BAB 4 🍀

1.1K 55 11
                                    

Imran mengangkat kotak kotak buah yang baru sahaja sampai ke tempatnya. Begitu gigih dia bekerja, tak cukup dengan itu, dia melayan pelanggan yang datang. Aku melihat dari jauh. Datang membawa bekal dalam mangkuk tingkat. Gigih aku minta tolong Ibu masakkan untuk Imran. Hahaha. Aku berjalan perlahan ke arahnya. "Abang", aku tegur dia perlahan. Dia tersenyum lebar. "Eh, Luq. Kau buat apa kat sini ?", Imran mengelap peluhnya. "Luq bawa nasi untuk abang, ibu masak. Tanda terima kasih abang selamatkan Luq semalam", aku tersengih. "Ohh. Aku kerja ni. Kau tunggu sekejap boleh ? Kejap lagi aku rehat kita makan sama sama", dia menepuk bahuku. Aku lihat jam di tangan. "Luq... Ada kelas pukul 2 nanti. Abang rehat jam berapa ?", aku garu kepalaku. Imran memonyokkan wajahnya. Alah, comel. Aku menahan diriku dari memakannya, eh, menggigitnya. "Temanlah aku makan, kau dah bawa makanan jauh jauh takkan taknak makan dengan aku ? Err... Aku rehat waktu Zuhur nanti", dia mengerling jam di dinding. Jam 12.30 tengah hari. Lambat lagi. "Imran, awak makanlah dulu. Jangan risau, nanti Uncle buat semua tu", suara Uncle kedengaran. Senyum lebar Imran dibuatnya, "Xie xie Uncle !", Imran menjerit kecil. Uncle tergelak kecil. Aku menunduk tanda hormat kepadanya, dia balas dengan senyuman.

"Sedapnya ! Dah lama tak makan masakan rumah", suaranya begitu teruja. Laju dia makan masakan Ibu. Aku tersenyum. "Makanlah banyak banyak, kalau nak lagi nanti Luq bawa lagi", aku menambahkan lagi lauknya. "Luq .. Tak makan ke ?", dia memandang aku. Aku geleng. Pipiku memerah. "Kenapa pipi merah ?", dia tergelak. Aku mengipas mukaku dengan buku. "Panas kot", aku berdalih. "Ke .... Nak cendol ?", Imran mengusik. Aku tergelak besar. "Eww, Luq tak makan cendol. Dia macam cacing", aku menahan tawaku. Imran tergelak kecil. "Comel lah Luq ni", dia teruskan kunyahannya. Aku terkesima. Aku comel ? Ya, memang aku comel, tapi dapat pujian dari orang yang kita suka ... Aish. Pipiku membahang lagi. "Luq, kau takde adik perempuan atau kakak ke? Biar aku masuk meminang. Sedaplah masakan ibu kau", dia naif. Aku tersentak. "Ada ... Tapi buat apa cari yang jauh kalau yang depan ni dah ada", nadaku perlahan, "Ha ? Tak dengar", dia buat buat tak dengar. Aku berpaling darinya. "Takdelah. Luq ada kakak", aku tertunduk. "Cantik?", dia mengusikku. "Cantik ... Yang semalam tu", aku kembali menatap wajah tampannya. "Semalam ? Yang nak pukul kau tu ke ?", dia kaget. Aku angguk perlahan. "Eh, kenapa macam tu?". "Nantilah Luq cerita, abang makanlah cepat sikit. Nanti nak solat lagi", aku menukar topik. "Kenapa kau panggil aku abang ?", Imran tergelak kecil. "Sebab ... Umur abang tua 3 tahun dari Luq", aku garu kepalaku. "Kenapa Yusri kau tak panggil abang ?", dia hairan. "Sebab dia taknak", aku bermain dengan jariku. "Aku pun taknaklah. Jangan panggil aku abang", dia tersenyum. "Habis nak panggil apa ?", aku menaikkan sebelah keningku, "Panggil ... Sayang", dia berbisik. Pipiku memerah, jantungku berdegup laju, tubuhku mengeras. "Chia chia chia", dia tergelak besar. Aku tersengih. Bodoh.

"Dah bagi ? Dia makan tak ?", Ibu duduk di sebelahku. "Makan. Dia puji Ibu masak sedap", aku peluk ibuku. "Manjanya anak ibu. Pergi mandi eh ? Malam ni tidur rumah ke tidur kat asrama ?", ibu mengelus rambutku. "Rumah. Nak teman ibu", aku mengeratkan pelukanku. "Hahaha. Ada temanlah ibu malam ni. Jom tengok movie Korea sama sama. Ibu baru download tadi", dia tersengih comel. Aku tergelak besar, kaget. "Wow ibu, siapa ajar ni ?", dia tersengih. "Aidil", dia tergelak besar. "Bertuah punya kawan, benda benda pelik dia ajar ibu", kami ketawa keriangan.

*****

"Yusri, lama tak nampak kau", Imran yang baru datang cepat cepat menolong Yusri memunggah kotak kotaknya. "Sibuklah Im. Sorrylah lama tak jumpa korang", dia tersenyum. Imran menggeleng. "Aku okey je, cuma budak budak rindukan kau", dia masih memunggah. "Kau ?", Yusri berhenti. Memandang Imran tepat. "Aku ? Kenapa dengan aku ?", Imran hairan. "Kau tak rindukan aku ?", Yusri memonyokkan wajahnya. Imran tersenyum nipis dan pergi membantu mereka yang lain. Yusri mengeluh.

