BAB 18 : RAHSIA

1.2K 32 18
                                    

"What," Sarah tinggikan suaranya.

"Kenapa kau bunuh mereka?" John mula bersuara.

"Hannah. Pasal Hannah aku bunuh mereka berlima dan dua orang lagi tu ialah kes suicide," jawab Vinnie.

"Hannah tu adik kau kan? Apa jadi dengan dia?" tanya Previn.

"Apa yang Pn Shelly cakap pada hari itu adalah benar. Hannah memang pun dirogol dan juga dibakar oleh warga asing tetapi semuanya ialah master plan mereka berlima untuk membalas dendam terhadap kembar aku," jawab Vinnie.

"Kenapa mereka nak bunuh Hannah?" tanya Sarah.

"Semasa kami berdua 4 tahun, emak dan bapa kami meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya. Pastu, tiada sesiapa pun yang ingin menjaga kami berdua dan akhirnya kami ditempatkan di sebuah rumah anak yatim piatu. Kami berdua belajar bersama-sama sehingga tingkatan 4. Pastu, Hannah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 3 kerana sikap dia yang tegas, adil dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah menyebabkan ramai pelajar membencinya dan juga sanggup untuk menfitnah dan membawa pisau untuk membunuhnya tetapi berjaya diselamatkan oleh guru disiplin. Senario yang sama juga berlaku di sekolah baharunya," kata Vinnie.

"Buat baik pun masalah ke?" soal John.

"Sikap dia tu menyebabkan kelima-lima pelajar tersebut hilang tempat pertama dalam kelas, hilang kuasa untuk membuat apa-apa sahaja dan juga hilang pengaruh di sekolah tersebut. Mereka juga berpura-pura baik dengan adik aku."

"Macam mana mereka bunuh Hannah?" tanya Previn.

"Selepas SPM mereka berlima mengajak Hannah untuk menyambut hari lahir Syahmi bersama-sama. Semasa parti tersebut mereka masukkan dadah di dalam minumanya yang menyebabkan dia pengsan dan juga tidak bermaya. Lepas tu, mereka menjual Hannah kepada 5 orang warga asing tersebut untuk merogol dan juga mendera adik aku dengan teruk di hadapan mereka. Lastly, mereka membakar badan Hannah untuk menghilangkan bukti. Then mereka menuduh warga asing tersebut yang membunuh Hannah kepada pihak polis," kata Vinnie sambil menangis.

"Jap cam mana kau tahu mereka yang buat semua ini? Kan korang ni bukannya dari sekolah yang sama pun," tanya Sarah setelah berfikir panjang.

"Seperti mana Pn Shelly beritahu kepada korang setelah aku mendapati kembar aku dibunuh. Aku memang tidak percaya dengan laporan polis tersebut. Aku merayu kepada Inspektor Fuddin untuk mencari pembunuh yang sebenar tetapi dia menutup fail kes tersebut setelah menangkap 5 orang warga asing. Pada masa itu, aku hanya 18 tahun. Aku memang tidak dapat menerima kenyataan yang aku ni sebatang kara setelah pemergian adik kembar yang sangat rapat dengan aku. Aku sah dia tidak mudah terjebak dengan anasir luar dengan mudah. Aku mula menyiasat apa yang jadi pada dia," jawab Vinnie.

"Cam mana kau siasat?" sampuk John yang menantikan jawapan tersebut.

"Aku menghadapi trauma selama seminggu. Aku tak dapat tidur dengan betul kerana aku memang gila nak cari pembunuh itu. Ayat terakhir yang Hannah beritahu kepada aku sebelum pergi ke party tersebut ialah "kak saya nak gi ke rumah Syahmi untuk menyambut hari lahirnya." Aku cuba untuk mencari nombor telefon Syahmi tetapi tidak berjaya kerana aku tak kenal sesiapa pun dari sekolah Hannah. Akhirnya aku berjaya mendapatkan nombor telefon Syahmi dan juga rakan-rakannya setelah aku terjumpa sebuah diari milik Hannah di dalam almarinya," jelas Vinnie

Vinnie berhenti bercakap seketika kerana dia tidak mampu untuk menceritakan apa yang dilalui olehnya pada masa tersebut. Previn, John dan Sarah hanya membisu sahaja.

"Pastu aku menelefon Syahmi untuk mengetahui apa yang berlaku pada malam tu tetapi dia cakap yang Hannah tidak datang ke party di rumahnya. Aku sah aku tidak akan mendapat jawapan tersebut dengan mudah. So, aku mengambil 3 bulan untuk menghasilkan beberapa cip untuk mendengar apa yang orang lain sedang bercakap dengan menonton YouTube. Aku memasang cip tersebut pada 5 jam tangan lalu menghadiahkan jam tersebut kepada mereka berlima sebagai free gift daripada bekas guru sekolah menengah mereka. Aku dapat mengintip perbualan mereka setiap hari. Disebabkan aku menggunakan peralatan elektronik yang lama dan juga tidak canggih, cip tersebut hanya boleh berfungsi selama 3 hari sahaja so aku terpaksa mencari jalan lain untuk mendapatkan jawapan tersebut."

KEJAMWhere stories live. Discover now