BAB 9 : VINCENT

1.2K 49 8
                                    

Nasib baiklah John yang sedang berdiri di belakang Previn berjaya melepaskan beberapa tembakan ke atas sebatang pokok bagi mengalihkan perhatian Previn yang ingin membunuh diri.

"Wei Previn kau bodoh ke nak bunuh diri," tengking John.

Previn hanya membisu sahaja.

"Guna otak lah sikit. Kita kena tangkap pembunuh tu bukannya kita kena give up," kata Sarah.

"Tapi aku takut lah kalau dia buat apa-apa kat Vinnie dan semua ini tercetus disebabkan oleh aku," jawab Previn dengan nada yang sedih.

"Yang lepas itu jangan risaulah. Itu bukannya salah kau pun. Aku nak kau kembali normal dan fikir cara untuk menangkap pembunuh tu," Sarah cuba untuk memberi motivasi kepada rakannya.

"Tulah, kau jangan nak buat benda bodoh- bodoh lagi. Kita ni nak Skuad Tiga Bintang. No emotion, no sentiment only action," jawab John.

"Okay lah, terima kasih banyak-banyak kerana memberi aku kata-kata motivasi dan juga selamatkan aku daripada membuat tindakan yang bodoh."

Previn menyimpan semula pistolnya ke dalam sarung pistol lalu mengelap air matanya.

"Aku sah malam ini dia akan culik Aina. Aku tak kesah malam ini aku nak juga tangkap pembunuh tu," kata Previn dengan semangat yang terkobar-kobar.

"Macam tulah kawan. Kita kena tunjukkan keberanian walaupun kita takut," kata Sarah.

"So sekarang kita nak ke mana?" tanya John.

"Aku rasa nak gi ke rumah Vinnie dan juga berjumpa dengan rakannya," kata Previn.

"Kalau macam itu, aku dan John akan ke hospital untuk mendapatkan laporan pembunuhan dan pergi ke hotel," jawab Sarah.

"Baiklah, kita jumpa kat hotel nanti dan cakap dekat Inspektor Imran untuk jaga keselamatan di hotel tersebut," kata Previn.

_________________________________

Previn ke rumah Vinnie iaitu di tingkat 5, blok A, apartment Seri Kembangan.

"Selamat pagi pak cik guard, boleh saya tahu bila Vinnie keluar dari rumahnya?" tanya Previn.

"Vinnie yang doktor tu ke?" tanya pak cik guard tersebut untuk mendapatkan kepastian.

"Ahh, betul tu," jawab Previn dengan simple.

"Semalam pagi dia keluar untuk kerja dan sampai sekarang dia belum balik lagi," kata guard tersebut.

"Dia tinggal kat rumah sewa atau sendiri?" tanya Previn.

"Tak silap saya dia tinggal kat rumah sewa," jawab lelaki tersebut sambil mencari maklumat daripada sebuah komputer.

Pak cik guard tersebut membawa Previn ke rumah Vinnie. Kelihatan pula pintu rumah tersebut dikunci dari luar.

"Terima kasih pak cik kalau Vinnie ada pulang ke rumah tolong call saya," kata Previn lalu meninggalkan apartment tersebut.

_________________________________

Previn pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), merupakan hospital di mana Vinnie bekerja.

Kelihatan pula keretanya yang berwarna merah terletak di tempat letak kereta kakitangan.

Previn menelefon rakan Vinnie yang bernama Reykal, dia yang memberi cadangan untuk menyambut hari lahir Vinnie di apartmentnya. Previn memintanya untuk ke kafeteria kerana mempunyai perkara yang penting perlu dibincangkan.

KEJAMWhere stories live. Discover now