"Siapa tu Inspektor Fuddin?" soalan ini masih berlegar-legar di dalam gawang minda Sarah, Imran dan Rueben.
Hanya seorang sahaja yang boleh menjawab soalan tersebut iaitu Inspektor Previn.
________________________________
"Imran mandu jip tu lajulah sikit. Kita dah lewat ni," kata Rueben.
"Susahlah wei, jalan raya ni bengkang - bengkong lah," jawab Imran dengan nada yang penat kerana jalan sebegini memerlukan kawalan stereng yang baik.
_______________________________
Skuad Tiga Bintang sudah pun tiba di Apartment Sri Kenanga. Kelihatan ramai polis bantuan dan juga ambulans serta penghuni apartment tersebut mengerumi blok A apartment tersebut.
_____________________________
"Cis, kita tak sempat nak selamatkan Inspektor Fuddin!" marah Previn sambil menendang tayar jipnya.
"Pihak polis yang berdekatan pun tak dapat nak selamatkan dia apatah pula kita," kata Sarah.
"Betul tu," support Rueben.
_____________________________
Ahli skuad tiga bintang berbincang dengan beberapa orang pihak polis yang lain untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Inspektor Fuddin.
_____________________________
"Encik, apa yang terjadi kepada Inspektor Fuddin?" tanya Imran kepada salah seorang pihak polis yang berada di dalam bilik tersebut.
"Setelah pihak kami menerima panggilan daripada Cik Sarah, kami bergegas ke apartment ini. Ketika pihak kami sedang menaiki tangga ke bilik Inspektor Fuddin, kami terdengar bunyi tembakan pistol," kata lelaki tersebut.
"Pastu?" sampuk Rueben.
"Setelah kami tiba di biliknya, kami mendapati dia telah pun membunuh dirinya dengan menembak kepalanya dengan menggunakan pistolnya,"tambah lelaki tersebut.
____________________________
"Siapa tu Inspektor Fuddin?" tanya Sarah sekali lagi kepada Previn.
"Sebenarnya Inspektor Fuddin merupakan salah seorang polis senior yang menyelesaikan masalah pembunuhan Hannah," jawab Previn.
"Maksudnya 5 pembunuhan tersebut, pembunuhan Dr Sharaf dan juga pembunuhan Inspektor Fuddin ada kaitan dengan kes inilah," Imran cuba untuk membuat andaian.
_____________________________
"Hati aku rasa macam lain lah hari ini," kata Previn.
"Kenapa pula?" tanya Sarah.
"Entahlah. Aku rasa orang ketiga yang akan mati ialah Vinnie. Aku rasa macam lain je dari tadi," tambah Previn.
"Mungkin kot," kata Imran.
________________________________
Setelah habis makan malam, Skuad Tiga Bintang bercadang untuk pulang ke rumah masing-masing. Tiba - tiba telefon Previn berdering.
"Vin, aku dah pulih. Esok aku boleh masuk kerja," jawab John.
"Biar betul. Cepatnya kau dah pulih. Jangan nak tipulah," kata Previn.
"Betul lah wei. Aku dah sihat," kata John.
"Okay," balas Previn lalu memutuskan panggilan tersebut.
___________________________
"Guys, esok John akan masuk kerja seperti biasa, so dalam skuad ni akan ada 5 orang," kata Previn.
"Okay boss," jawab mereka serentak.
________________________________
Jarum pada jam dinding pejabat Skuad Tiga Bintang tepat menunjukkan pukul 10.00 pagi. Previn, John, Sarah, Imran dan Rueben sedang menantikan panggilan misteri daripada pembunuh tersebut.
Kring!! Kring!! Kring!!
Telefon John berdering pula pada kali ini. John menjawab panggilan misteri tersebut.
"Hello, siapa ni?" tanya John.
"Kejam," jawab suara tersebut.
"Apa yang kau nak?" tanya John dengan suara kasar.
"Kalau berani pergi selamatkan Vinnie dalam masa 15 minit," jawab suara tersebut.
"Vinnie kat mana? Cakaplah dengan betul," John mula meninggikan suaranya.
"Sabarlah, tanya kat kawan kau tu di mana dia menyarungkan cincin diamond kepada Vinnie? Vinnie berada di dalam sebuah kereta lama," jawab suara tersebut lalu mematikan panggilan dengan John.
______________________________
"Apa dia cakap wei?" tanya Previn.
"Kita kena selamatkan Vinnie," jawab John.
"Kat mana?" sampuk Previn.
"Kat tempat kau sarungkan cincin Diamond kepada Vinnie," jawab John.
"Oh shit, aku hadiahkan cincin tu di tepi pantai," jawab Previn sambil mengambil kunci jip untuk bergegas ke tempat kejadian.
_________________________________
Di dalam jip tersebut Previn mengarahkan Sarah untuk menelefon balai polis yang berdekatan untuk ke kawasan tersebut dengan segera.
"Wei, takde pun balai polis yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Semuanya jauh," kata Sarah.
"Takpe. Just inform je," jawab Previn.
____________________________Previn memasang siren pada jipnya dan memandu jip tersebut dengan laju.
Skuad Tiga Bintang merupakan pasukan polis yang pertama tiba ke lokasi tersebut.
"Mana ada kereta terpakai kat sini," keluh Imran.
Akhirnya mereka terjumpa sebuah kereta merah yang lama di sebelah kawasan pantai tersebut.
Mereka masih tinggal lagi 3 minit untuk menyelamatkan Vinnie. Pada masa yang sama juga semua pasukan polis dari bahagian lain juga sudah pun tiba ke lokasi tersebut.
Skuad Tiga Bintang berlari ke arah kereta tersebut. Kelihatan tangan dan kaki Vinnie diikat dan mukanya di sarungkan dengan sebuah topeng singa. Vinne masih juga memakai gaun biru yang dibelikan oleh Previn ketika hari lahirnya.
Mereka bercadang untuk membuka pintu kereta tersebut. Previn menggunakan tenaganya untuk membuka pintu kereta tersebut berkali-kali tetapi tidak berjaya.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi detikan bom. Mereka terjumpa sebuah bom yang dipasang di dalam kereta tersebut. Bom tersebut mula berfungsi sebaik sahaja pintu kereta tersebut cuba untuk dibuka. Skuad Tiga Bintang dan juga pihak polis yang lain masih lagi tinggal 15 saat untuk menyelamatkan Vinnie kalau tidak bom tersebut akan meletup.
"Adakah Skuad Tiga Bintang dan juga pihak polis yang lain dapat menyelamatkan Vinnie dalam masa yang singkat?" debaran tersebut kelihatan pada muka Skuad Tiga Bintang dan juga pihak polis yang lain.
YOU ARE READING
KEJAM
Mystery / ThrillerApa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM da...