EPILOG

1.2K 41 18
                                    

"Sejak bila pula Previn yang memulakan kekejaman ini? Apa kaitannya dengan kes ini? Adakah dia ingin merahsiakan sesuatu daripada kita?" persoalan ini bermain-main di dalam gawang minda John dan juga Sarah.

"Hahaha," ketawa Previn terbahak-bahak melihat Vinnie.

John dan juga Sarah masih tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku.

Akhirnya sedas tembakan kedengaran di dalam kamar tersebut.

__________________________________

Pada keesokan harinya, jam pada dinding yang berwarna hijau cair itu menunjukkan 8.30 pagi. Kelihatan seorang lelaki yang berbadan sasa sedang tidur dengan lena di atas sofa yang terletak di ruang tamu.

Tiba-tiba telefon Previn yang terletak di atas meja berdering.

Kring! Kring! Kring!

Previn menjawab panggilan tersebut.

"Hey, kenapa kau tak datang kerja?" tanya Sarah.

"Aku takde mood lah sejak kejadian semalam tu. Aku nak ambil rest kat rumah. Lagipun aku ada banyak urusan kat luar," jawab Previn.

"Kau ada baca surat khabar hari ini tak?" tanya Sarah setelah mendengar penjelasan daripada Previn.

"Ah, kenapa pula? Aku baru je bangun dari tidur," jawab Previn sambil menguap.

"Cepat gi baca Berita Harian, muka surat 10. Aku sah kau akan terkejut," kata Sarah lalu mematikan panggilan tersebut.

Previn berjalan dengan laju ke luar rumahnya untuk mengambil surat khabar yang selalunya dihantar oleh  seorang penghantar surat khabar pada waktu pagi. Hanya orang yang melanggan surat khabar tersebut akan dihantar di hadapan rumahnya.

Previn dengan pantas membelek surat khabar tersebut ke muka surat 10.

Previn terkejut apabila membaca headline pada surat khabar tersebut. Dengan perlahan-lahan Previn menelan air liurnya manakala kedua-dua biji matanya terbeliak.

"VINNIE DITEMBAK MATI OLEH INSPEKTOR JOHN"

Previn menelefon Sarah setelah membaca kandungan artikel tersebut.

"Wei, sejak bila pula John yang membunuhnya. Tak masuk akal lah," kata Previn.

"Itu hanya aku, kau dan John je yang tahu. Orang kat luar tak tahu," jelas Sarah.

"Mana John?" tanya Previn.

"Jap, dia kat tepi aku je," kata Sarah lalu menghulurkan telefon pintarnya yang berwarna biru gelap kepada John yang sedang membelek laporan mingguan.

"Sejak bila pula kau yang bunuh Vinnie?" tanya Previn kepada John.

"Entahlah, pihak atasan yang suruh pemberita tu tulis macam tu," jawab John.

"Sakai lah pihak atasan tu. Kenapa dia nak bagi maklumat palsu pula," jawab Previn dengan nada suara yang garang.

"Entahlah, kan selepas kejadian tersebut kita dibawa ke hospital. Pada masa tulah seorang pihak atasan yang buat sidang media bagi pihak kita," kata John.

"Tak pelah. Biar aku gi jumpa dengan pihak atasan tu," kata Previn lalu mematikan panggilan tersebut.

Previn segera ke bilik air untuk bersiap sedia kerana dia ingin berjumpa dengan pihak atasan tersebut dengan segera.

_______________________________

Tepat pada pukul 10.00 pagi, Previn tiba di ibu pejabat.

Previn berjalan dengan pantas ke arah salah seorang pegawai polis yang bertugas di dalam pejabat tersebut.

"Selamat pagi tuan, bolehkan saya mengetahui siapakah yang membuat sidang media semalam?" tanya Previn.

"Selamat pagi, sidang media untuk apa ye?" tanya pegawai tersebut kerana semalam memang terdapat banyak sidang media yang dibuat oleh pihak atasan.

"Sidang media berkaitan dengan kejadian yang berlaku di banglo usang tersebut," jelas Previn.

"Saya rasa Encik Kamarudin yang buat sidang media tu," jawab pegawai polis tersebut.

