BAB 5 : SUSPEK

1.4K 54 17
                                    

"Emak aku call," kata Sarah.

"Kenapa wei?" tanya Previn.

"Nadjmi dibunuh dan badannya  ditemui di Wawasan 3," jawab Sarah.

"Biar betul, dia dah mati. Wei Sarah, kau gembira ke atau sedih?" tanya Previn.

"Mestilah wei aku gembira buat apa aku nak sedih."

"Jom lah, kita gerak ke kawasan kejadian. Dah lah tu ni pembunuhan yang ketiga," ajak Previn.

Kawasan pembunuhan tersebut terletak jauh daripada pejabat mereka. Oleh itu, perjalanan ke kawasan kejadian memerlukan lebih kurang 30 minit.

"Wei tengok ni dalam Facebook, ada orang kutuk kita. Mereka cakap kita belum lagi mature lah dan kes ini  harus diberikan kepada pihak atasan," kata John.

"Manusia ini memang, selalu suka sangat kutuk orang. Boleh juga dikatakan lebih kurang 60% manusia di bumi ini suka sangat cakap buruk pasal orang lain, ini ialah past time mereka," jawab Sarah.

"Alah, biar je lah. Suruh orang yang komen tu baca surat khabar Berita Harian, hari ini punya, muka surat 20," kata Previn.

"Ada apa wei dalam muka surat tu?" tanya John.

"Korang ni umpama katak di bawah tempurung lah. Lebih kurang 5 orang pegawai polis atasan telah diberkas oleh SPRM kerana mereka telah menerima rasuah untuk menutup kes pembunuhan Encik Razali. Aku sah kalau kes ini pergi ke tangan pihak atasan sudah tentu kes ini akan diabaikan. Lagi baik kita uruskan dengan sendiri walaupun kita dikutuk oleh masyarakat."

Previn sedang memikirkan sesuatu untuk diberitahu kepada John dan Sarah.

"Wei aku tahu apa yang kau fikirkan tu. Kau sedang fikirkan kata - kata hikmat atau qoutes kan. Betul kan?" Sarah seolah-olah dapat membaca kandungan yang terdapat dalam minda rakannya tu.

"Betul tu, macam mana kau tahu?" tanya Previn.

"Aku kenal kau dan John lebih kurang 3 tahun. Aku dah muak dengar quotes korang tu. Boleh tak korang kurangkan penggunaan quotes tu?" tanya Sarah.

"Okay lah, aku try lah. Kadang-kala quotes ini boleh menjadi pemangkin semangat ketika mood aku down," jawab Previn.

_________________________________

Skuad Tiga Bintang sudah pun tiba ke kawasan kejadian. Kelihatan pula ibu bapa Sarah berada di kawasan tersebut. Polis bantuan juga telah menghalau dan menyita kawasan tersebut. Seperti biasa Previn mengeluarkan kameranya untuk menangkap gambar manakala John dan Sarah pula cuba untuk mendapatkan keterangan daripada penduduk di kawasan tersebut.

"Kesian kan Nadjmi tu? Siapa lah yang bunuh dia tu?" tanya Previn.

"Kesian tu memang kesian. Tapi aku pun tak tahulah siapa yang bunuh dia tu," jawab Sarah.

"Ada tak dapat apa-apa maklumat  daripada penduduk?" tanya Previn.

"Seperti biasa lah. Tak de apa-apa pun," keluh John.

"Ada jumpa surat ugutan tak?" tanya Sarah kepada Previn.

"Ada. Nak bacalah."

Kepada : Pihak Polis

Hahahaha. Orang ketiga sudah pun dibunuh. Tinggal lagi dua orang untuk diseksa. Apa perasaan kau Sarah? Gembira? Sedih? INGAT...
Pelanduk sentiasa lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk.
KEKEJAMAN INI JUGA ADA KONFLIKNYA YANG TERSEMBUNYI.

                              Daripada : Killer

"Macam mana dia tahu yang aku tak suka si Nadjmi tu. Aku rasa killer tu ada dekat dengan kita dan dia juga sering memantau kita," jawab Sarah.

KEJAMWhere stories live. Discover now