BAB 5 🍀

1K 46 12
                                    

"Apa ni ?", Imran mengerutkan wajah tampannya. Aku gelak. "Sushi", aku suap ke dalam mulutku. Imran mencubanya, wajahnya berkerut. "Eiii. Tak sedap !", kuat suaranya. Aku tutup mulutnya. Chef yang di dapur menelek keluar dapurnya. "Shh ... Abang ! Ish, nakal", aku tepuk bahunya kuat. "Apa ? Betul lah. Apa ni Luq ? Kita makan nasi jom, abang tak biasalah makan benda macam ni, dahlah mahal", Imran membebel. "Abang tak suka Luq bawa jalan jalan ke ?", aku pura pura memonyokkan wajahku. "Eh. Bukan macam tu ... Abang ... Eii, abang tak pernah makan macam ni. Abang minta maaf ya ?", wajahnya serba salah. Aku tergelak besar. "Hahaha, comel lah abang. Takut lah tu ?", aku ketawa terbahak bahak. Imran tergelak. "Kurang ajar !", dia tepuk bahuku sambil ketawa juga.

"Ini baru jalan jalan", dia tersengih melihat aku di sisi. Aroma minyak petrol dari generator elektrik menusuk ke dalam hidung. Tak lupa, minyak ayam yang mencurah ke dalam arang, membangkitkan aroma harum ke seluruh ruang udara pasar malam di Jalan Chow Kit. Imran dan aku bersusah payah mencelah di lautan manusia. Aku mengeluh perlahan, itu yang aku tak suka ke pasar malam. Ramai, dan ... Berbau. Tapi demi Imran, aku redahkan sajalah. "Luq ... Kamu okey tak ? Nampak macam tak selesa je ?", Imran mengelap peluhku dengan lengannya. Aku terkesima. "Err ... Okay", aku menunduk malu. "Macam ni, Luq duduk kat kedai bakso tu. Nanti abang datang bawa makanan. Boleh ?", Imran mencuit pipiku. Aku angguk dengan wajah kepenatan, tapi demi Imran aku senyum juga.

"Makanlah", Imran meletakkan seketul bakso di dalam mangkuk mee ayamku. Aku perhatikan sahaja. "Luq ... Tak biasa makan kat sini", aku garu kepalaku. "Nah, makan yang ni", dia hulurkan kepak ayam pula. Aku beranikan diriku mencuba juga makanan dari tempat yang tak pernah aku jejak, "Sedap", aku tergelak kecil. Kepak ayam aku jamah dengan penuh selera. Kemudian perlahan aku hirup kuah mee ayam, boleh tahan. Aku tenggelam dalam selera makanku. Imran menghulurkan pula Yong Tau Foo, lagilah aku semangat nak makan. Imran tergelak besar. Aku pandang dia perlahan. "Kenapa ?", aku hairan. Sampai berair matanya gelak. "Luq ni, kecil je badan. Makan.... Kalah abang", dia mengelap mulutku dengan tangannya. Pipiku memerah lagi. "Abang suka tengok Luq makan. Makanlah lagi. Abang belanja", dia senyum manis. "Eh, mana boleh. Luq kena belanja abang", aku berkeras. "Yela, Luq tengah belanja abang lah ni", Imran menahan gelak, "Belanja apa ?", aku hairan. "Senyuman Luq", dia menghirup airnya perlahan sambil matanya tepat memandang aku. Pipiku memerah.

*****

"Luq memang anak ibu eh ?", Imran tergelak kecil. Aku pandang dia di sebelah dengan senyum manis, lalu aku angguk perlahan. "Agaklah. Memang pun. Sebab ... Terhutang budi dengan ibu", aku mengunyah kulit ayam bakar yang sempat aku beli sebelum mendaki bukit mana entah dengan si Imran ni. Pemandangan malam Kuala Lumpur begitu mempersonakan. "Kenapa ?", Imran memandangku pula. "Luq anak angkat dalam keluarga ibu. Luq cuma anak pungut", aku bercerita sambil bermain dengan batu kecil. Imran kelihatan sedikit kaget lalu berdehem. "Luq beruntung ... Ibu ambil Luq dari rumah anak yatim. Anak yang dibuang. Tak tahu mana asal usul", suaraku sedikit sebak. "Luq ... Itu tak penting, yang penting Luq hari ini. Ibu mesti bangga dengan Luq", Imran menggosok rambutku. Aku tergelak kecil. "Ish, apa ni sendu sendu ? Jom abang balik, esok Luq kelas pagi. Lewat dah ni", aku berdalih. Imran angguk dan bangun.

Mataku cuba aku lelapkan. Tapi tak boleh. Wajah Imran bermain di mataku. Aku tekup kepalaku dengan bantal dan menjerit sedikit kuat. Arggh ! Keluar kau dari kepala aku ! Tiba tiba, telefon pintarku di sebelah bergetar. Ini tak lain tak bukan, Aidil lah. Siapa je nak mesej aku malam malam buta ni kecuali 'perempuan' tu .

Abang Im : Luq dah sampai rumah ke ?

Hatiku berbunga. Tiba tiba adrenalin meluncur laju dalam salur darah. Jantungku berdegup kencang.

Luqman Hakim : Dah abang. Hehehe. Apa buat apa tak tidur lagi ? 😅

Bibirku ku ketap.

Abang Im : Urmm. Tunggu Luq sampai rumah. Abang risau. 😅

Ya Allah Ya Tuhan, Imran, kau baru je buat aku rasa menjadi insan yang sangat dihargai di seluruh semesta.

Luqman Hakim : 😝😝😝

Aku tak tahu nak balas apa, aku rasa macam nak masuk dalam telefon ni dan terkam dia. Hahaha.

Abang Im : Haha. Selamat malam Luq.

Aku tersenyum sambil memeluk telefonku.

Tiba tiba telefonku bergetar lagi.

Abang Im : 💕

Aku terkejut. Berkali kali aku tenyeh mataku. Aku melompat kegembiraan dalam bilikku. Dengan serta merta aku ubah nama Imran dalam senarai nama telefonku kepada : Abang Im 💕.

Hehehe

Bersambung ...

Aku Jatuh Cinta 🍀Where stories live. Discover now