Yusri menghulurkan aiskrim. Imran mengambilnya perlahan. Mereka duduk di atas bukit, menampakkan pemandangan indah kota raya yang menyimpan seribu satu cerita. "Kau ... Masih tak lupakan perasaan kau pada aku ?", Imran mengunyah aiskrim perlahan. Yusri menggeleng. "Aku ... Aku cuba untuk lawan. Aku buat kerja kerja ni kerana Allah. Aku nak lupakan aku yang lama. Tapi hati aku tewas pada kau", Yusri menunduk malu. "Aku ... Aku tak boleh terima kau. Aku anggap kau kawan aku. Kau banyak tolong kami. Dan macam kau cakap, aku pun nak tolong kau berubah, tapi kau jangan jadikan aku sesuatu untuk kau lupakan Ilham, macam kau cerita tu", Imran mengeluh perlahan. Yusri mengangguk laju. "Aku. Aku pendam rasa aku. Kalau tak boleh miliki kau, buat kau rasa bahagia pun cukup untuk aku", Yusri menahan air matanya. Imran menoleh ke sisi. Air mata Yusri dia lap perlahan. "Kau kuat. Aku tahu tu", Imran tersenyum. Yusri memeluk lututnya dan menangis teresak esak. Imran memeluknya dari sisi.

"Mesti bestkan belajar ?", Imran duduk disebelahku. Aku tergelak besar. "Apa yang bestnya ?", aku menyambung tugasanku. Tinggal beberapa muka surat lagi sebelum siap. "Bestlah. Boleh belajar, jumpa ramai kawan, senang dapat awek", dia tergelak kecil mengusikku. Aku kerling dia tajam. "Hah ? Kenapa tengok abang macam tu ?", dia tutup mulutnya. Comel. "Abang ?", aku kaget. "Hurmm .. Abang. Kenapa ? Takkan lah sado sado macam ni Luq nak panggil kakak ?", Imran cuit pingangku. Aku tersengih. "Taklah. Akhirnya abang 'restu' juga Luq panggil abang", sengihanku semakin lebar. "Eii. Macam kerang busuk", dia tutup mulutku. "Luq datang sini malam malam selalu Ibu Ayah tak marah ke ?", Imran merenung mataku. Aku larikan pandanganku. Jantung berdegup laju, sabar ... Sabar ... "Ibu tahu. Lagipun malam ni dah beritahu Ibu yang Luq tak balik, Luq tidur kolej je", aku pura pura sibuk. "Ayah ?", Imran masih memerhatikan aku. "Abang. Luq lapar. Jom makan", aku pegang lengannya. "Makan apa ? Jom", dia berdiri dan tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. "Makan abang boleh ?", aku terlepas. Aku segera tutup mulutku. "Hahaha, takboleh. Abang yang kena makan Luq, baru betul", dia tergelak besar sambil melangkah pergi. Aku kejar langkahnya perlahan sambil tersengih. Asyik menyengih je, hahaha.

"Makanlah abang", Daniel menyuapku. Aku ngangakan sahaja. "Terima kasih", aku gosok kepalanya. "Tak suka ke abang bawa balik rumah ?", dia mengunyah nasi perlahan. Aku geleng laju. "Sukalah. Jangan cakap macam tu. Rasa dihargai sangat, walaupun baru kenal. Abang layan Luq macam adik", aku laju menyuap makanan yang dimasak Imran ke dalam mulut. Lauknya ringkas, sardin, telur dadar, kicap. Tapi berselera semacam aku makan. Mungkin sebab orang yang memasaknya. Haha. "Nanti kalau Ibu cuti, Luq bawa abang dengan adik adik makan rumah Luq. Ibu mesti suka", aku teruja. Imran tersenyum nipis.

"Dah siap !", aku menjerit kuat. Semua yang berada di kedai alat tulis itu melihat aku. Peduli apa ? Janji siap. Hahaha. "Tahniah Man !", Aidil ketawa kecil. "Jom Aidil. Aku belanja kau makan, bagi menzahirkan kesyukuran ku kepada Ilahi", aku menepuk bahunya. "Jom ! Boleh. Apa salahnya. Ayuh marilah", dia tarik tanganku laju. "Hey, bukan sekarang lah sotong. Nanti, aku nak hantar ni, pastu kita jumpa someone dulu. Then kita pergi makan", aku tersengih. "Eleh, abang Imran dia lah tu", Aidil menjelingkan matanya ke atas.

"Kenapa tiba tiba bawa abang makan sini ?", Imran turun dari keretaku. Aku mengangkat bahuku. "Nak belanja abang, tanda terima kasih sebab sudi tolong Luq siapkan kertas kerja", aku mengunci pintuku dan bergerak perlahan menuju pintu masuk pasaraya terkenal di Kuala Lumpur. Dia masih terpaku di belakang. "Abang Im, kenapa ? Jomlah", aku tarik tangannya perlahan. Dia geleng. "Abang tak biasalah tempat macam ni", dia segan. "Lagipun abang tak pakai baju cantik macam Luq. Abang pakai baju biasa je ni. Malulah", wajahnya berkerut. "Hei ... Okey. Kejap", aku letakkan dompetku di atas bumbung kereta. Baju kemeja aku buka, kini yang tinggal hanya t-shirt hitam sahaja. "Okey ? Sekarang kita sama", aku cuit pipi Imran. Aku simpan baju kemeja itu dalam beg. Imran tergamam melihatku. "Kenapa?", Hahaha. "Takdelah, jom", dia pimpin tanganku sekejap. Pipiku memerah.

Bersambung ...

Aku Jatuh Cinta 🍀Where stories live. Discover now