"Ah, kenapa pula ni?" Previn berasa keliru dan juga hairan.
"Dah pukul 7.00 ni, aku nak gi solat maghrib," jawab Sarah.
"Then, pergilah solat. John kan ada dengan kau, suruh dia jagalah," kata Previn.
"Masalahnya John keluar petang tadi. Katanya nak ambil duit tapi tak balik lagi," Sarah syak John yang terlibat dalam pembunuhan ini.
"Biar betul. Kami akan ke sana lebih kurang 5 minit lagi," jawab Previn lalu mematikan panggilan tersebut.
_______________________________
Setelah tiba di hotel tersebut Previn dan juga Imran bergegas ke tingkat 3 hotel tersebut yang menempatkan Aina.
"Mana pula si John ni," keluh Previn setelah mencarinya di sekitar hotel tersebut.
"Entahlah. Tadi dia cakap nak pergi bank tapi sampai sekarang tak jumpa pun batang hidung dia. Call pun tak jawab," kata Sarah.
Previn dan juga Sarah mensyaki sesuatu yang tidak kena mengena dengan John. Mereka berpendapatan bahawa John yang terlibat dalam pembunuhan ini.
"Kita biarkan jelah si John tu. Sekarang kita fokus pada Aina," Imran cuba memberikan pendapatnya.
"Baiklah," jawab Sarah.
"Sarah cam mana dengan Aina? Dia setuju tak?" tanya Previn.
"Dari tadi aku pujuk dia, baru je dia setuju dengan pandangan kita," jawab Sarah dengan nada yang sedih.
"Aku dah call Inspektor Rueben untuk memasukkan cip ke dalam badan Aina. Rasanya beberapa minit lagi dia akan sampai," tambah Sarah.
"Baiklah korang pergi lah bersihkan diri dan juga gi solat," Previn mengarahkan Sarah dan juga Imran untuk berbuat demikian.
_____________________________
Kelihatan Inspektor Rueben yang berpakaian segak berjalan ke arah Previn sambil membimbit sebuah beg yang mengandungi peralatan bagi memasukkan cip ke dalam badan Aina.
Previn memperkenalkan dirinya kepada Inspektor Rueben dan juga menceritakan kes pembunuhan yang kejam tersebut kepadanya.
"Baiklah aku perlu bertugas dengan korang pada malam ini untuk track cip tersebut jika berlaku apa-apa," kata Rueben.
Rueben dan juga Previn masuk ke dalam bilik Aina.
"Aina awak tak perlu risau sangat. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Tak sakit pun," Rueben cuba menenangkan gadis tersebut.
Rueben mengeluarkan segala peralatan yang dibawa olehnya lalu menyusunnya di atas meja.
"Kau nak masukkan cip tu ke dalam bahu Aina cam mana?" tanya Previn.
"Senang je. Sekarang kan dah moden. Aku gunakan laser untuk masukkan cip tersebut ke dalam badannya," jawab Rueben dengan mudah.
"Ooo macam itu rupanya, aku ingat kena potong kulit pastu kena jahit balik," kata Aina.
"Ehhh, takde lah. Itu kaedah lama," jawab Rueben.
Dalam beberapa minit sahaja Rueben sudah pun memasukkan cip tersebut ke dalam bahu Aina. Setelah itu, dia menggunakan telefon pintarnya untuk mengaktifkan cip tersebut.
"Canggih juga kaedah ni. Kau tak perlulah nak gunakan laptop untuk mengesan cip tersebut," jawab Previn.
"Yelah, telefon pintar ini direka khas untuk menjejaki cip ini. Lagi pun telefon pintar ini senang untuk dibawa ke mana-mana," kata Rueben dengan rasa bangga kerana kedatangan teknologi memudahkan tugasnya.
YOU ARE READING
KEJAM
Mystery / ThrillerApa lima orang dibunuh secara kejam? Siapakah yang membunuh kelima-lima orang tersebut? Apakah motif sebenar pembunuhan ini? Adakah pembunuhan ini untuk memberi pengajaran ataupun sebaliknya? Tuan saya ada jumpa sepucuk surat dengan tulisan KEJAM da...