"Sayang ... Ibu ada cakap apa apa tak lepas datang rumah I ?", Firdaus pandang aku hairan. Aku geleng. "No. Dia okey je", aku menipu. Tanganku dia genggam erat. Rutin mingguan kami di hujung minggu, duduk di depan televisyen, dua cawan kopi, selimut dan sofa yang empuk. Seperti pasangan yang lainnya. "Sorry, Daddy terlepas cakap hari tu", Firdaus mengelus rambutku. "I takut ibu I perasan", aku mengeluh. "Don't make it too obvious sayang. Ibu I tak sama macam kita, or parents you. Dia ...", aku tergantung. "Old school ? Conservatives ?", dia meneka. Aku geleng. "She's a good Muslim", aku tertunduk. "Hey, I faham", Firdaus memelukku. "Sayang, you tak nak kahwin dengan I ke ?", soalan itu timbul lagi. Dan responku masih sama, aku hanya akan mengeras dan mendiamkan diri. "Hey ... Okay. I will give you time okay ?", dia cium bibirku. Aku angguk. "Let's sleep", dia bangun. "I tak mengantuk lagi. You tidurlah", aku tersenyum nipis. Dia angguk dan mencium ubun ubunku lalu pergi. Aku mengeluh berat.
"Kenapa tak beritahu abang ?", Imran mengangkat buah buahan yang baru sampai masuk ke dalam kedai. Sarah geleng. "Abang Luq yang tak bagi kami beritahu", Sarah menolong abang sulongnya. "Hi", mereka berpaling apabila mendengar suara itu. "Puan", Imran menegur lalu menyambung kerjaannya. "Imran. Aku nak cakap sikit", Mama Teha, Puan Seri Halimah mendekatinya. "No. There's nothing to be said anymore Puan. You may leave", jawab Imran fasih berbahasa Inggeris. "Woah, you nak ajar I sekarang ni ke Imran ?", Halimah kaget. "Kalau Puan Seri datang nak buat kecoh, baik pergi. Sebelum Daniel balik, dia benci tengok muka Puan", Sarah menyambung kerjanya selepas menjatuhkan sebuah bom atom. Halimah ketawa besar. "It's about Teha. Aku nak dia semula", katanya serius. "Ambil lah. Semak je", Daniel muncul dari arah belakang dia. Perlahan tangan abangnya dia kucup. "Biadapnya", katanya sinis. "Puan, jangan buat kecoh, baliklah. Pasal anak Puan tu saya boleh lepaskan dia. Ambil lah semula, saya tak kisah. Hati saya dah tawar", kata Imran dingin dan meneruskan kerjanya. "Kau ingat tawar hati kau tu boleh ubah kenyataan yang anak aku jadi janda. No way", Halimah mengekori Imran. "CUKUPLAH ! AMBIL ANAK KAU, AKU BOLEH CERAIKAN DIA, TALAK 100 PUN AKU BOLEH BAGI, tapi aku ada harga diri lagi. Aku tak nak ceraikan dia dan libatkan anak aku sekali dalam hal antara keluarga kau dan aku", Imran memerlahankan semula suaranya. "Kau kena ingat Imran ... Aku nak yang terbaik untuk cucu aku", Halimah menjelingnya. "Itu anak aku. Aku tahu apa yang aku patut buat. Kau tak perlu masuk campur. Kau orang luar. Berambus", Imran menjeling lagi. "Hey ..", belum sempat dia habiskan ayatnya, Daniel menarik lengan orang kaya tersebut dan melontarnya ke luar. "BERAMBUS LAH !". Halimah membetulkan selendangnya, "Kau tunggu, aku akan pastikan kau dapat ...", BUFFF ! Satu baldi air dicurah kepadanya. "Berambus", Sarah menghempas baldi itu. Imran ternganga dan menahan ketawa. "MISKIN !", Halimah melangkah masuk ke dalam kereta mewahnya dan pergi.
"Ibu rasa Ibu macam kenal encik hari tu", Ibu bermain dengan nasinya. Aku pandang dia perlahan dengan kening sebelahku ternaik. "Siapa bu ? Oo, skandal ea ?", aku mengusik. "No. Bukan. Ibu serius ni. Ibu macam pernah nampak dia ...", Ibu mengurut kepalanya. "Eh, siapa nama abang Luq yang dulu tu ?", Ibu teruja. Aku geleng. "Entah", aku menyambung suapanku. "Haa ! Yes ! Imran !", dia menepuk tangannya. Aku pandang ibuku lama. "You saw him ?", nadaku perlahan. "Yes. I think so. Sebab I nampak memang macam dia. Dulukan Luq ada tunjuk gambar dia pada ibu", Ibu mengangguk angguk laju. "Dia sihat?", aku teruja. "He looks well", Ibu tersenyum manis. "I wish he will live happily", aku tertunduk. "He will", Ibu tersenyum mencuit pipiku.
