BAB 1 🍀

3.6K 87 54
                                    

Imran mengemas rumah usang itu tekun. Sarapan yang masih panas diletakkan di atas meja lalu elok ditutup dengan tudung saji. Bilik tengah yang pintunya bertutup dia kuak perlahan. Sebatang tubuh kecil yang terbaring dia dekati. "Daniel. Bangun. Abang nak pergi kerja. Nanti makan sarapan tu. Siapkan kerja sekolah", dia cium pipi tembam berusia 8 tahun itu. Daniel angguk perlahan dalam keadaan mata yang tertutup. "Sarah pun. Makan nanti. Penat abang masak", dia elus pipi comel adiknya yang berumur 5 tahun. "Okey abang. Elok elok. Sarah sayang abang", dia mencium abangnya. Imran tersenyum manis, menampakkan lesung pipitnya.

"Kau ni Man, dah berapa lama kau tangguh benda ni, nak tunggu sampai Imam Mahdi turun ke nak pandu jalan hidup kau nih ?", mulutnya membebel. Aku tutup telingaku. "Diamlah, eii, aku bukan tak nak buat. Kau faham tak ini kali ketiga Prof tolak kertas kerja aku", aku garu kepalaku yang tak gatal. "Habis tu ? Kau nak berserah lah ? Tunggu je assignment tu jatuh dari langit", bebel Aidil. Aku mencebikkan bibirku. "Eei, aku ikat juga bibir kau tu", katanya geram. Aku melentokkan kepalaku ke meja. "Kata suruh buat sesuatu yang berkaitan dengan masalah sosial, aku buat pelacuran dia tolak, aku buat masalah sosial, dia tolak, yang baru ni aku buat ketagihan video lucah, pun dia tolak, nak apa sebenarnya ?", aku serabut. "Eii, tajuk kau tu cliche sangat. Cubalah yang lebih wow", katanya sambil menyedut air milo ke dalam mulutnya. Aku terkedu seketika. "Yes ! Aku dah tahu !", aku berdiri penuh bersemangat dan berjalan laju meninggalkan dia, "Hoi !", Aidil menjerit.

"Menarik", Prof Wan Sabrina membaca kertas kerjaku lama. Terukir senyum di wajahnya. "Bagus Luqman, akhirnya kamu muncul dengan idea yang lebih menarik. Baiklah, saya luluskan", dia menepuk bahuku. Aku tergelak kecil, "Syukur alhamdulillah ! Terima kasih Prof", mataku berair. Hahahaha. Emosi terlebih.

"Ketinggalan Pelajaran di Usia Muda Akibat Tekanan Ekonomi", Aidil tersenyum membaca tajuk kertas kerjaku. "Ini baru ada wow !", dia tepuk bahuku. Aku tergelak besar. "So ... Nak start macam mana ?", dia kerling aku lama. "Aku rancang nak hubungi mana mana NGO yang beri bantuan pada mereka yang kat Chow Kit atau tempat tempat macam tu, dan tanya samada aku boleh join sekali tak", aku hirup airku perlahan. Aidil termenung lama macam berfikir. "Aku kenal seorang ! Nanti aku kenalkan", dia tersengih. Aku anggukkan sahaja.

"Im, lambat kamu balik harini", Uncle Tan menegurnya. "Takpelah Uncle, banyak lagi kerja ni. Buah yang baru sampai pun saya tak angkat lagi", dia mengelap peluh di dahinya. "Sudahlah Im. Awak balik lah, kesian Aunty tengok awak kerja penat. Harini kita tutup kedai awal, Aunty sama Uncle nak pergi KL, uruskan sesuatu", Aunty Lee mengelap peluh di dahi Imran dengan tisu. Imran angguk perlahan sambil tersenyum. "Ambil lah buah yang Imran nak ya ? Jangan malu. Hadiah, Aunty beri pada adik adik awak. Ini upah harini", dia hulurkan beberapa not warna merah, "Aunty ... Banyak sangat ni", Imran segan. "Aiya, ambil lah Imran. Upah, sebab Im rajin. Ini bonus dari Aunty sama Uncle", Uncle Tan menepuk bahunya. Dia angguk perlahan. "Alhamdulillah. Terima kasih uncle, aunty", suaranya sebak. Mereka suami isteri tersenyum manis.

"Nah buah", Imran meletakkan buah di atas meja makan rumahnya. "Yeay abang dah balik !", Daniel memeluk abangnya erat. Begitu juga Sarah. "Adik adik abang dah siapkan kerja sekolah belum ?", dia mengelus pipi mereka penuh kasih. "Dah abang", jawab mereka serentak. "Bagus", katanya kepenatan. Badannya melekit dengan peluh. Dia mencapai tuala dan bergerak ke bilik mandi.

*****

"Kenapa ?", abang Fahrin memandang aku perlahan. "Tolong kami bang, abang kan aktif dalam aktiviti macam ni", aku merayu. "Jauhnya kamu datang. Dari fakulti sains sosial sampai fakulti vet", abang Fahrin tergelak besar. Aku dan Aidil hanya tersengih. "Boleh. Abang beri nombor kenalan abang eh ? Nama dia Yusri. Dia yang selalu ke tempat tempat macam kalian sebut tuh. Abang jarang jarang", katanya sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Aku mengintai. Comel je gambar wallpapernya, dia dan seorang jejaka kacak. Aish, bila lah aku nak ada. Aku termenung seketika. "Man, oi Man", Aidil mencuit aku. "Eh, maaf", aku tersentak. "Hahaha. Takpe. Nah", satu pesanan aku terima. Tertera nombor seseorang. "Terima kasih abang", aku tunduk. Dia tersenyum manis.

"Abang ...", Sarah memeluk Imran. "Ya ?", Imran elus pipinya. "Abang handsome tu tak datang ke malam ni ?", pipinya memerah. Imran tergelak besar. "Ohh, abang Yusri ke ? Entahlah sayang. Dah jarang dia datangkan ?", Imran elus pipinya. "Abang ! Jom turun bawah. Diorang kata abang Yusri datang bawa baju", Daniel menarik narik tangan Imran. Imran mengeluh perlahan kepenanatan namun cuba juga untuk tersenyum.

"Im, hai", Yusri melambai kecil. Imran melambai kembali. "Sarah, rindu abang tak ?", Yusri depakan tangannya. Sarah berlari memeluknya erat. "Rindu", katanya kuat. Yusri tergelak besar. "Eleh, gatal", Daniel mencemuh, aku dan Yusri tergelak besar. "Lama kau tak datang", Imran memandang dia lama. "Aku sibuk dekat Hospital, kalau dulu tiap tiap minggu aku boleh ulang alik JB-KL, sekarang ni 2 minggu sekali pun susah", terang dia panjang lebar. "Ohh", itu saja responnya. "Oh, by the way, aku bawakan baju untuk kau dengan adik adik kau", satu bag plastik dia hulurkan. "Eh, apa ni. Susahkan kau je. Aku boleh pilih sendirilah", dia segan. "Haha. Yang ini baju aku lah, dengan baju adik adik aku, elok lagi, aku sayang takde siapa pakai, ambil lah", wajahnya ikhlas. Imran ambil perlahan. "Terima kasih, aku segan pula dengan kau", dia garu kepalanya. Yusri tergelak kecil. "Yusri ! Sinilah ! Tolong kitorang !", pekik seseorang yang dikerumun ramai orang yang memilih baju, Yusri melambai pada Imran dan berlari anak ke meja bantuan. Imran tersenyum manis.

Bersambung ...

Aku Jatuh Cinta 🍀Where stories live. Discover now