ARE READING
KEJAM
Mystery / ThrillerApa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM da...