"Sarah ... Cerita dengan abang boleh ? Macam mana boleh jadi macam ni ?", aku menghulurkan secawan kopi padanya. Daniel turut di situ. Mereka tiba tiba menelefon aku memohon bantuan. Keadaan rumah aku agak tegang sekarang, dengan ibu yang turut ada di situ. "Abang depress, abang stress dengan Teha. Abang kerja kuat sangat abang Luq, siang malam sebab nak penuhkan kehendak perempuan tu", Sarah menahan air matanya. "Sekarang abang kena tahan wad sebab doktor cakap abang dehidrasi, abang kena serangan migrain tadi", Sarah sedikit teresak. "Abang, kami minta maaf. Kami tak tahu nak ke mana lagi. Abang je kami kenal atas dunia ni", Daniel memegang tanganku. Aku tertunduk. Air mataku juga hampir mengalir. Aku tak boleh terima, orang yang aku sayang disakiti. "Abang tak nak campur hal abang Im ... Abang takut dia tak suka", aku tertunduk lagi. "Abang ... Tolonglah kami. Abang je boleh pujuk abang Im semula", suara Sarah sebak. "Sarah, Daniel. Ibu nak tanya boleh ? Kenapa Imran tak ceraikan perempuan tu ?", Ibu hairan. "Anak mereka ibu. Si Anis. Budak tu baru 3 tahun. Abang Im tak nak Anis terkejut", Daniel memberikan sebabnya. "Mana ... Anis tu ?", aku hairan. "Rumah pengasuh. Abang terpaksa jauhkan dia dengan Teha sebab takut Teha bawa lari Anis", Sarah menambah. Aku urut kepalaku. Rumitnya ! Kalah drama Filipino TV3 !
"Masuklah abang", Daniel menolakku perlahan. "Janganlah. Abang taknak dia marah", aku berat hati. "Pergilah, dia rindu abang", Sarah menolak aku juga. "Taknak ... Abang tak nak buat dia sedih. Daniel .. Bil hospital dah bayar ?", aku pandang dia dalam. Dia geleng sambil tertunduk malu. "Jangan risau okey. Abang bayarkan. Nanti kita tukar hospital", aku usap kepala mereka berdua. "Abang ... Nanti kalau abang Imran tanya kitorang nak jawab apa ?", Daniel gusar. "Cakap ... Urmm ... Cakaplah apa apa", aku tergelak kecil. Aku mengintai dari luar sahaja insan yang masih aku ... Cinta. Perlahan aku datang, takut dia tersedar. Aku pandang wajahnya, sama persis seperti dahulu, wajah yang aku puja. Tapi jelas riak letih, jenuh, penat. Air mataku sedikit mengalir. Perlahan aku melangkah keluar .. "Luqman ... Luq ... Maafkan abang", suaranya kedegaran. Aku berpaling matanya masih tertutup, mulutnya meracau. Aku menutup mulutku dan melangkah pergi. Daniel dan Sarah hanya melihat aku pergi.
"Abang Im", Sarah mengejut abangnya. Imran membuka matanya perlahan. "Makan ubat ek ?", Sarah menyuakan ubat dan segelas air. "Kita kat mana ni Sarah ? Ni hospital mahal, siapa yang bayar ?", Imran panik. "Jangan risau, ada orang bayarkan", Sarah mencuit hidung mancung abangnya. Dia menggeleng. "Siapa ?", Imran tegas. "Adalah. Abang ni kecohlah", Daniel datang membawa roti dan air untuk Sarah. "Teha ke ? Abang taknak. Bawak abang keluar", Imran cemas. Sarah menggeleng. "Bukan dia. Berani dia tunjuk muka, Sarah halau dia", Sarah tergelak besar. "Habis tu siapa ?", Imran masih bertegas untuk tahu. "Orang yang rindu abang sangat", Daniel mengusik. Imran sudah putus asa bertanya, dalam hatinya mengucap syukur kepada Allah dan berdoa agar yang membayar bilnya dilimpahi rahmat Allah SWT.
Bersambung ...
YOU ARE READING
Aku Jatuh Cinta 🍀
RomanceSebagaimana hujan dan dingin itu hadir tanpa terduga begitu juga cinta dan rinduku.