Previn berjalan menuju ke arah bilik Encik Kamarudin lalu mengetuk pintu biliknya sambil meminta izin untuk masuk ke dalam biliknya.

"Ya. Silakan masuk," jawab pegawai atasan tersebut.

"Selamat pagi tuan. Saya Previn dari Skuad Tiga Bintang," kata Previn.

"Selamat pagi. Kenapa tiba-tiba je datang sini?" tanya Encik Kamarudin sambil menghirup air kopi yang panas.

"Kenapa tuan beri informasi yang salah kepada pemberita tu semalam?" tanya Previn dengan pantas.

"Apa yang salah dengan penjelasan aku tu."

"Tuan, bila masa pula John yang bunuh Vinnie?" tanya Previn sekali lagi.

"Biarkan jelah tu. Sekarang kes ni dah tutup dengan sepenuhnya," jelas Encik Kamarudin.

"Tapi tuan, menipu tu salah," Previn cuba untuk mempertahankan pendapatnya.

"Apa yang salah. Kau kena ingat pasal kes ni, maruah department ni rosak. Ramai netizen dan juga pihak polis daripada jabatan yang lain memandang rendah terhadap kita. Semua ni salah korang," jawab pegawai tersebut dengan nada suara yang tinggi.

"What, apa yang kami buat salah. Kami hanya menjalankan tugas yang diberikan dengan amanah," kata Previn.

"Kalau korang dah selesaikan kes ni dengan cepat. Aku tak perlu nak tipu dalam sidang media tu. At first, kata Vinnie dah mati. Tapi baru je dia mati. Biarkan kan jelah. Aku dah selesaikan kes ni. Lagipun minggu depan John dah nak kahwin. Nanti dia boleh dapat promotion," jelas pegawai atasan tersebut.

"Baik tuan, saya faham juga dengan keadaan tuan yang selalu mendapat tekanan daripada pihak yang lain," jawab Previn sambil menghulurkan tangannya untuk memberi salam.

"Baiklah. Maafkan saya jika saya ada menggunakan perkataaan yang tidak sepatutnya tadi," jawabnya sambil berjabat tangan dengan Previn.

Walaupun mereka sudah pun berjabat tangan tetapi Previn masih tidak sedap hati kerana dia syak sesuatu yang tidak kena mengena dalam kes ini.

_________________________________

Setelah tu, Previn menelefon Sarah dan juga John untuk memberitahu  perbualan antaranya dengan Encik Kamarudin.
__________________________

Tiada sesiapa pun yang datang untuk mengambil mayat Vinnie kerana dia merupakan seorang anak yatim piatu. Previn memanggil beberapa orang ustazah dan juga ustaz daripada sebuah masjid untuk menjalankan upacara tahlil di sebuah masjid.

________________________________

Setelah proses pengebumian tersebut, lebih kurang pukul 6.00 petang. Previn berbaring sebentar di sebelah tempat Vinnie ditanam sambil memandang awan yang berwarna biru dengan oren. Terukir wajah Vinnie yang cantik dengan selembar senyuman manis pada awam tersebut.

Air mata Previn mula berguguran di atas rumput yang segar. Previn terkenan akan detik-detik manis bersama dengan Vinnie. Setiap detik Previn bersama dengan Vinnie memberi banyak kegembiraan dan juga kebahagiaan kepada mereka. Siapa sangka pertembungan antara mereka akan berakhir dalam masa yang singkat.

"Vinnie maafkan aku, jika aku ada bagi kekurangan kepada kau," Previn bermonolog dalaman sambil mengeluarkan air mata yang datang dari hati yang ikhlas.

Banyak persoalan yang sedang  bermain-main di dalam gawang minda Previn.

"Aku berjanji atas kau untuk mencari kebenaran dalam pembunuhan ini," kata Previn sambil beredar dari kawasan tersebut.

Misteri pembunuhan ini akan terungkai dalam Kejam 2. Nantikan lah misi Previn dalam menyelesaikan kes misteri ini.

"KEKEJAMAN INI HANYA PERMULAAN"

KEJAMWhere stories live. Discover now