"Baik, aku tak kan buat laporan polis. So apa yang perlu aku buat sekarang?" tanya Vinnie.
"Cepat keluar dari hospital dan berjalan ke kedai yang bertentangan dengan hospital tu. Faham tak?"
"Okay aku faham," Vinnie hanya dapat mengikut arahan yang diberikan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali itu.
Vinnie yang baru sahaja tamat kerjanya terus bergegas ke tempat yang disuruh.
"Jalan tu cepat sikit. Jangan nak terhegeh - hegeh," marah suara yang tidak dikenali tersebut melalui panggilan telefon.
"Aku dah sampai ke tempat yang kau suruh," jawab Vinnie.
"Aku tahu. Tunggu dekat sana. Ada seorang akan berikan kau sebuah beg galas."
"Ada apa dalam beg tu?" tanya Vinnie yang berasa tertekan dan juga takut jika terdapat barang seperti dadah ataupun sebaliknya di dalam beg tersebut.
"Kau jangan nak banyak soal. Buat apa yang aku suruh. Jangan nak buka beg tersebut." jawab suara tersebut.
Kelihatan seorang lelaki yang memakai topeng muka mendekati Vinnie dan juga menyerah sebuah beg galas kepadanya.
"Sekarang cepat bergerak ke bus station di depan tu,"
"Ok," jawab Vinnie dengan simple.
Nasib baiklah cuaca pada petang itu tidak begitu panas seperti api di dalam neraka. Angin yang bertiup sepoi-sepoi menyebabkan suasana di stesen bas tersebut seolah-olah di tepi pantai. Terdapat juga daun-daun yang berwarna coklat berguguran di sekeliling stesen tersebut.
Setelah Vinnie sampai ke stesen bas tersebut, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
"Kringg!! Kringg!!!"
"Ambil parcel yang ditinggalkan oleh lelaki tu dan jalan dengan cepat menuju ke sebuah kedai bunga di hadapan tu."
"Buat apa aku nak nak ambil parcel tu, ada apa dalam tu?" tanya Vinnie dengan nada yang garang.
"Buat apa yang disuruh. Jangan nak cuba melawan aku. Nyawa kau ada dalam tangan aku. Faham tak?" suara yang tidak dikenali itu mula meninggikan nadanya.
"Aku faham lah," Vinnie cuba memberanikan dirinya.
Vinnie segera mengambil parcel tersebut lalu berjalan tanpa menoleh ke belakang kerana takut disyaki mencuri.
"Jangan nak tunjuk perangai kau tu dekat aku. Jangan nak buka benda tu. Sekarang aku nak kau terus berjalan dan berdiri di bawah sebatang pokok yang terletak di sebelah kiri kedai bunga tu."
"Ok," jawab Vinnie walaupun dia tahu bahawa perbuatan ini memang salah. Dia juga dapat mengetahui bahawa nyawanya ibarat telur di hujung tanduk jika tidak melakukan apa yang disuruh.
Kelihatan pula seorang pemuda lelaki yang berjalan menuju ke arah Vinnie yang sedang menunggu di bawah pokok tersebut.
"Nak, ambil benda ini dan pergi dari sini," kata pemuda tersebut sambil menghulurkan sebuah parcel yang dibaluti dengan kertas yang berwarna merah.
Telefon Vinnie berdering sekali lagi. Dia syak orang yang menelefonnya kali ini ialah orang yang sama.
"Baiklah, sekarang aku nak kau pergi ke apartment Sri Begonia. Blok A, tingkat 8, rumah bernombor 24. Cepat, sebelum polis tangkap kau," kata lelaki tersebut.
"Buat apa polis nak tangkap aku? Apa yang aku buat?" tanya Vinnie dengan tegas dan juga hairan.
"Hahaha, ini hanya permainan aku. Jumpa kau kat apartment tu."
Vinnie yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang ni sama ada menelefon polis ataupun pun mengikut arahan yang diberikan oleh suara tersebut.
Vinnie berasa serba salah untuk melaporkan masalah ini kepada polis kerana takut dia pula yang akan dipersalahkan. Malah dia juga memiliki sebuah beg galas dan juga dua buah parcel, tanpa mengetahui kandungannya.
Setelah berfikir masak-masak, Vinnie bercadang untuk mengikut arahan yang diberikan oleh lelaki tersebut.
______________________________
"Apartment apa ni, pondok pengawal pun kosong. Sampah pun bertaburan," Vinnie bermonolog dalaman apabila melihat keadaan apartment yang kotor.
Jantung Vinnie berdebar-debar memikirkan apa yang akan berlaku kepada dirinya. Adakah dia akan dibunuh atau sebaliknya?
"Ahh penatnya nak naik ini, masih ada lagi 4 tingkat untuk dinaiki," keluh Vinnie.
Rambut, badan dan juga pakaian Vinnie dibasahi oleh peluhnya. Kadar pernafasan dan juga kadar nadinya meningkat secara mendadak. Kesemua barang yang diambilnya itu dipegang erat pada tangannya.
Setelah beberapa minit, akhirnya Vinnie berjaya sampai ke tempat yang disuruh oleh suara misteri tersebut.
Vinnie segera menekan loceng pintu tersebut untuk beberapa kali.
"Hello, ada sesiapa tak kat rumah ni," jerit Vinnie dari luar rumah tersebut.
Tiba-tiba pintu rumah tersebut terbuka dengan sendiri dan Vinnie juga mendengar sebuah suara yang menjemputnya untuk masuk ke dalam rumah tersebut.
"Siapa kau ni? Aku tak kan masuk," kata Vinnie.
"Kau tak faham bahasa ke. Aku suruh kau masuk. Masuk jelah. Jangan nak tunjuk perangai kau tu kat sini," suara tersebut memarahi Vinnie.
Tiba-tiba dua orang pemuda yang dijumpai oleh Vinnie sebentar tadi sedang berdiri di belakangnya. Mereka telah menolaknya masuk ke dalam rumah tersebut.
Setelah Vinnie ditolak masuk ke dalam rumah tersebut. Pintu rumah tersebut ditutup dan juga dikunci.
"Siapa korang ni? Apa yang korang nak daripada aku? Kalau berani datang depan akulah. Pondan,pengecut,syaitan," tengking Vinnie sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Vinnie tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan di dalam rumah tersebut gelap-gelita kerana lampu tidak dihidupkan.
"Kau nak tahu siapa aku?" tanya suara tersebut.
"Aku memang nak tahu siapa kau ni dan apa yang kau nak buat pada aku," jawab Vinnie.
Tiba-tiba sebuah lampu neon yang terletak di hujung rumah tersebut bernyala. Kelihatan seorang lelaki yang sedang berdiri sambil memegang pisau.
"Ahhhh, kau ni Previn kan. Apa yang kau buat ni?" tanya Vinnie.
YOU ARE READING
KEJAM
Mystery / ThrillerApa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM da...