"Hahaha," gelak Previn apabila mendengar pendapat rakan-rakannya.
"Dia akan kembali," jawab Previn.
"Kau ni jangan main-main lah. Apa yang kau buat dekat dia?" tanya John.
"Hari tu kan kau boleh selamatkan dia tapi kenapa kau biarkan dia macam itu. Kenapa dengan kau ni? Cakap lah wei. Kes ni kan dah tutup," tanya Sarah kerana dia pasti Previn tahu jawapannya.
"Aku tak buat apa-apa," jawab Previn dengan ringkas.
"Then, tak kan Vinnie yang bunuh mereka tu dengan kejam?" tanya lagi Sarah.
"Ya," jawab Previn.
"Biar betul! Kenapa dia nak bunuh mereka tu?" tanya John pula.
"Tulah aku pun pening. Tapi aku sah pembunuh tu Vinnie," jawab Previn dengan confident.
"Macam mana kau tahu dia yang bunuh tu?" tanya lagi Sarah.
"Aku ada jumpa rambut yang berwarna perang pada badan Aina. Pastu aku serahkan rambut tersebut kepada pihak forensik," jawab Previn.
"Apa yang kau mengarut ni," kata John.
"Masa tu aku rasa rambut tu sama dengan rambut Vinnie. Nasib baik aku dapat jumpa rambut Vinnie kerana aku pernah curi sikat Vinnie suatu masa dahulu," kata Previn.
"Ahh, kenapa kau curi sikat dia?" tanya Sarah.
"Biasalah wei, aku curi tu sebagai kenangan je. Then, DNA bagi kedua-kedua sampel rambut tersebut sepadan. Pada masuk tu, aku hanya dapat membuat andaian yang Vinnie masih berada dalam pegangan pembunuh tersebut," jawab Previn.
"Pastu?" sampuk John.
"So pada hari tu setelah aku memecahkan cermin kereta tersebut. Dalam kereta tersebut tu bukannya Vinne," kata Previn.
"Ahh, siapa pula tu dalam kereta tersebut?" tanya Sarah dengan curious.
"Tu ialah manusia rekaan sahaja. Aku dah buat research tentang benda tersebut. Proses untuk membuat manusia tersebut sama seperti proses pembuatan robot tetapi dengan menggunakan kulit badan manusia yang sebenar," jawab Previn.
"Macam mana kau tahu dalam kereta tu bukannya Vinnie?" banyak persoalan yang muncul dalam minda rakan-rakannya.
"Sebenarnya pada tangan kanan Vinnie tu ada birth mark. Tapi pada masa tu tanda sebarang tanda pun. Lagipun, benda tu tak bernafas. So, aku larilah dari kawasan tersebut. Pastu pada hari tu semasa aku memeriksa biodata Vinnie, aku dapat mengetahui yang Vinnie mempunyai seorang kembar iaitu Hannah. Then, aku syak Vinnie juga terlibat dalam kes ini," jawab Previn sambil mengenang peristiwa tahun lepas.
Tiba-tiba telefon Previn berdering.
Kring! Kring! Kring!
"Hello, siapa ni?"
"Previn, aku nak kau, John dan Sarah datang ke sebuah rumah banglo di sebelah Sekolah Kebangsaan Taman Sri Puchong dengan segera," jawab suara tersebut lalu mematikan panggilan tersebut.
Mereka bertiga segera ke banglo tersebut dengan anggapan mereka akan mendapat sebuah kes misteri yang baharu.
Setelah tiba di banglo tersebut, mereka segera masuk ke dalam rumah besar tersebut kerana pintu banglo tersebut terbuka dengan luas.
Banglo tersebut lebih dikenali sebagai banglo berhantu kerana tiada sesiapa pun yang tinggal di dalam banglo tersebut selama 20 tahun. Lebih-lebih lagi, ramai netizen mengatakan bahawa pada waktu malam terdapat hantu dan beberapa orang pernah pengsan semasa memasang kamera pengintip untuk mengetahui apa yang terdapat dalam rumah tersebut.
"Seram doh. Rumah ni," kata Previn.
"Tulah, petang cam ni pun seram apatah lagi pada waktu malam," tambah Sarah.
"Apa yang perlu kita buat sekarang ni. Adakah ini sejenis perangkap bagi kita?" John mengeluarkan pendapatnya.
Tiba-tiba telefon Previn berdering sekali lagi.
"Previn, aku nak kau untuk menolak rak buku tu. Pastu, tekan 2407," seperti tadi suara tersebut segera mematikan panggilan tersebut.
"Wow, hebat gila tempat ini! Tak sangka dalam rumah usang ini ada tempat sebegini," kata Previn setelah menaip kata laluan tersebut.
Bilik tersebut lebih dikenali sebagai kamar rahsia kerana di dalam bilik tersebut terdapat segala peralatan yang berkaitan dengan robotik, teknologi dan juga perubatan.
"Hei, tu Vinnie lah," jerit Previn setelah melihat seorang gadis yang berdiri di sebelah kanan jendela.
"Memanglah wei tu Vinnie," kata Sarah dan John serentak.
"Kau belum mati lagi ke?" tanya Sarah dengan segera sebelum Previn bersuara.
"Apa yang Previn cakap tadi adalah benar. Aku lah pembunuh kejam tersebut," jawab Vinnie dengan spontan.
"What," Sarah tinggikan suaranya.
YOU ARE READING
KEJAM
Mystery / ThrillerApa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM da...