Previn berasa sangat sedih seolah-olah ingin menangis dan juga marah terhadap pembunuh tersebut setelah membaca isi kandungan surat tersebut.
Sarah yang melihat reaksi Previn terus bergegas ke arahnya untuk mengetahui kandungan surat tersebut.
"Wei apa yang terdapat dalam surat tu?" tanya Sarah.
"Bacalah," jawab Previn sambil menghulurkan surat tersebut kepada Sarah.
Kepada : Pihak polis
Lima hari sudah pun berlalu, aku sudah pun menggegarkan kawasan ini dengan lima pembunuhan yang Kejam. Aku tahu korang tidak boleh menangkap aku. Hanya Tuhan sahaja yang boleh memberikan hukuman terhadap aku setelah aku mati. Seperti apa yang aku cakap, ini ialah pembunuhan terakhir yang aku lakukan.
Tiga orang lagi akan mati disebabkan oleh korang. Nantikan panggilan daripada aku. Kalau berani, selamatkan mereka dalam masa 5 minit setelah mendapat panggilan tersebut.
Kekejaman ini sudah pun mencapai tahap pengakhirannya.
Daripada : KEJAM
"Ahh, 3 orang lagi akan mati disebabkan oleh kita," kata Sarah dengan nada yang terkejut.
Imran dan juga Rueben mendekati Sarah dan juga Previn untuk mengetahui kandungan surat tersebut.
"Apa 3 kematian lagi akan berlaku?" keluh Imran setelah membaca surat tersebut.
"Aku rasa kita perlu selamatkan ketiga-tiga orang tersebut setelah mendapat panggilan daripada pembunuh tersebut," kata Previn setelah berfikir panjang.
"Dalam masa 5 minit. Kalau tak mereka akan mati," tambah Rueben.
"Rueben kita boleh tak mengesan nombor panggilan pembunuh tu datang dari mana?" tanya Previn.
"Boleh, bila dia call tolong inform dekat aku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mengesan kedudukan panggilan tersebut," jawab Rueben.
Seperti biasa mayat tersebut di hantar ke Sunway Medical Centre untuk dibedah siasat.
Previn mengarahkan Sarah dan Imran untuk membawa ibu bapa Aina ke balai bagi membuat laporan.
Previn dan juga Rueben akan ke hospital tersebut bagi mendapatkan laporan bedah siasat daripada Dr. Sharaf.
________________________________
Kelihatan Dr. Sharaf berjalan menuju ke arah mereka sambil memegang laporan bedah siasatan Aina.
"Inspektor ini ialah laporan bedah siasat Gabriel, badannya dicincang dan juga dipotong sehingga menjadi bahagian kecil umpama memotong daging ayam," kata Dr. Sharaf.
"Ooo, maafkan saya doktor sebab hari itu saya lupa untuk mengambil laporan Gabriel," jawab Previn sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Macam mana pula dengan Aina?" tanya Rueben.
"Seperti biasa Aina dibunuh dengan kejam. Mangsa telah ditangkap serta digantung seperti huruf X, maknanya tanganya digari pada tiang dan kakinya juga digari pada tiang. Kemudian mangsa dibogelkan dan juga memaksa Aina untuk menghidu nitrous oxide," kata Dr. Sharaf.
YOU ARE READING
KEJAM
Mystery / ThrillerApa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM da...