BAB 16 🍀

705 32 5
                                    

"Sayang ... Hari ni kan jumpa doktor ?", Firdaus mencium pipiku. Aku angguk perlahan. "Abang ... Boleh tak kalau taknak pergi ?", aku mengeluh. "Aip .. Kan kita dah janji, sayang kena pergi juga", dia elus rambutku. "Tapi ... Luq dah sihat", aku bulatkan mataku. "Iya sayang ... Luq dah sihat, cuma abang nak bawa Luq check lagi. Nak pastikan Luq betul betul okay, jomlah sayang", Firdaus cium pipiku. Aku angguk. "Sayang", Firdaus tatap wajahku lama. "I'm sorry, I should protect you", tanganku dia kucup. "Hey, it's okay", aku cubit pipinya perlahan. "Sepatutnya I ... I mean, sepatutnya abang jaga sayang, bukan cemburu tak tentu pasal. I'm really sorry", air matanya mengalir sedikit. "Shh .. Abang. It's okay. Kalau Luq pun, Luq akan cemburu kalau ex abang tiba tiba datang", aku tergelak besar. Dia cium pipiku perlahan. "I love you", ucapnya ikhlas. Aku peluk tubuhnya erat. "Tapi ... Abang takde ex, you're my first and last", sambungnya lagi. Air mataku bergenang. "I'm so in love with you and I can't help it", sambungnya lagi. Aku angguk sambil pipiku dioles air jernih.

"Tangan Luq ada berpeluh lagi ?", Dr. Farah memeriksa tanganku. Aku geleng sambil tersenyum. Perlahan lengan baju panjangku dia selak. "Luq ...", dia mengeluh perlahan. Luka yang masih basah itu dia pandang dalam. Aku alihkan mataku. "Luq ... Tak tahan", aku tunduk. Dia genggam tanganku. "Hey .. It's okay. I'm here, Firdaus is here okay. Kan Farah dah cakap, kalau Luq tak tahan, call Farah. Farah cuba datang", dia tatap aku dalam. Aku geleng memandang sepupuku itu. "Luq okey ... Farah janganlah risau", aku tersenyum. "Luq makan ubat tak ?", soalnya hati hati. "Luq tak gila lah ! Buat apa nak makan ubat ?!", aku tinggikan suaraku. "Sayang ...", Firdaus berbisik perlahan. "No, Farah tak cakap Luq gila sayang ... Farah cuma tanya", sambungnya lagi. Dr. Farah mengeluh lagi. Matanya bertaut dengan Firdaus.

"Daus, awak kena paksa dia makan", Dr. Farah berbisik perlahan. "Tapi Farah ...", dia mati kata. "Kalau tak ... Ya, memang depression dia takkan hilang, cuma .. Kalau dia tak makan, makin teruk. Dah lama dia tak buat kan ? Kenapa dia tiba tiba buat macam tu ?", matanya memandang Firdaus tajam. Jejaka itu hanya tertunduk. "Firdaus, I know it's hard, but at least you tak jadi faktor dia stress atau overthinking", bahunya disentuh perlahan sebelum doktor itu pergi. Satu keluhan perlahan dia lepaskan.

*****

"Kau sanggup jaga dia ?", Firdaus memandang Imran dalam. Mulutnya terkunci, hatinya terkedu. Sampai begitu sekali ke teruk impak yang dia tinggalkan pada Luqman ? "Aku .. Aku tak tahu Daus. Sumpah aku tak tahu dia sakit", matanya penuh sesal. "Sebab itu Imran ... Demi kebaikan dia, kita tak boleh bagi dia stres", Firdaus berbisik. "Ehem", aku berdehem. Keduanya duduk tegak semula. "Sejak bila jadi kawan baik ?", aku letakkan kopi ke meja makan rumah kami. Imran geleng perlahan. "Luq sihat ?", tanyanya ramah. "Ada nampak wayar berselirat ? Tak, so sihat je", candaku dan duduk di sebelah Firdaus. Wajahnya masih masam dan muram. "Kenapa bang ? Kucing mati ke ?", kataku tergelak kecil. Dia geleng sambil tersengih. "Abang datang nak minta maaf pada kamu berdua. Abang rasa bersalah ganggu kalian", katanya perlahan. Aku tergelak besar. Firdaus memandangku risau, begitu juga Imran. "Hei, apa ni ? Drama Akasia pukul 7 ke ?", aku lap air mataku kerana ketawa terlampau lama. Dia hairan. "Abang serius ni", dia duduk tegak. "Okey. Luq maafkan abang. Okey ? Abang Daus, cepat minta maaf sebab abang nak tumbuk Abang Imran dulu", aku ketawa kecil mencuit bahunya. "Eh apa pula, Imran yang kacau sayang abang, kenapa abang nak minta maaf ?", pinggangku dia rangkul. "Hormat sikit orang single", Imran tergelak besar. Aku sahut tawanya lebih meriah. "Tapi ... Abang Imran jangan risau, Luq masih Luq yang abang kenal dulu. Kalau ada masalah datanglah jumpa kami, kalau Luq boleh tolong, Luq tolong", aku tersenyum manis. Imran angguk perlahan dengan lesung pipitnya yang masih di situ.

"Life is funny. Kan ?", aku bersandar pada bahu Firdaus. "Kenapa ?", Firdaus hairan. Angin malam pantai bertiup lembut membuatkan mataku memberat. "Dulu ... Luq sayang dekat Imran sangat sangat, sebab dia baik, ada sesuatu pada dia. Bukan pada rupa, tapi pada hati dia. Dan ... Rupanya takdir Luq bukan dengan dia. Tapi dengan abang. Dan ... Luq jatuh hati lagi, pada abang, bukan sebab rupa, tapi sebab hati. Luq rasa mudah nak lepaskan Imran dulu, walaupun susah pada awalnya, tapi ... Luq rasa ringan, sebab ... Luq bukan cinta pada wajah yang elok, tapi pada hati yang baik. Macam hati abang, baik", aku sandarkan kepalaku pada dadanya. Dia tergelak kecil. "Sayang ni, banyak baca novel ni", dia elus rambutku. Aku geleng. Aku baring di pehanya pula. "Abang ... Walau apa pun terjadi, Luq sayang abang. Tau ?", aku elus kening tebalnya. Dia angguk laju. "I love you too", dia tergelak kecil. "I love you more", suaraku sebak.

****

"Ibu", aku cari dia merata rata. Rumah itu tidaklah besar mana untuk Ibu hilang, haha. Mana dia ? "Luqman ! Ha balik pun kamu", ibu memelukku erat. "Sayang ibu balik pun, lama tau ibu tunggu. Kamu asyik melekat je dengan Daus tu, dah lupa ibu kat rumah ya ?", dia mengusikku. Aku tergelak besar. "Ibu ni, mana ada. Luq duduk rumah Luq lah, kerja banyak ibu", dia pimpin erat tanganku. "Jangan tipu ibu. Eh Luq, ada benda ni Ibu nak beritahu. Boleh ?", dia ceria. Aku angguk perlahan. "Ada orang nak hantar cincin", dia malu malu. Hatiku tidak sedap. "Pada ibu ke ?", suaraku bergetar. "Tak, pada kamu lah. Ibu buat apa, ibu dah tua", dia ketawa kecil. Hatiku bertambah tidak sedap. "Siapa ?", wajahku berubah.

Bersambung ...

Maaflah kalau kalini pendek je, Aim dah cuba sedaya upaya. Kesibukan final year ni lain macam ya anak2 😭

Aku Jatuh Cinta 🍀Where stories live. Discover now